.

Thursday 9 March 2017

Ruam anak penuh kat pipi... akak dah tak tahu nak buat macam mana... akhirnya akak jumpa krim ajaib ni...




Ruam anak penuh kat pipi... akak dah tak tahu nak buat macam mana... akhirnya akak jumpa krim ajaib ni...



Dilema ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil terutamanya yang baru lahir ialah masalah ruam pada badan. Muka, leher, celah peha dan adakalanya seluruh badan di tumbuhi ruam.

Bagi ibu-ibu muda yang baru kali pertama melahirkan anak, ini sangat membimbangkan. Tiada pengalaman, tiada ilmu dalam menangani masalah ini.

Saya seringkali dihubungi oleh ibu-ibu yang bertanyakan tentang herbal blend. Krim ini sangat sesuai digunakan oleh bayi seawal usia sehari sehingga orang dewasa.

Ia tidak panas, tidak melekit, tidak mengandungi paraben, tidak mengandungi steroid dan tidak mengandungi bahan kimia beracun!



Nak dijadikan cerita, ada seorang ibu ni masih dalam pantang. Bayi beliau ditumbuhi ruam yang agak banyak di bahagian pipi. Ada yang sampai berdarah. Biasalah ibu muda. Tidak bersedia dan tidak menjangkakan perkara seperti ini berlaku..

Setelah membuat carian di internet, beliau terjumpa info mengenai krim herbal blend shaklee ini. Terus belaiu menghubungi saya untuk mendapatkan stok. 

Alhamdulillah, kebetulan saya ada menyimpan stok di rumah. Saya membuat penghantaran pada hari yang sama belaiu menghubungi saya.

Syukur alhamdulillah setelah beberapa hari menggunakan krim tersebut, ruam anak beliau makin pulih. Tiada lagi kulit yang kering dan berdarah. Cuma kesan parut yang masih belum hilang sepenuhnya.

Seronok bila dapat bantu orang kan?


Di bawah ini saya sertakan beberapa feedback dari pengguna krim hebal blend ini..













Kegunaan lain herbal blend 



Nak dapatkan stok herbal blend ni? Boleh buat pembelian terus di website shaklee ini  Beli herbal blend sekarang! 

atau hubungi saya melalui whatsapp +6012.378.9284


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- 
 NURSIMATUN MD YUSOF 
WHATSAPP:- 012-3789284 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Tuesday 7 March 2017

Gara-gara kencing manis, kaki makcik hampir dipotong!




 Gara-gara kencing manis, kaki makcik hampir dipotong!





Bila sebut pasal kencing manis atau diabetes ni kita tak nampak risiko atau bahaya penyakit ini melainkan jika ia telah menjadi luka yang sukar untuk sembuh.

Sebenarnya penyakit kencing manis atau di sebut juga diabetes ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu diabetes melitus dan juga diabetes gestasi.

Diabetes melitus

Terbahagi kepada 2 iaitu jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM-Insulin Dependent Diabetes Melitus). Jenis ini di akibatkan oleh kegagalan kelenjar pankreas menghasilkan insulin

Jenis kedua (II) pula boleh disebabkan kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Jenis ini masih mempunyai sedikit sebaynyak insulin dari pankreas.

Diabetes gestasi

Jenis ini biasa di alami oleh wanita ketika hamil. Ia mirip diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan, insulin yang di perlukan oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya.

sumber:wikipedia



Berbalik kepada cerita asal tentang makcik kawan saya tadi, kaki beliau sangat teruk akibat dari penyakit kencing manis yang di alaminya. Gambar keadaan kaki beliau seprti di atas. Ngeri kan?
Berlubang. Tulang pun boleh nampak. MasyaAllah. Kalau tidak di bantu dengan segera tidak mustahil kaki beliau boleh dipotong!

Biasanya kita tidak akan takut jika tidak mengalaminya sendiri. Dah kena baru menggelabah mencari ikhtiar sana-sini. Betul tak?Jika kita tidak menjaga pemakanan dari sekarang, tidak mustahil bermacam-macam penyakit boleh datang. Bukan hanya kencing manis sahaja tau!

Betul ke vivix ni boleh merawat kencing manis?

