.

Friday 31 October 2014

Apa Itu Gastrik? Bagaimana Merawatnya?

Apa Itu Gastrik? Bagaimana Merawatnya?


Gastrik seringkali di salah erti oleh sesetengah orang....

Ada yang menganggap sakit perut biasa itu adalah sakit gastrik padahal ia adalah  dua situasi yang berbeza. 

Mengikut definisi, Gastrik atau Gastritis adalah keradangan pada lapisan perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba dalam jangkamasa yang pendek (acute) ataupun jangka masa panjang (chronic).

Keradangan yang berlaku, lazimnya di sebabkan jangkitan bacteria helicobactor pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama ulser perut. 

Maksud peptic ulcer atau lebih di kenali sebagai ulser perut 

Ia membawa maksud luka kecil yang berlaku pada permukaan lapisan perut, duodenum ( bahagian pertama dalam usus kecil) atau bahagian bawah esofagus. Jika sekiranya seseorang itu mempunyai keradangan pada lapisan perut (gastritis), pasti lebih mudah untuk berlakunya luka di kawasan itu. 


Gambar google

Permukaan lapisan perut mempunyai sel yang berfungsi untuk mengeluarkan asid dan enzim yang penting untuk pencernaan makanan. Ia juga mengeluarkan mukus yang berperanan sebagai pelindung kepada permukaan perut tersebut. Apabila keradangan berlaku pada lapisan perut, sedikit asid, enzim dan mukus yang akan di rembeskan. Permukaan lapisan perut akan mudah terhakis kerana kekurangan mukus yang menjadi pelindung dan ini menyebabkan berlakunya luka kecil. Apabila luka telah berlaku, inilah yang di panggil peptic ulcer.

Punca Gastritis

*Pengambilan alkohol yang kerap dan berlebihan
*Penggunaan ubat anti keradangan yang bukan steroid seperti aspirin dan ibuprofen dalam jangka masa yang lama
*Jangkitan virus, kulat atau bakteria.
*Penyakit autoimmune di mana sistem immunisasi yang sepatutnya berperanan sebagai ketahanan badan terhadap penyakit telah menyerang sel-sel di permukaan dinding perut dan menyebabkan kurang penghasilan asid, enzim dan mukus oleh sel tersebut. 
*punca-punca lain adalah seperti berlakunya keadaan stress melampau seperti trauma, pembedahan major dan luka akibat kebakaran. 

Simptom Gastrik

1. Angin dalam badan
2. Kerap sendawa
3. Sesak nafas
4. Pedih ulu hati
5. Lemah badan
6. Rasa pening dan muntah

Dalam entri saya yang bertajuk Set Merawat Gastrik sebelum ini, saya ada nyatakan vitamin-vitamin yang di cadangkan bagi merawat gastrik. 

Selain dari ESP , Alfalfa dan Peppermint Ginger anda juga boleh mengambil GarlicOstematrikOmega Guard dan jika bajet agak banyak boleh cuba Vivix...





**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Thursday 30 October 2014

Bye-bye Streamyx.... Welcome P1


Bye-bye Streamyx.... Welcome P1

Hai semua....

Maaf terlewat bersiaran hari ini... Dek kerana masalah internet yang melanda.. semuanya jadi tertangguh.. Sengsara hidup Kak Tun sekejap... hihihi...

Hari ni nak cerita yang happy-happy je. Tak mau sedih-sedih ye.. Nak tahu kenapa Kak Tun happy? Mesti semua orang boleh agak kan? tengok gambar pun dah tahu kan??? 

Sebenarnya banyak perkara yang menggembirakan berlaku hari ini. Bukan hanya Kak Tun dah bertemu "kekasih baru" tetapi Kak Tun juga dapat ramai kawan ruang komen dalam entri Kak Tun. 

Seronok sangat. ramai yang suka Air Detox kak Tun tu dan ramai juga yang sebenarnya memang dah lama amalkan. Wah, sangat teruja dengan testimoni mereka. Semuanya ikhlas memberikan komentar. 

Berbalik kepada "kekasih baru" Kak Tun si Cik P1 ni... Bukan nak lebih-lebihkan dia dan bukan nak lupakan cik Streamyx. kak tun sebenarnya sayang sangat kat cik Streamyx tu. Banyak jasanya pada Kak Tun semenjak Kak Tun buat bisnes online di Lumut, Perak 2 tahun yang lalu. Dari sana, Kak Tun bawa dia ke Kuala Lumpur. Tak pernak Kak Tun merungut akan servisnya yang macam siput tu... hahaha... jangan marah ye Abang TM . jasa cik Streamyx memang sangat besar pada Kak Tun tapi apakan daya... Jodoh tak panjang... 

Ishk..ishk..ishk... emo lah pulak kan.. Jadi cukuplah sampai di sini sahaja kita bersama. Kak Tun lebih terseksa jika tiada internet. makan tak lalu, tidur tak lena memikirkan jalan penyelesaian. 

Nak di jadikan cerita, En hasben balik keje petang semalam. Dia lah yang memberikan cadangan agar Kak Tun berkenalan dengan "kekasih baru" ni.. Fikir punya fikir.. Kak Tun yang sememangnya tiada pilihan, terpaksa mengambil cik P1 sebagai "kekasih hati yang baru".

