.

Tuesday 30 September 2014

Set Kesihatan Jantung Shaklee







Set Penjagaan Kesihatan Jantung Shaklee

Kesihatan jantung adalah amat penting bagi kita.

Jantung merupakan organ yang amat penting dalam tubuh kita. Di Malaysia , penyakit jantung merupakan pembunuh utama. Ia menyerang tanpa mengira jantina dan peringkat umur seseorang.


Adalah penting bagi kita untuk menjaga kesihatan jantung. Ini kerana di sinilah darah di pam ke seluruh badan. 

Bidang kajian mengenai jantung di kenali sebagai kardiologi. Penyakit penting bagi jantung termasuk:-

* Penyakit jantung koronari merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung yang menyebabkan sakit dada teruk dan ketidak selesaan yang di kenali sebagai angina.

* Myocardial infarction atau umumnya di kenali sebagai sakit jantung berlaku disebabkan kematian sel jantung akibat kitaran darah kepada jantung terganggu. Penyakit jantung koronari berterusan akan mengakibatkan sakit jantung.

* Congestive heart failure atau kegagalan jantung adalah kehilangan daya pam jantung.

* Endokarditis, myokarditis dan perikarditis adalah keradangan jantung

*Arrhythmia kardiak ( cardiac arrhythmia) adalah ketidaktentuan degupan jantung.

Sekiranya arteri koronari tersumbat, tempat masalah boleh di pintas dengan pembedahan pintas arteri koronari ( coronary artery bypass surgery)

Sumber rujukan:- Wikipedia






Set Kesihatan Jantung Shaklee

Bagi memelihara kesihatan jantung, Shaklee menawarkan set terbaik yang menagndungi Vivix, Omega Guard, Phytocol-ST dan COQ Health.

RM475.00 Sebotol

Manfaat Vivix

~ Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung



RM136.00 Sebotol

Manfaat Omega Guard

~ Menurunkan paras kolesterol LDL yang menyempitkan salur darah dan melancarkan peredaran darah ke jantung



RM197.00 Sebotol

Manfaat Phytocol-ST

~Menurunkan kolesterol secara semulajadi



RM124.00

Manfaat COQ10 Health

~ Mengandungi Co-enzyme Q10, vitamin E dan ekstrak daripada teh hijau yang bertindak sebagai anti oksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit jantung.

Keempat-empat vitamin ini boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung kita. Jadi, tunggu apa lagi??? Jom dapatkan sekarang daripada saya!

















**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 
BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Ibadah Korban



Ibadah Korban Dan Aqiqah


Assalamualaikum WBT...

Maksud Ibadah Korban

Ibadah korban bermaksud Menyembelih binatang ternakan 

pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyriq (11,12 dan 13 

Zulhijjah) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.

Masa ibadah korban bermula apabila terbit matahari pada 

hari raya korban dan hari-hari tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah)

dan meninggi sedikit. Namun paling afdhal di lewatkan 

hingga matahari naik segalah dan selepas solat hari raya.


Hukum Ibadah Korban

Hukumnya adalah sunat muakkad. Makruh bagi orang yang

mampu dan menjadi WAJIB jika ia di nazarkan.

Bagi sebuah keluarga, ibadah korban adalah sunat kifayah

iaitu digalakkan seorang ahli keluarga melakukan ibadah 

korban bagi pihak ahli keluarga yang lain.

Abu Ayyub r.a menceritakan:-

"Pada zaman Nabi Muhammad SAW seorang lelaki 

menyembelih korban bagi pihak dirinya dan juga ahli 

keluarganya" (Muwatta' Imam Malik; 1770)

Harus melakukan ibadah korban untuk orang yang telah

mati dan meniatkan pahala korban untuknya.