Jawapan saya TIDAK sama sekali! Vivix tidak boleh merawat kerana vivix bukanlah ubat. Yang boleh merawat ialah ubat-ubatan sahaja tetapi vivix bukanlah ubat.

Jadi, bagaimana vivix ini boleh membantu jika ia tidak boleh merawat? Pelik kan?

Sebenarnya tiada yang mustahil di dalam dunia ini. Allah berikan kepada manusia akal fikiran dan kebolehan untuk mengkaji. Jadi, hasil dari kajian yang terbukti secara klinikal itu maka terhasillah vivix ini.

Bagaimana vivix bertindak?

1) Mempertahankan sel
2) Memberi tenaga kepada sel
3) Memperbaiki sel yang rosak
4) Meningkatkan prestasi sel

Apa kata pengguna tentang vivix?









Bagaimana caranya untuk mendapatkan vivix ini?

Bagi anda yang berminat untuk membuat pembelian vivix secara online boleh terus klik pada link yang saya berikan di bawah ini.


atau boleh juga menghubungi saya di talian +6012.378.9284 

Mudah kan?

Ingat! Cegah sebelum parah! Ingatlah orang tersayang!




**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**



 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- 
 NURSIMATUN MD YUSOF 
WHATSAPP:- 012-3789284 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Tuesday 28 February 2017

Mak ada kanser tahap 4 tapi akak tetap nak ikhtiar dengan vivix untuk mak akak...


 


Ini kisah benar dari pengalaman saya sendiri. Sepanjang saya bergiat dalam bidang supplemen ni, saya memang bertemu dengan ramai orang yang bermasalah dengan kesihatan. Pelbagai jenis masalah di kongsi bersama. Saya menjadi pendengar yang setia dan juga perunding kesihatan mereka.

Kisah yang ingin saya kongsikan kali ini mungkin agak panjang. Ia tentang seorang ibu yang di sahkan menghidap kanser rahim tahap 4B. Ya Allah, rasa bagai nak gugur sahaja jantung saya mendengar pengakuan dari kakak ini. Ya, ibu beliau menghidap kanser! Bukan penyakit biasa-biasa. Ia penyakit yang boleh membawa maut!

Saya berkenalan dengan Kak Liza kira2 3 tahun lepas iaitu pada tahun 2014 melalui facebook. Kak Liza adalah customer saya. Seingat saya beliau telah membeli beberapa jenis vitamin shaklee dan terus mendaftar sebagai ahli. 

Lama Kak Liza "menghilang" dari dunia facebook. Saya sangkakan Kak Liza sibuk bekerja tetapi sangkaan saya meleset kerana ruap-rupanya Kak Liza sibuk menjaga ibu dan adiknya yang sedang sakit. Ya Allah, berat dugaan yang Kak Liza tanggung. Ibu menghidap kanser raim tahap 4B dan adik pula menghidap stroke. Sedih saya mendengar cerita Kak Liza. Kak Liza saya anggap seperti kakak sendiri walaupun kami sebenarnya langsung tidak pernah bertemu!

Akhirnya Kak Liza menghubungi saya....

Nak dijadikan cerita, tanggal 15 Februari yang lalu, Kak Liza mengubungi saya melalui whatsapp.. Saya cepat menggelabah jika orang menyebut nama saya tetapi nombor yang tertera tidak saya kenali ☺




Setelah berbincang dan memberikan info-info mengenai vivix , Kak Liza bersetuju membeli vivix untuk di berikan kepada ibunya. Kita ikhtiar, kata saya kepada Kak Liza.. selebihnya serahkan kepada yang Maha Esa..



Keesokkan harinya iaitu 16 Februari, Kak Liza terus memasukkan duit ke akaun bank saya untuk membeli vivix tersebut. Katanya dia nak 2 botol dahulu. Mujur sempat saya siapkan order Kak Liza pada hari yang sama. Untuk pengetahuan semua, jika kita membuat pesanan melalui laman web Shaklee sebelum jam 3 petang, barang tersebut in shaa Allah akan di keluarkan pada hari yang sama.

Betul sangkaan saya, cepat vivix Shaklee sampai ke tangan Kak Liza. 17 Februari dah sampai! Pantas kan servis Shaklee di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ni.. Lega rasa hati saya.