Semoga jodoh Kak Tun berpanjangan dengan cik P1 ni. Kak Tun harap cik P1 ni boleh menabur bakti yang lebih kepada Kak Tun nanti...

Amin.... 



Apa Itu Indeks Glisemik?
Aduhai Ibu
Petua Atasi Perut Buncit






Wednesday 29 October 2014

Aku Dan Abang-abang TM

Aku Dan Abang-abang TM

Hai semua...

Kepala Kak Tun hari ni sedikit pusing.... pening... Stress dengan wifi di rumah. Dari semalam hinggalah ke hari ini, masih tak baik-baik lagi.. 

Nak di jadikan cerita, semalam Kak Tun tengah syok "blogwalking" kawan-kawan. masa tu lebih kurang jam 5.15 petang. Elok je suami Kak Tun keluar untuk jemput anak balik sekolah agama, line internet tiba-tiba je off.

Terperanjatlah Kak tun. Eh, kenap pulak tiba-tiba off ni. Nak kata hujan, takde hujan. nak kata kena petir, takde pun petir. Cuaca cerah je. Bila Kak Tun check pada moden streamyx, barulah Kak Tun tahu. Rupanya lampu bahagian internet dan telefon tu dah terpadam. 

Masya Allah... kenapa pulak dengan wifi aku ni?? Bil dah bayar. Takkan potong pulak. Kak Tun cuba off dulu modem tu lebih kurang sejam. Dalam jam 6,30 petang, Kak Tun on semula tapi masih sama juga. Tak dapat nak online.

So, Kak Tun nekad nak call TM. Buka report pasal masalah ni.. Kata mereka, suruh tunggu sehingga di hubungi oleh kontraktor bertugas. Maka, melapuklah Kak Tun di rumah sepanjang hari ni menunggu panggilan. Tak dapat nak buat bisnes online kegemaranku ini... Sedih kan??? Janggal rasanya tangan ni kalau tak menyentuh keyboard. 

Kak Tun masih menunggu... Terus menunggu dan menunggu.. kebiasaanya dalam jam 9.00 mereka akan call Kak Tun untuk maklumkan kedatangan mereka. Tapi pagi tadi, dah jam 9.30 masih tiada panggilan. Hati makin risau sebab internet ni memang penting bagi Kak Tun. 

Dek kerana tak boleh bersabar, Kak Tun call TM buat kali kedua. Mereka kata, sabar puan. Kami masih menyiasat masalah ini. Pihak kami sedang berusaha menyelesaikannya. Itu ayat yang biasa kita dengarlah kan. Kak Tun ni jenis panas sikit. Bukan boleh sabar pun....hihihi.. (tapi bersebablah kan).

Kak Tun tunggu lagi.....

Hinggalah jam 11.30 pagi... masih belum ada call dari TM mahupun kontraktor mereka. Kali ini sabar dah makin berkurang. Kak Tun call TM lagi.. Jawapannya masih sama. Puan kena tunggu ya, kami akan segera menghantar kontraktor untuk memeriksa...

Aduhai abang TM.... 


Tolong lah saya. Saya ni businesswoman. Internet tu nyawa bisnes saya... Macam mana saya nak sabar ni... Rasa macam nak nangis aje. Nak tak nak, Kak Tun kena tunggu juga kan..?

Lebih kurang jam 12.05 tengahari.. Kak Tun dapat panggilan dari satu nombor yang tak dikenali.. Rupanya dari Abang-abang TM tulah... Lega rasa hati. Akhirnya masalah bakal di atasi...

Tapi lain pula yang berlaku... Ku sangka panas hingga ke petang... rupanya hujan di tengahari..Sangkaan Kak Tun meleset. Abang-abang TM tu tak dapat nak baiki kerosakan. Mereka tak tahu apa puncanya. 

Kecewa bukan kepalang. habis semua benda tergendala. nak taip entri pun susah. Ya Allah.. Rasa macam berat je dugaan (padahal takde internet je tu... kikiki)

Abang-abang TM tu dah maklumkan pada Kak Tun, mereka memang tak dapat nak baiki. Wayar kabel tu telah di potong oleh orang yang tak bertanggungjawab. Kalau buat aduan pun, TM tak dapat nak bantu. Ini kerana kabel itu pada blok bangunan dan bukannya di luar sana.

Dek kerana melayan perasaan kecewa tu, suami balik tengahri tadi, tak ku buat air untuknya. Tak dapat Kak Tun bayangkan kalau wifi ku menjadi arwah.. Susah ooo.... nak buat kerja... Semua tergendala...

Tapi tak mengapalah.... andai di takdirkan Kak Tun berpisah dengan TM, Kak Tun redho... mungkin nak jumpe jodoh dengan yang lebih baik... Betul tak????

Cobaaannnn..... :)  










Tuesday 28 October 2014

Apa itu Indeks Glisemik?

Mengapa ESP Menjadi Pilihan??