Fadhilat Korban

1. Sabda Nabi Muhammad SAW, " Tidak ada amalan yang 
paling di sukai Allah pada hari raya korban melebihi dari menyembelih korban. Binatang korban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya" (Sunan at-Tirmizi; 1496, hasan)

2. Sabda Nabi Muhammad SAW; " Bagi setiap helai bulu binatang korban satu kebajikan" (Sunan Ibnu Majah; 3127, dhaif)

Syarat-syarat binatang korban

1. Binatang ternakan yang boleh di buat korban ialah:-
* Biri-biri ( berumur genap 1 tahun)
* Kambing (berumur genap 2 tahun)
* Lembu (berumur genap 2 tahun)
* Kerbau (berumur genap 2 tahun )
* Unta (berumur genap 5 tahun)

2. Seekor biri-biri dan kambing hanya untuk seorang. Manakala lembu, kerbau dan unta harus di kongsi tujuh orang.

3. Disyaratkan binatang tidak cacat dengan nyata. Menurut hadis, tidak sah korban dengan binatang yang buta sebelah matanya, yang tempang, yang nyata sakitnya dan yang terlalu kurus (Musnad Ahmad; 18510, isnadnya soheh)

4. Sunat memilih binatang korban yang paling elok. Lagi elok, lagi sempurnalah pahalanya.


Perkara yang di sunatkan ke atas orang yang melakukan korban

1. Tidak membuang apa-apa rambut, bulu, dan kuku dari badannya sehinggalah selesai korbannya di sembelih ( Soheh Muslim; 1977)

2. Menyembelih sendiri korbannya jika mampu. Jika tidak mampu, sunat melihat binatang korbannya di sembelih

3. Ketika sembelihan di lakukan, sunat ia mengucapkan seperti berikut:-

                                          Ø¥ِÙ†َّ صَÙ„َاتِÙŠ ÙˆَÙ†ُسُÙƒِÙŠ ÙˆَÙ…َØ­ْÙŠَاي ÙˆَÙ…َÙ…َاتِÙŠ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ، Ù„َا Ø´َرِيكَ Ù„َÙ‡ُ ÙˆَبِØ°َÙ„ِÙƒَ Ø£ُÙ…ِرْتُ *

                                                                                                                       Ø§Ù„Ù„َّÙ‡ُÙ…َّ ÙˆَØ£َÙ†َا Ù…ِÙ†َ الْÙ…ُسْÙ„ِÙ…ِينَتَÙ‚َبَّÙ„ْ Ù…ِÙ†ّÙŠْ ÙˆَØ£َÙ‡ْÙ„ِÙŠْ بَÙŠْتِÙŠ*



Yang bermaksud:-

"Ya Allah, terimalah korban dariku dan dari ahli keluargaku".





Cara Pengagihan Daging Korban

1. Wajib sebahagian dari daging korban di sedekahkan 

kepada fakir miskin dalam keadaan mentah iaitu sekurang-

kurangnya satu kadar yang dapat di namakan sedekah (iaitu

1/2 kilo atau 1 kilo)

2. Daging korban harus jika hendak di sedekahkan 

kesemuanya kepada fakir miskin. Namun sunat orang yang 

melakukan korban menikmati sedikit darinya mengikut 

sunnah Nabi Muhammad SAW dan mengambil berkat 

darinya.

3. Sunat daging korban di agihkan kepada tiga pihak.

~Untuk di makan diri sendiri dan ahli keluarga

~Untuk di sedekahkan kepada fakir miskin

~Dihadiahkan kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan

sebagainya sekalipun mereka kaya/berada.

4. Dilarang menjual apa-apa bahagian dari binatang korban. 

Ia menghilangan pahala korban. Termasuk di larang ialah:-

Memberi upah kepada tukang sembelih atau orang-orang 

kerja dengan daging korban tersebut. Jika di berikan atas 

nama hadiah atau sedekah adalah di haruskan.

5. Sebahagian ulamak mengharuskan memberi daging 

korban kepada orang kafir yang berbaik dengan orang Islam.

Sebahagian ulamak melarangnya.

6. Korban nazar dan korban orang yang telah mati, wajib 

di sedekahkan kesemua dagingnya kepada fakir miskin.