Saya memberikan penerangan tentang cara-cara pengambilan dan penyimpanan vivix tersebut kepada Kak Liza. Dalam hati kecil saya terasa seolah-olah Kak Liza seperti kakak sendiri. Seolah-olah saya telah lama mengenali Kak Liza. Ya Allah, bantulah saya supaya saya dapat bantu orang seperti Kak Liza dan keluarganya.. Aminn..

Setelah beberapa hari, saya cuba mengikuti perkembangan mak Kak Liza. Saya hantarkan pesanan melalui whatsapp kepada Kak Liza bertanyakan tentang keadaan mak Kak Liza. 



Kata Kak Liza, dia berikan kepada mak dahulu sebab mak ada kanser rahim.




Kata Kak Liza lagi, mak mulanya tak nak minum, mungkin sebab pekat si vivix tu. Kemudian Kak Liza masukkan ke dalam air zam-zam barulah mak minum. Haish! Macam mana saya bole lupa beritahu Kak Liza ni, vivix tu boleh juga di bancuh dengan air untuk di minum. Aduhai... maafkan saya kak. Mungkin masa tu saya kelam kabut sikit. Tapi syukurlah, mak Kak Liza minum vivix tersebut. Apa yang memeranjatkan saya, Kak Liza juga ada berita yang genbira untuk berkongsi dengan saya. Berita yang membuatkan saya dan beliau sendiri menitiskan air mata!





Mak Kak Liza dah mula makan banyak dari sebelum ni! Kalau tidak, 5 sudu pun susah katanya! Ya Allah, gembira dan terharunya saya. Baru beberapa hari Kak Liza berikan mak minum vivix, Kesan yang sangat positif dalam masa yang agak singkat. 

Mungkin Allah berikan kesan yang cepat kepada mak Kak Liza tetapi tidak kepada orang lain. Jangan mengalah, jangan putus asa.. Ikhtiar selagi mampu. Betul tak?

Mendapat perkhabaran seperti ini membuatkan saya lebih bersemangat memperkenalkan vivix kepada semua orang agar saya dapat membantu mereka yang memrlukannya di luar sana.

Tak salah kita mencuba. Wang ringgit bukanlah segala-galanya. Korbankanlah demi untuk keluarga tercinta.

Bagi anda yang ingin mencuba vivix, boleh menghubungi saya melalui whatsapp.

Taip <vivix> hantar ke < +60123789284> 

Inshaa Allah saya akan sedaya upaya membantu anda!



**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- 
 NURSIMATUN MD YUSOF 
WHATSAPP:- 012-3789284 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Monday 27 February 2017

Apa itu penyakit kayap dan cara mencegahnya dengan vivix...






Herpes zoster atau shingles atau lebih di kenali sebagai penyakit kayap merupakan penyakit yang di sebabkan virus Varicella zoster (VZV). Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mengalami ruam kulit yang memedihkan dengan lepuh pada satu-satu kawasan badan dan ia seolah-olah berbentuk jalur.

Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan chicken pox sewaktu kita kecil.

Antara jenis-jenis kayap yang biasa di hinggapi ialah:-

~Kayap api
~Kayap ular
~Kayap tompok
~Kayap harimau
~Kayap jagung
~Kayap melukut
~Kayap bersambung (boleh membawa maut)

Kebiasaannya simptop-simptom yang akan di alami oleh pasakit kayap adalah seperti:-

1) Berasa loya
2) Sengal badan
3) Demam
4) Pening berlarutan
5) Hilang selera makan
6) Badan di tumbuhi ruam panas atau gelembung-gelembung air pada bahagian-bahagian tertentu dengan teruk
7) Pedih kulit
8) Gatal-gatal kulit
9) Kulit seperti panas terbakar

Bagaimana vivix shaklee bole membantu masalah ini?

Vivix merupakan minuman campuran botani yang hebat yang mana kandungan bahan di dalamnya mempunyai anti oksidan yang tinggi, anti inflamasi dan anti penuaan.




Bagaimana vivix ini bertindak?