Indeks Glisemik ialah indeks pengukuran kesan makanan yang mempunyai karbohidrat ke atas paras gula darah. Indeks pengukuran ini di perkenalkan oleh seorang ahli sains yang bernama Dr. jenkins. beliau menerangkan konsep GI ini dalam Jurnal perubatan Nutrisi Klinikal Amerika sebagai panduan untuk seseorang mengekalkan kestabilan gula dalam darah. Beliau mengklasifikasikan karbohidrat karbohidrat berdasarkan bagaimana tubuh manusia bertindak balas kepadanya. Kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah di kira sebagai satu indeks atau petunjuk. Indeks inilah yang di panggil Indeks Glisemik (GI). GI menunjukkan kedudukan makanan dalam skala 0-100 mengikut paras sesuatu makanan itu menaikkan paras gula dalam darah selepas ia di makan.

Gambar google


Carta di atas menunjukkan paras indeks glisemik dari 0-100. 

Tahukah anda?

Indeks Glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai GI yang tertinggi manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan. 

Sesetengah protein soya di proses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, mala membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang di gunakan dalam pemprosesan. ESP pula di cuci dengan air untuk mengekalkan isofalvones, ganistein dan daidzen yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Itlah perbezaan antara ESP dengan soya-soya lain..

Bagaimana pula dengan GI di dalam ESP Shaklee??

Indeks Glisemik yang terdapat di dalam ESP Shaklee adalah di antara yang terendah.



ESp merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh manusia. Kandungan Indeks Glisemiknya hanyalah 39 sahaja iaitu GI yang rendah dan menjadikannya sesuai juga di ambil oleh pasakit kencing manis.

Makanan dan GI masing-masing

Apabila kita makana makanan yang mempunyai GI yang tinggi, kadar kenaikan paras glukosa dalam darah yang pantas akan menyebabkan paras glukosa memuncak. Insulin akan di rembeskan sebagai tindak balas tubuh kerana paras gula yang memuncak untuk menurunkan paras glukosa ini dengan segera. Tubuh manusia tidak sepatutnya mempunyai paras gula yang terlalu tinggi dalam darah. Hanya sebahagian dapat di gunakan sebagai tenaga dan selebihnya akan di simpan sebagai lemak. Lemak yang tersimpan tidak akan di gunakan sebagai sumber tenaga utama. tubuh akan mula merasa lapar semula apabila paras gula turun mendadak dan ini menyebabkan rasa lapar yang berulang-ulang walaupun baru makan beberapa jam sebelumnya.

Jadi, pilihlah makanan tambahan anda yang mempunyai GI yang rendah. 


Sumber:- Doktor Norman

Bagaimana ingin membuat tempahan ESP?

Anda boleh membuat tempahan melalui online dengan cara klik terus pada link ini >>> Order Sendiri ESP

atau

Hubungi saya di talian 012-3789284










**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Monday 27 October 2014

Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Assalamualaikum... Hai semua...

Sebut sahaja nama Shaklee pasti ramai yang pernah dengar kan? Tetapi bagi mereka yang tidak pernah mengambil kisah soal kesihatan, sudah pasti tidak mengetahui apa itu Shaklee...

Untuk pengetahuan anda di luar sana, Shaklee telah lama wujud. Lebih dari 50tahun ia di kenali di dunia. Produk-produk yang Shaklee hasilkan amat menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan keselamatan.

Oleh sebab itulah, Shaklee mempunyai beratus-ratus saintis yang menjalankan ujikaji ke atas setiap vitamin yng di hasilkan. Ujian-ujian klinikal juga turut di lakukan. Ini bagi memastikan bahawa semua produk Shaklee berada dalam kualiti dan tahap yang terbaik.

Bagi pengedar-pengedar Shaklee pila, mereka akan di beri bimbingan dan tunjuk ajarmengenai produk Shaklee ini. Sebagai salah seorang SID Shaklee, kami di berikan ilmu supaya dapat di kongsikan bersama anda di luar sana. Kami bukan hanya sekadar menjual tetapi lebih dari itu. Kami juga bersedia untuk berkongsi pandangan, masalah, pendapat dan juga nasihat semua orang tidak mengira jantina.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk Shaklee ini, kami di bekalkan dengan sebuah buku Panduan Nutrisi yang mana banyak maklumat mengenai produk Shaklee ini terdapat di dalamanya.
Buku panduan ini di terbitkan khas untuk mereka yang bergelar ahli sahaja.

Pengisiannya sangat mengujakan. Kita boleh mempelajari serta mendalami maklumat tentang vitamin- vitamin Shaklee ini. 

Panduan untuk pemakanan juga ada di sediakan.
Buku panduan nutrisi ini merupakan buku kedua saya. Buku ini telah di tambah dengan sedikit maklumat terkini seperti penambahan infi mengenau produk yang baru di lancarkan Shaklee sewaktu National Conference di Amerika Syarikat pada bulan Jun yang lalu iaitu Phytocol-ST.

Buku panduan ini sungguh bermanfaat bagi SID Shaklee yang ingin mendapatkan maklumat mengenai produk.

Memang berbaloi-baloi memilikinya...


Sunday 26 October 2014

Air Detox






Assalamualaikum semua...