Diharap perkongsian ini dapat memberikan pemahaman 

yang lebih jelas mengenai ibadah korban.

In Shaa Allah, saya akan berkongsi mengenai AQIQAH pula

dalam entri akan datang.

Wallahua'lam...






Monday 29 September 2014

Petua Tambah Darah Bagi Ibu Hamil



Petua Tambah Darah Bagi Ibu Hamil Dengan Cara  Yang Cepat



Anemia ( Kurang Darah Merah)

Anemia bermaksud "kurang darah" dalam bahasa Greek. Ia bermaksud kekurangan sel darah merah atau dalam istilah perubatan di kenali sebagai hemoglobin. Keadaan ini akan menyebabkan kurang keupayaan darah untuk mengangkut oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan hipoksia.

Anemia bagi ibu hamil adalah perkara yang biasa terjadi. Oleh itu terdapat beberapa jenis makanan yang di sarankan di ambil oleh ibu-ibu hamil untuk meningkatkan jumlah sel darah merah.



Apakah makanan yang di sarankan?

Buah Jambu Batu
~ Kaya dengan zat besi, vitamin A, vitamin B1, B2, vitamin C, fosforus, kalsium, kalium, natrium, protein, serat, asid nikotinik, pottasium dan asdi pantotenik Dr Maznah





Daging Merah
~ Mengandungi zat besi yang tinggi yang boleh membantu memerangi anemia


Brokoli
~ Mengandungi Vitamin, zat besi, dan folat. Ia sangat bagus untuk ibu hamil kerana mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan





Pisang
~ Mengandungi folat
~ Membantu pembesaran janin dan penghasilan sel-sel baru



Kekacang
~ Untuk mencegah anemia



Hati
~ Hati ayam boleh menambah kepekatan darah. Namun ia tidak di galakkan kerana organ dalaman tidak elok untuk otak janin


Bayam
~ Paling elok di kalangan sayuran. Ia menyerat zat besi dan folat untuk melawan anemia


Kerang
~ Mencegah anemia




Telur
~ Bahagian kuningnya mengandungi nutrien termasuk zat besi yang di perlukan penghidap anemia. Pengambilan kuning telur dapat mengekalkan jumlah hemoglobin dalam darah.



Oat
~ Melawan anemia
~ Memberikan mineral yang di perlukan tubuh badan serta zat besi
~ Mudah di serap



Buah Delima
~ Dapat mengekalkan jumlah sel darah merah
~ Kandungan zat besi di dalamnya dapat mengurangkan gejala anemia



Madu
~ Melawan anemia



Kurma
~ Meningkatkan penghasilan sel darah merah
~ Mebekalkan tenaga



Kismis
~ Melawan anemia



Bagaimana sekiranya Hb darah masih rendah?

Sekiranya Hb darah anda masih juga rendah selepas memakan makanan yang di sarankan seperti di atas, anda di  galakkan untuk mencuba vitamin semulajadi Shaklee iaitu Vitalea




Mereka yang mengambil Vitalea ini, haruslah elak dari meminum minuman berkafien dan bersusu. Ini untuk mengelakkan vitamin kurang berkesan kerana khasiatnya di serap oleh kafien tersebut.

Testimoni #1




Testimoni #2







Inilah dia rupa vitalea yang selalu di sebut-sebut tu...

Sekiranya anda berminat untuk membeli sendiri vitalea ini sila klik Nak Beli Vitalea



Jom daftar sebagai ahli untuk dapatkan diskaun hebat..

Cara Jadi Ahli Shaklee boleh membantu anda memahami dengan lebih lanjut cara untuk mendaftar.

Sumber:- Wikipedia

**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 
BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Cara Solat Tahajud Yang Betul


Cara Solat Tahajud Yang betul

Assalamualaikum semua....

Solat Tahajud bermaksud solat sunat yang di lakukan sebaik terjaga dari tidur yang afdhalnya di lakukan secara bersendirian selepas waktu tengah malam atau sepertiga malam. 