Ia bertindak melalui 4 cara:-

❤Mempertahankan sel
❤Memberi tenaga kepada sel
❤Memperbaiki sel
❤Meningkatkan prestasi sel

Masalah kayap ini tidak harus di pandang remeh. Ia juga boleh membawa maut sekiranya tidak di rawat dengan segera. Kayap sebenarnya berakar di dalam, di bawah kulit kita. 

Rawatan yang seharusnya di berikan ialah dari luar dan dalam. Jadi, vivix adala pilihan yang tepat untuk membantu masalah kayap ini...

Apa kata pengguna vivix yang mengalami masalah kayap ini?

Apa itu penyakit kayap dan cara mencegahnya dengan vivix...







Bagaimana caranya ingin mendapatkan vivix ini?

Untuk membuat pembelian vivix anda boleh menggunakan dua cara pembelian.

~ Membuat belian terus melalui website shaklee dengan klik pada link di bawah ini 

⇓⇓⇓⇓⇓⇓⇓⇓⇓


~Atau jika ingin mendapatkan diskaun, taip<VIVIXKAYAP>dan hantar ke <012.378.9284>












**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

Nursimatun Md Yusof
Mohd Saiful Zamri 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Monday 20 February 2017

Cara buat pasport Malaysia pertama kali....Oh, mudah sangat rupanya!


Assalamualaikum... Hai semua...! Selamat tengah hari! Selamat beristirehat bersama keluarga. Baru sempat saya menulis pasal kisah kelmarin. Saja je nak kongsi dengan anda semua pengalaman buat pasport antarabangsa ni. Al maklumlah inilah pertama kali nak buat. Hehehe..Terujanya mestilah lebih. Betul tak? Anda semua nak tahu tak cara-caranya? Jom habiskan membaca entri saya ni okey☺


Sebenarnya tak susah pun nak buat. Saya terlebih dahulu membuat bacaan di internet. Ini memudahkan kita menyediakan apa yang diperlukan supaya urusan di Jabatan Imigresen nanti berjalan lancar. Untuk urusan buat pasport kali ini saya terus berurusan di UTC Keramat Mall. Macam-macam jabatan kerajaan ada di UTC ni. Tapi jangan lupa datang awal tau. Memang ramai orang yang berurusan di sini. Kalau nak senang, korang boleh naik LRT atau naik motosikal je. Senang nak parking. Hehehe..


Korang nak tahu jam berapa saya sampai di UTC ni? Jangan terkejut tau. Seawal jam 7.15am saya dah ada kat situ. Naik je ke tingkat atas tu saya nampak dah ada beberapa orang yang beratur.. Tuuu diaaaa... Ingatkan saya yang paling awal. Rupanya dah ada yang lagi awal tau.. Agaknya jam berapalah diorang ni datang ye? Saya yang datang jam 7.15 pun dah dapat tempat ke 8 dah. Diorang mestilah lagi awal kan?  Disini kita perlu beratur terlebih dhulu untuk mendapatkan nombor giliran sebelum berurusan di dalam pejabat Imigresen nanti. 

Beratur punye beratur, ingatkan kaunter nombor buka jam 8 pagi tapi rupanya jam 8.30! Adoi, penatnya berdiri. Naik kebas kaki saya ni. Nasib baik ada anak dara sorang ni. Gilir-gilir beratur la dengan dia.. huhu..

Part yang paling penting sekali mesti korang nak tau kan, apa yang diperlukan ketika kita nak buat pasport tu. Betul tak? Ok, saya ringkaskan cerita ye. Sebelum korang pergi ke Jabatan Imigresen tu korang perlu sediakan:

❤Mykad/Mykid 
❤Salinan fotostat Mykad/Mykid
❤Surat beranak original ( bagi kanak-kanak)
❤Salinan fotostat surat beranak ( bagi kanak-kanak)
❤Duit RM200 bagi 18 tahun ke atas dan RM100 bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah


Di Jabatan Imigresen UTC Keramat ni, diorang tak guna pun salinan mykid anak-anak. Tapi korang bawa jelah sekali. In case diorang ada minta, senang sikit.


Nak info lengkap pasal ni, korang buka je website JABATAN IMIGRESEN ni. Semua maklumat ada dalam ni.