Air detox atau infused detox water ni memang amat di gemari oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menguruskan badan. Ia sangat berkesan, menjimatkan duit dan sangat mudah di sediakan. 


Air Detox

Bahan yang di gunakan untuk menghasilakn air detox ini bergantung pada individu mengikut citarasa masing-masing. Ada yang menggunakan lemon, halia, serai, daun pudina, oren, timun, berry, anggur, epal, kulit kayu manis dan banyak lagi..

Kelebihan air detox


1. Mengukuhkan sistem imun
2. Mengelakkan sembelit
3. menurunkan berat badan
4. Menyeimbangkan pH dan gula dalam darah
5. Meningkatkan tenaga
6. Membersih dan membina semula sel
7. Mencantikkan kulit dan wajah


Kombinasi menarik untuk membuat air detox




Buat air macam ni pun ok juga



Cara menyediakan air detox

1. Potong bahan-bahan yang ingin di gunakan mengikut citarasa anda sendiri.
2. Masukkan ke dalam jag dan tambahkan ketulan ais.
3. Isi air masak sebanyak 1 liter dan tutup jag berkenaan
4. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara semulajadi, inilah pilihan yang paling tepat. Hanya minum sahaja. Tapi awas!! Bersiap sedialah ke tandas ye...

Selamat mencuba!












Saturday 25 October 2014

Bahaya Demam Di awal Kehamilan

Bahaya Demam Di Awal Kehamilan


Demam sewaktu hamil mungkin di anggap biasa oleh sesetengah wanita. Di peringkat awal kehamilan jika anda mengalami demam yang rendah ( kurang dari 103 darjah Fahrenheit atau 38.6 darjah celcius) mungkin tidak menjadi masalah. 

Ini di sebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan suhu dalam badan. Ia bukanlah di sebabkan oleh masalah jangkitan kuman.

Namun begitu, jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, melebihi 38.6 C, ia boleh menyebabkan pembentukan fizikal janin yang melibatkan pembentukan tulang dan otot tadi menjadi terjejas dan akhirnya menyebabkan kecacatan janin dalam rahim atau mungkin berlakunya keguguran.

Walau bagaimana pun pada akhir kehamilan apabila bayi terbentuk sepenuhnya maka demam tidaklah menjadi satu isu besar, kecuali demam itu beserta dengan tanda-tanda lain seperti ruam, keluar darah atau lendiran busuk dari faraj yang mungkin menandakan ada jangkitan dalam rahim. 

Sumber:- FB Dr Zubaidi












**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Friday 24 October 2014

Tanda-Tanda Kekurangan Vitamin C Di dalam Badan



tanda-tanda kurang vitamin c


Apa itu vitamin?

Vitamin ialah bahan-bahan organik yang di dapati dalam makanan dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita. Ia di kelaskan dan di beri nama mengikut abjad seperti Vitamin A-retinal dan Vitamin C-asid askorbik.

Kadangkala kita tidak menyedari perkara yang berlaku kepada kita sebenarnya berpunca akibat kekurangan vitamin. Sebagai contoh, gigi berdarah.

Vitamin ini di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu Vitamin larut dalam air ( vitamin B dan C). Vitamin larut air ini di keluarkan dari badan melalui air kencing. Jadi ia perlu di ambil setiap hari. Manakala lagi satu kumpulan ialah vitamin larut lemak (vitamin A, D, E, K). Vitamin larut lemak ini boleh di simpan dalam badan untuk jangka masa panjang. Kekurangan vitamin di dalam badan boleh menyebabkan penyakit yang serius.


Tanda-tanda kekurangan vitamin C

1. Mudah tertekan
2. Kulit sangat kering dan bersisik
3. Tapak kaki mengeras dan kasar
4. Luka lambat sembuh
5. Mudah selesema atau bersin
6. Wajah kelihatan lebih tua dari usia sebenar
7. Mudah mendapat ulser
8. Mudah demam
9. Mudah mendapat penyakit skurvi

Vitamin c yang sesuai di ambil

Vitamin c yang di cadangkan oleh Shaklee ialah vitamin c sustained released. 


Vitamin C Shaklee merupakan vitamin semulajadi. Tidak seperti kebanyakan vitamin c lain di pasaran. Kebanyakannya adalah vitamin sintetik. Khasiat Vitamin C Shaklee memang banyak. Untuk mengetahui perbezaan sama ada vitamin yang anda beli itu adalah sintetik atau semulajadi, anda boleh lihat di dalam botol vitamin tersebut. Jika terdapat silika gel, ini bermakna, ia adalah vitamin sintetik kerana vitamin semulajadi tidak memerlukan silika gel. Itulah perbezaan Shaklee dengan jenama lain.

Testimoni vitamin c




Bagaimana ingin mendapatkan vitamin c Shaklee ini?

Anda boleh membuat tempahan melalui dua cara:-

1. Boleh klik terus pada link ini>>Order Vitamin C 

atau

2. Taip sms <VitaC> dan hantar ke <0123789284>













Thursday 23 October 2014

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia




Assalamualaikum WBT....