Terdapat dalil yang menyebut tentang solat tahajud ini iaitu:-

*Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 79
*Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebaik-baik sembahyang ialah sembahyang sunat malam" (Riwayat Muslim)

Tujuan solat tahajud:-

1. Sebagai tanda perhambaan diri kepada Allah SWT
2. Untuk mendekatkan diri kepada pencipta kita
3. Sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita
4. Untuk menguatkan jiwa dan ketaqwaan kepada Allah Taala
5. Mendapat ketenangan dalam hidup 



Cara Mengerjakan solat tahajud

1. Membaca lafaz niat solat tahajud seperti di atas dengan nada perlahan dan niatkan ertinya di dalam hati. 




2. Rakaat pertama:-
    Membaca surah Al-Fatihah dan Al-Kafirun atau 
    mana-mana surah

3. Rakaat kedua:-
    Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas 
    atau mana-mana surah

4. Membaca doa tahajud selepas salam


Kelebihan atau hikmah solat tahajud

* Mendapat pengawasan dan peliharaan Allah
* Mudah melalui hisab dan titian sirat
* Menerima buku catatan dengan tangan kanan
* Allah permudahkan urusan hidup
* Wajah berseri-seri ketika di padang mahsyar
* Doa di makbulkan


Sumber rujukan:-

http://www.adibsite.com/2013/06/cara-panduan-solat-sunat-tahajjud.html


Sunday 28 September 2014

Punca Hidung Berdarah




Punca Hidung Berdarah Secara Tiba-tiba


Assalamualaikum... WBT...

Anak saya pernah mengalami masalah hidung berdarah secara tiba-tiba. Dalam leka dia sedang bermain-main bersama adik-adik, hidung tiba-tiba mengeluarkan darah. Darah segar. Masih panas lagi. Mencurah-curah keluar melalui hidung. 

Jadi, saya terpanggil untuk membuat carian di google dan terjumpa entri dalam blog anakulucheka iaitu Punca Hidung Berdarah ini..

Antara yang di kongsikan bersama mengapa hidung tiba-tiba mengeluarkan darah adalah berdasarkan beberapa faktor. Antaranya ialah:-
1. Pencemaran
~ Udara yang kotor dan tercemar akan menggangu selaput lendir pada hidung. Ini akan mengakibatkan hidung mengeluarkan darah. Tempat yang penuh dengan asap kenderaan atau asap rokok juga boleh menjadi sebabnya.

2. Sentuhan
~ Sentuhan pada hidung atau mengorek terlalu kuat boleh mencederakan dinding selaput lendir. Ini akan mengakibatkan darah keluar menyusuri hidung.

3. Udara terlalu sejuk atau panas
~ Keadaan udara yang terlampau sejuk atau panas boleh menyebabkan hidung berdarah. Badan kita tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan suhu yang mendadak dan terlalu tinggi atau terlalu rendah. 

4. Penggunaan ubat
~Ubat jenis streroid yang kerap di ambil untuk melegakan hidung tersumbat mungkin juga boleh menjadi penyebab hidung berdarah. Jadi, orang yang tidak sesuai dengan ubat tertentu juga boleh mengalami hal yang sama.

5. Jangkitan
~ Antara jangkitan yang boleh menyebabkan hidung berdarah ialah vestibulitas, iaitu terdapat keradangan di kawasan rongga hidung sebelah depan. Selain itu, penyakit sinusitis atau resdung dan jangkitan sistemik kerana demam juga boleh menjadi punca hidung berdarah. 

Adakah vitamin yang sesuai untuk hidung berdarah ini?

Jika hidung berdarah di sebabkan oleh penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung, anda boleh mengambil vitamin Shaklee untuk membantu. Set Merawat Resdung yang di tawarkan Shaklee sesuai untuk lelaki dan wanita.

AWAS! Mereka yang mengambil ubat cair darah dari hospital tidak di benarkan mengambil alfalfa.



Ingin mengetahui cara jadi ahli?? Jom baca Cara Jadi Ahli Shaklee



**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 
BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com