.

Thursday 4 September 2014

BIKIN PANAS!!!! Fitnah Zaman Moden... Adakah Anda Penyebarnya?





Assalamualaikum... Salam pagi Khamis untuk semua pembaca budiman...


FITNAH....

Ramai di kalangan kita tidak sedar dalam melakukan fitnah. Ia bukanlah perkara baru malah telah berlaku sejak di zaman Nabi kita yang terdahulu. Mungkin kita semua lupa bahawa fitnah turut berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Ia menjadi punca pembunuhan sahabat Nabi dan permulaan perpecahan umat Islam.

Astarghfirullahaladzim! Sungguh menakutkan. Namun adakah kita ingat kisah-kisah yang telah terjadi itu? Sudah pasti kita lupa kerana asyik dan seronok di buai keenakan duniawi. 

Mengapa saya katakan demikian? Ini kerana dengan kecanggihan teknologi di zaman moden ini telah menyebabkan kita tanpa sedar telah menyebarkan fitnah. 





Marilah kita berdoa agar terhindar dari fitnah. 


Sahabat seagamaku sekalian. Berhati-hatilah. Fitnah di zaman ini bukan seperti di zaman dulu-dulu. Mungkin orang dulu, fitnah nya dengan cara menyampaikan cerita dari mulut ke mulut tetapi di zaman ini fitnah menjadi lebih mudah. 

Sebagai contoh, anda bangun di waktu pagi. Terus mencapai telefon mudah alih anda. Log masuk ke laman "facebook" anda. Membaca cerita- cerita, gosip-gosip panas di suapan berita. 

Katakan ia cerita tentang artis yang paling anda benci. Meluap-luap kebencian anda pada artis berkenaan setelah melihat ada di kalangan rakan "facebook" anda yang mengongsi cerita artis itu.


 "menyampah aku tengok si polan tu. tergedik-gedik. dah la pakaian tak senonoh. ada hati nak goda laki orang! dah la dulu kena tangkap basah dengan boyfriend lama dia..."

Bukan sekadar komen di situ, dengan pantas anda menekan butang "kongsi" pula supaya cerita itu dapat di baca oleh rakan-rakan anda yang lain pula.

Supaya rakan-rakan anda yang "sekepala" dengan anda pula turut meluahkan rasa tidak puas hati kepada hamba Allah itu.

Nauzubillahiminzalik.....

Adakah kita sedar perbuatan kita itu adalah fitnah. Kita telah menyebarkan fitnah dan mengaibkan orang lain. Memang benar sabda Nabi Muhammad SAW....


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:-

"Tanda hari kiamat semakin dekat, di hapuskan ( dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacauan). Di mana-mana di jumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan. :
(Hadis riwayat Muslim)




Perhatikan carta di atas. Di mana kedudukan kita sekarang? 





Jadi, janganlah anda tergolong dalam golongan penyebar fitnah ini. 





Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu ( wahai umat Islam) tidak menjalankan ( dasar bantu-membantu sesama sendiri yang di perintahkan oleh Allah ) itu, nescaya akan berlaku fitnah ( kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. 

Surah Al Anfal, ayat 73)


Sahabat sekalian, pesan saya cuma satu. Jangan mudah ringan tangan menekan "SHARE" pada keyboard anda. Kajilah terlebih dahulu sebelum menyebarkan kepada mereka. Jika benar, kemukakanlah empat orang saksi. Jangan jadi penyebar fitnah kerana dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh!

Akhir kata dari saya... Jangan bikin panas di siang hari...

Wallahualam.




0 comments:

Post a Comment