Senarai sebahagian daripada pengedar Shaklee seluruh Malaysia adalah seperti di bawah:-

1. Nursimatun Md Yusof
    Kawasan: Keramat, Setiawangsa, Wangsa Maju, Kampung
    Datok Keramat

2. Wan Fatihanum
    Kawasan: Putra Height, Subang Jaya

3. Nurhalawa
   Kawasan: Nilai, Bandar Baru Salak Tinggi

4. Sunita
   Kawasan: Puchong, Cyberjaya, Putrajaya

5. Nila Qaseh Firdaus
    Kawasan: Rawang, Batang Kali, Genting Highland

6. Ayra
    Kawasan: Tebrau, Ulu Tiram, Pasir Gudang, Johor Bahru

7. Norhidayah Kassim
   Kawasan: Kuantan, Gambang, Inderapura, taman Tas

8. Maria Awi
    Kawasan: Damansara, Nilai, Sepang, Bangi

9. Dhiya Hussin
    Kawasan: Gombak,Sentul, UIA, Selayang, Cheras, Cyberjaya

10. Wan Shahariah
    Kawasan: TTDI Jaya, Shah Alam, Bukit Jelutong

11. Nurul Asmaa Razak
    Kawasan : Kemaman, Dungun, Paka

12. Amalina
    Kawasan: Sik, Baling , Jitra

13. Nor Akmal Rusydi
    Kawasan: Pontian, Rengit, Simpang Renggam

14. Siti Hajar
    Kawasan: Pasir Gudang, Masai

15. Nuraini Ridzuan
    Kawasan: Shah Alam, Kota Damansara, Subang Bestari, Kelana Jaya, Pelabuhan Klang, Klang

16. Nurul Nurshida Rosnan
    Kawasan: Gombak, Ampang, Wangsa Maju

17. Noor Asiah
    Kawasan: Pengkalan Chepa, Tanah Merah

18. Norjarina
    Kawasan: kemaman, Bandar Chukai, Bukit Kuang, Telok Kalong

19. Nor Hayati
    Kawasan: Bukit Ketil, Bukit Selambau, Padang Serai

20. Suriati Yusof
    Kawasan: Kemaman, Dungun


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Wednesday 22 October 2014

Dunia Oh Dunia....

Dunia oh Dunia

Assalamualaikum semua.... 

Sehari dua ni kecoh kan pasal isu kempen " I want to touch a dog"... Bermacam-macam hal yang terkeluar dari mulut masing-masing. Ada yang mengikut nafsu, ada yang mengikut akal fikiran dan tak kurang juga yang yang main hentam sesedap rasa.

Ramai yang bertelagah sesama sendiri. Yang mengaku Islam pun semakin goyah. Ibarat lalang... Di tiup angin ke barat, maka ke baratlah perginya. Jika ke timur, maka ke timurlah sengetnya. Aduhai... dunia oh dunia...

Saya memang tidak berada di tempat kejadian. tetapi dengan melihat gambar-gambar yang di sebarkan di media sosial, sangat meruntun hati saya. 

Seolah-olah kita mempersendakan hukum Allah... Nauzubillah... Semoga Allah lindungi kita semua dari fitnah dajjal yang semakin berleluasa. 

Ini adalah keratan muka depan akhbar Sinar Harian semalam.. 



Amat menyedihkan kita sebagai umat Islam yang rata-ratanya berpelajaran tetapi dengan sengaja pergi menyentuh anjing secara sengaja dan suka-suka. 

Menurut info dari seorang kawan, kejadian ini adalah di luar bidang kuasa penganjur. Katanya lagi, penganjur tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku. 

Walau apapun, di harap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. 

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dunia dan akhirat...

Aminnn.....




**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Tuesday 21 October 2014

Aduhai ibu..... Sekadar Peringatan Bersama.....


Sekadar gambar hiasan



Assalamualaikum semua....


Pagi ini rasa terpanggil nak menulis tentang kisah seorang ibu ni... Ahad lepas saya dan keluarga ke sebuah pasaraya. Maaflah, nama pasaraya terpaksa saya rahsiakan. Selepas membeli beberapa barang keperluan, jalan-jalan, makan-makan, akhirnya kami pun beredar untuk pulang ke rumah.

Nak di jadikan cerita, sewaktu ingin melintas jalan ke tempat parkir kereta, saya bersama anak perempuan dan adik perempuan saya yang berdiri di tepi laluan melintas ternampak seorang kanak-kanak lelaki memegang belon yang ingin melintas jalan berseorangan.

Ya Allah.... Dengan pantas saya menyambar tubuh kecil itu. Nyir-nyaris dia di langgar sebuah kereta. Mujur saya sempat memegangnya. Di dalam hati saya berkata, "Dimana ibunya? Dimana ayahnya? Mengapa di biar anak sekecil itu melintas seorang diri?"

Bertalu-talu pertanyaan itu menerpa di kotak fikiran saya. Sedih, terkilan dengan sikap ibu bapa kanak-kanak tersebut yang tidak mempedulikan anak. Sedangkan saya sendiri jika mahu melintas jalan, tangan anak-anak saya pegang erat-erat. 

