.

Thursday 2 October 2014

Cekodok Ke Jemput-jemput???



Cekodok Ke Jemput-jemput??



Assalamualaikum... Hai semua....

Sedapkan makan cekodok petang-petang macam ni? Eh, ini cekodok ke jemput-jemput? Yang mana satu nama sebenarnya ni? Keliru mak....

Untuk pengetahuan anda, nama cekodok atau jemput-jemput ni adalah mengikut negeri atau tempat masing-masing. Kalau di bandaraya Kuala Lumpur ni lebih di kenali dengan nama cekodok. Kala di kampung kelahiran Kak Tun namanya jemput-jemput. Ia adalah benda yang sama dengan 2 nama berbeza.

Agak-agaknya ada tak yang tak tahu buat cekodok ni? Kadang-kadang ada juga yang tak tahu walaupun pada mata kasar nampak macam senang sahaja. Kalau mahukan cekodok yang lembut dan gebu, ada resepinya. Bukan boleh main belasah sahaja.

Jom Kak Tun kongsikan dengan anda resepi cokodok atau jemput-jemput yang gebu ni..

Resepi Cekodok Pisang

Bahan-bahannya:-

3-4 biji pisang berangan atau apa-apa jenis pisang yang boleh di buat kuih

3 sudu besar gula pasir

1 1/2 cawan tepung gandum

sedikit air untuk mengisar pisang 

sedikit garam

1 sudu teh soda bikarbonat

minyak untuk menggoreng


cara-caranya:-

Kisar pisang bersama gula, garam, air dan soda bikarbonat. Kemudian, didalam besen adunan, masukkan tepung gandum dan pisang yang telah di kisar tadi. Gaul sebati. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak berlebihan. Siap untuk di hidangkan.

Setelah di kisar

Menggoreng

Siap di hidang

Mudah kan? Yang penting jangan sampai rentung ye...

Selamat mencuba!












2 comments:

  1. terus terliur tengok cekodok ktun buat ni..kalau ada pisang kat rumah ni rasa macam nak buat sekarang jer..hihi
    kat tempat saya, kedah pun orang panggil cekodok jugak=)
    Diariku Ceritaku

    ReplyDelete
  2. sedapnya jemput pisang! hehe..sy buat kadang jadi kadang tak jadi..haha.dia cam berminyak gitu

    ReplyDelete