Saya tercari-cari di sana-sini ibu kanak-kanak tersebut. Bertanya pada orang-orang di sekitar. Namun ketika itu, tiada siapa yang tahu di mana ibunya. Saya mundar-mandir di situ seketika sehinggalah muncul seorang wanita muda mengambil kanak-kanak tersebut. Dia mendapatkan kanak-kanak itu dan terus berlalu tanpa sepatah kata!

Ya Allah.... inikah ibunya? Tanpa ada rasa bersalah, tanpa mengucapkan terima kasih dia terus berlalu... Rupanya masih ada dua orang anak bersamanya di seberang jalan. Saya, anak perempuan serta adik saya turut melintas jalan untuk ke tempat parkir kereta kami. Kami berselisih di situ. Sempat juga saya katakan padanya, " Mujur tak kena langgar tadi"... 

Dari riak wajahnya tiada rasa takut jika sesuatu berlaku pada si anak. Tiada kebimbangan pada raut wajahnya...

Ibu....oh ibu..... Tiadakah rasa risau di hati mu...? Tiadakah rasa takut sesuatu yang buruk berlaku pada anak kecilmu itu...?

Pesanan Kak tun, jagalah anak-anak kita sebaik-baiknya. Nyawa tiada galang-ganti di dunia ini...

Wallahualam...









**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Monday 20 October 2014

Vitamin Shaklee Saya Yang Pertama



Vitamin Shaklee Saya Yang Petama






Assalamualaikum semua.... Selamat berhari isnin....

Apa vitamin Shaklee yang pertama korang makan? Vitalea? Omega? Vita C atau yang lain-lain lagi? Entri kali ini Kak Tun nak kongsi cerita vitamin pertama yang Kak Tun ambil dan mengapa Kak Tun mengambil vitamin ini.

Vitamin pertama yang Kak Tun ambil ialah Alfalfa. Alfalfa Shaklee ini di hasilkan daripada daun alfalfa. Khasiatnya memang banyak. Sesuai di ambil oleh lelaki dan wanita. Seawal usia 13 tahu ke atas lagi anda sudah boleh mengambil alfalfa ini tetapi dengan dos yang lebih rendah pada peringkat awalnya. Khasiat alfalfa yang pelbagai menyebabkan Kak Tun memilihnya.

Pada permulaannya, Kak Tun mengambil alfalfa ini hanyalah untuk menurunkan berat badan. Yelah, dengar cerita sana-sini orang kata makan alfalfa ni boleh kurus. Rupanya Kak tun dapat lebih dari itu. Bukan sekadar berat badan yang menurun tetapi Kak Tun juga dapat mengatasi masalah keputihan yang Kak Tun alami. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. 

Pada pendapat Kak Tun, jika kita hendak mencuba sesuatu supplemen, kita perlu tanya pada diri sendiri terlebih dahulu. Mampukah aku mendisiplinkan diri dalam pengambilan mmakanan? Mampukah aku mengawal nafsu makan? Mampukah aku mengikut segala pantang larangnya?

Jika tak mampu, jangan cuba. Nanti anda akan persalahkan produk itu pula. Padahal, diri sendiri yang tidak berdisiplin.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan alfalfa ini, anda boleh membelinya terus secara online dengan cara klik Order Alfalfa Small



Anda mungkin meminati:-
Tips Ingin Di sayangi Suami 
Rahsia Kulit Berseri 
Tips Rumahtangga Bahagia







**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Sunday 19 October 2014

Tanda-tanda Awal Menopaus

Assalamualaikum WBT...

Bercerita mengenai menopaus pasti membuatkan saya teringat kepada ibu dan ibu mertua saya...Ibu saya sendiri sememangnya sudah lama memasuki fasa ini manakala ibu mertua saya baru sahaja mengalami petanda awal ke arah menopaus.

Tanda-tanda Awal Menopaus

Tanda-tanda awal menopaus


1. Rasa panas badan
2. Sakit pada payudara
3. Kitaran haid yang tidak teratur
4. Kurang bernafsu bersama suami
5. Rasa kekeringan faraj ketika bersama suami
6. Adakalanya mengalami masalah pembuangan air kencing seperti terkencing ketika batuk atau bersin atau ketawa dan mengalami rasa tidak dapat menahan kencing.
7. Emosi yang berubah-ubah
8. Mengalami masalah tidur

Keadaan seperti ini boleh di alami oleh mereka yang berusia seawal 40 tahun dan 50 tahun ke atas.

Antara supplemen yang boleh di ambil oleh mereka yang bakal mengalami manopaus ialah:-

Ostematrix RM61.00

b Complex RM53.75

Vitamin E RM149

Bagi anda yang berminat ingin mencuba vitamin-vitamin ini, boleh membuat tempahan melalui online dengan cara klik terus pada link ini. 
>>> Order Vitamin E

atau anda boleh juga menghubungi saya di 012-3789284 (Puan Nursimatun)
















































































































































Saturday 18 October 2014

Sembelit Di Kalangan Bayi Dan Kanak-kanak



Sembelit Di Kalangan Bayi Dan Kanak-Kanak


Sembelit!!

Antara tanda-tanda bayi atau kanak-kanak mengalamai masalah sembelit ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis atau menunjukkan reaksi resah atau tidak selesa ketika membuang air besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar dan sudah pandai bercakap pula, mereka akan memberitahu ibu bapa atau penjaga bahawa mereka mengalami kesakitan ketika meneran untuk membuang air besar. Najis bayi atau kanak-kanak yang sembelit ini berketul-ketul seperti biji kacang.

Bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami sembelit ini, kekerapan mereka membuang air besar menjadi kurang. Ada kalanya hanya 2 atau 3 kali seminggu dan ada juga kes yang pernah di adukan kepada saya hanya sekali seminggu!!

Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita akan berasa risau dengan keadaan seperti ini. Namun begitu, jangan mudah berputus asa. anyak petua dari orang lama-lama bagi mengatasi masalah sembelit ini.

Masalah sembelit ini biasanya berpunca daripada susu formula. Jarang sekali kita dengar anak-anak yang di beri susu ibu, mendapat masalah sembelit ini. 

Antara petua yang boleh di amalkan ialah memberi anak-anak memakan buah-buahan seperti pisang dan betik. Sekiranya masih tidak berubah dan masalah tidak juga berkurangan, anda boleh mencuba Mealshakes


Sempena bulan Oktober 2014 ini, Shaklee menawarkan mealshakes dengan pembelian yang menarik. Beli 3 canisters mealshakes anda boleh mendapatkan 1 canister secara PERCUMA!

Untuk mengetahui khasiat yang terdapat di dalam mealshakes, anda boleh membacanya di dalam entri Khasiat Mealshakes Shaklee ini.

Untuk tempahan mealshakes melalui online, anda boleh klik pada link ini>>> Order Mealshakes Shaklee


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Friday 17 October 2014

Resepi Sri Ayu Kebabooom

Assalmualaikum... salam jumaat semua...

Penat sungguh hari semalam. Kak tun dapat tempahan kuih sri ayu ni 200 biji. Terkial-kial seorang diri membuatnya. Alhamdulillah... siap juga akhirnya...

Jadi, hari ni Kak Tun nak konsikan dengan korang resepinya....

Resepi Sri Ayu

Bahan-bahannya:-
(anggaran untuk 33 biji)

3 biji telur ayam gred A
1 cawan gula halus
1 cawan santan yang di kisar bersama pati pandan
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar ovalette
1 biji kelapa putih utk intinya
2-3 sudu besar tepung jagung
secubit garam
pewarna hijau

Caranya:-

Pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan gula, pukul lagi. Kemudian masukkan ovalette, santan dan akhir sekali tepung gandum. Santan tadi di kisar bersama daun pandan dan pewarna hijau. Perap 30 minit. Di dalam acuannya, di sapukan minyak masak. Inti kelapa di gaul bersama tepung jagung dan garam. Kemudian di tekan-tekan di dasar acuan. Gunakan sudu untuk mengisi adunan tadi. Kukus selama 5 minit sahaja. Pastikan air betul-betul mendidih baru kukus. Siap di hidangkan.

Sangat mudah kan?

Selamat mencuba...

Thursday 16 October 2014

Testimoni Vivix Dan GLA Complex Shaklee

Testimoni Vivix Dan GLA Complex Shaklee

Syukur alhamdulillah...


Tiada ungkapan lain lagi yang lebih sesuai untuk kita ucapkan setelah membaca kiriman"whatsapp" dari seorang rakan seperti dalam gambar di atas..

Bayangkan jika anda berada ditempat beliau.... dan anda di sahkan menghidap Fibroid sebesar 40.4 mm!! Allahuakhbar.... Sudah pasti dunia ini kita akan rasakan kelam. Rasa seperti bakal runtuh menghempap kita. Seolah-olah ia tiada jalan penyelesaian lagi...

Namun begitu, pada hemah saya, beliau tidak putus asa. Beliau mengambil inisiatif bertanya pada seorang teman yang kebetulannya seorang SID Shaklee... Mungin inilah yang dikatakan takdir. Allah pertemukan dia dengan seorang rakan yang seolah-olah menjadi penyelamat kepada dirinya..

Sebelum membuat pemeriksaan kesihatan, beliau telah mengadu bahawa period yang di alamai tidak mengikut putaran yang sepatutnya. Terdapat banyak darah yang keluar dan tempoh kedatangan haid juga tidak menentu pada setiap bulan.

Lantas SID yang sememangnya seorang teman karib, mencadangkan beliau mengambil GLA dan juga vivix
Semenjak di sahkan mempunyai fibroid pada 5 September 2014 yang lalu, beliau telah mengamalkan pengambilan kedua-dua vitamin ini.. dan yang paling gembira, pada tarikh semalam 15 Oktober 2014, doktor telah mengesahkan bahawa fibriod beliau telah TIADA lagi!!

Allahuakhbar.. Sungguh besar kuasa Allah. Memberikan sesuatu di luar jangkaan manusia. Tiada yang mustahil sekiranya kita benar-benar yakin bahawa setiap penyakit itu pasti ada penawarnya!

Ini adalah testimoni benar bagi seorang pesakit yang mengalami fibroid. Bagi anda yang berminat ingin mencuba kedua-dua vitamin Shaklee yang hebat ini, anda boleh membuat tempahan melalui:-

1. Order vivix disini

atau

2. Hubungi saya terus di talian 012-3789284

Untuk layak mendapat diskaun hebat, anda boleh mendaftar sebagai ahli shaklee terlebih dahulu... Bukan sekadar mendapat harga istimewa malah anda boleh menjana pendapatan bersama kami.


Anda mungkin meminati:-
Cara jadi ahli secara percuma 
Cara buat tempahan produk


Wednesday 15 October 2014

Resepi Kek Coklat Meleleh Versi Kukus






Resepi Kek Coklat Meleleh Versi Kukus



Assalamualaikum semua....

Sebenarnya dah beberapa hari Kak Tun membeli bahan untuk membuat kek coklat ni tetapi ia tersadai sahaja di dalam kabinet di dapur.. Entah macamana hari ni ada masa yang terluang sebentar bersama anak-anak, maka Kak Tun rajinkan diri membuat kek kegemaran anak-anak ini...

Sebenarnya tidak lah susah sangat membuat kek coklat kukus ini... main camapak-campak sahaja bahan-bahannya..

Nak tahu resepinya? Jom Kak Tun kongsikan dengan anda semua...

RESEPI KEK COKLAT MELELEH


Bahan untuk kek:-

2 biji telur ayam gred A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Caranya:-

Pukul telur sehingga kembang. kemudian masukkan gula. Pukul lagi. Boleh guna tangan atau mixer. Kemudian masukkan minyak masak. Masukkan pula susu pekat manis. Soda bikarbonat dan baking powder di ayak terlebih dahulu bersama tepung gandum dan serbuk koko. kemudian masukkan bahan ayak tadi ke dalam adunan dan kacau. Akhir sekali, masukkan air panas dan pukul sehingga sebati. Sapukan loyang dengan majerin supaya kek tidak melekat. Kukus 1 jam dan biarkan ia sejuk sebelum di terbalikkan.

Bahan untuk topping coklat:-

1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1/3 cawan air
1/4 cawan minyak masak

Caranya:-

Gaul sebati semua bahan dan masa di atas api yang kecil sahaja. Setelah pekat, tuang di atas kek tadi...

Senang kan?
Resepi yang mudah untuk seisi keluarga..
Selamat mencuba...


Anda mungkin juga meminati:-






Khasiat dan Kebaikan Cinch Shake Mix Chocolate Shaklee: Istimewa Untuk Anda Yang Ingin Kurus





Khasiat dan Kebaikan Cinch Shake Mix Chocolate Shaklee: Istimewa Untuk Anda Yang Ingin Kurus

Assalamualaikum... Selamat pagi pembaca budiman semua...

Cinch Shake Mix Shaklee sememangnya menjadi pilihan yang tepat bagi anda yang ingin tampil kurus dan menawan secara sihat. Ia di datangkan khas dalam tiga perisa berbeza iaitu, Chocolate, Vanilla dan Latte.

Apakah kandungan Cinch Shake Mix Chocolate?



Mengandungi Leucine yang mana ia adalah nutrisi yang penting untuk orang yang ingin kurus. 

Setiap hidangan Cinch mengandungi:-
*24g protein yang mana ia akan memberikan anda rasa kenyang yang cukup
*24 jenis vitamin dan mineral penting



Indeks glisemik yang rendah iaitu sebanyak 22, jadi hidangan cinch ini juga sesuai untuk pesakit kencing manis.

Juga mempunyai campuran ESP yang mana ia adalah campuran khas dan eksklusif.





Leucine di dalam cinch memelihara otot semasa proses menurunkan berat badan.

Mengandungi Soya Non-GMO yang mana ia adalah soya yang selamat untuk di minum




Tiada perasa tiruan, pewarna atau pemanis

Tinggi kandungan serat iaitu sebanyak 6g serat setiap hidangan

Membakar lemak yang tidak diingini

Makanan segera untuk mereka yang aktif

Memberikan rasa kenyang yang lama

Membina otot








Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat, pengambilan cinch shake mix chocolate ini, boleh membantu anda menggantikan hidangan utama. Dengan secara tidak langsung, anda dapat mengawal pemakanan.

Testimoni #1


Testimoni #2



Testimoni #3



Bagi anda yang ingin mendapatkan Cinch Shake Mix Chocolate ini secara online, anda boleh Order Cinch Shake Mix Chocolate disini.

Untuk yang berminat mendapatkan dikaun hebat, anda boleh Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee terlebih dahulu. Bukan sekadar harga istimewa untuk mereka yang bergelar ahli tetapi banyak keistimewaan lain seperti:- 

~Tiada yuran yang mahal, hanya RM75 seumur hidup
~Bimbingan coaching akan diberikan sepenuhnya, jadi tak perlu risau bagi mereka yang memang zero tentang biz dan juga online. Bimbingan ini 100% secara ONLINE
~Tiada meeting sampai larut malam
~Tidak perlu meninggalkan family, buang masa, buang duit
~Tidak mengamalkan penyimpanan stok
~HANYA BERMODALKAN MINAT DAN KEINGINAN MENGUBAH KEHIDUPAN





**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
 BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com