Ok, berbalik pada cerita saya tadi, dah beratur selama satu jam tu, barulah saya dapat nombor giliran. Berbaloi jugaklah pergi awal sebab dapat nombor awal. Korang kalau nak settle awal, memang elok pergi jam 7 pagi tau. Sebelum jam 10 dah bole balik dah.. hehe...

Untuk melancarkan urusan, sediakan salinan fotostat awal-awal. Jangan dah sampai sana baru terhegeh-hegeh nak fotostat pualk. Nanti lambat lah urusannya. Gambar tak perlu bawa. Dah ada kamera kat kaunter Imigresen tu. Bagi perempuan Islam, seeloknya memakai tudung berwarna gelap. Nak senang, pakai je warna hitam. 

Kaunter kat situ memang ada banyak. 6 kaunter untuk urusan buat kali pertama atau yang nak perbaharui pasport. Jadi, urusannya lebih cepat. Dah siap urusan di kaunter tadi, kita kena tunggu sekejap sementara nombor di panggil untuk urusan pembayaran di kaunter nombor 1.

Tak sampai 10 minit pun tunggu. Dah di panggil. Selesai bayaran, kita di berikan resit dan di minta menunggu selama sejam barulah boleh ambil pasport tu. Huh, sejam? Lama jugak tu.. Saya tengok jam di tangan baru 8.55am. Apa nak buat dalam masa sejam ni? Nasib baik kat UTC tu ada banyak kedai makan. Apa lagi, pergilah makan dulu dengan anak-anak. 

Dah siap makan, jam baru pukul 9.30am. Ada masa lagi setengah jam nak kena tunggu. Tapi saya ambil keputusan nak tunggu di dalam pejabat Imigresen. Kat situ ada kerusi menunggu dan ber"air cond". Sejuklah sikit kan. heheh... Rupanya pasport siap lebih awal dari yang di jangkakan. Tak sampai sejam pun. Jam 9.45 pegawai dah panggil nombor saya. Oh ya, kalau diorang tak panggil nombor pun, boleh je pergi kaunter 9 tu dan tanya(khas untuk mereka yang buat di UTC Keramat sahaja tau. Tempat lain saya tak pasti). Time nak ambil passport tu, pastikan anak-anak di bawah 18 tahun pergi dengan ibu atau bapa sebab, diorang akan ambil cap ibu jari ibu bapa juga. 

Senang kan... dah pun siap pasport tu. 


Dah boleh terbang... yuhuuuu...

Terima kasih kerana sudi membaca... Diharap entri ini dapat membantu korang semua.. Bye...☺

Thursday 16 February 2017

Kebaikan dan khasiat vivix Shaklee..






Assalamualaikum... Hai semua... Selamat petang!
Sejak akhir-akhir ni ramai betul yang mesej saya di facebook, sms dan juga whatspp bertanyakan vivix.

Apa yang menarik sangat mengenai vivix ni ya? Ada yang berminat nak tahu tak? Baiklah, saya akan berkongsi dengan anda serba sedikit tentang kandungan bahan yang terdapat di dalam sebotol vivix ini.


Kandungan vivix shaklee



1. Polygonum Cuspidatum (Japanese Knotweed)



Tumbuhan ini adalah sumber utama kepada bahan RESVERATROL yang juga terdapat dari ektrak kulit dan biji anggur merah.


Resveratrol mengandungi bahan polifenol dan antioksidan yang dapat membantu untuk melambatkan penuaan, merendahkan kolesterol, meredakan tekanan darah, meningkatkan tenaga berterusan dan juga dapat membantu mengawal berat badan.

Kajian makmal telah membuktikan Resveratrol melawan penuaan di peringkat selular, mengaktifkan tindakan genetik (DNA) untuk mengawalatur tindakbalas dalam badan yang normal. 


2. Muscadine Grape





Muscadine Grape ialah satu spesies anggur yang sangat unik kerana ia mengandungi lebih 1 (satu) kromosom  dari tumbuhan biasa, iaitu 20 kromosom. Kelebihan ini menjadikan ia spesis anggur yang paling kaya dengan POLIFENOL, satu bahan penting yang sangat baik untuk kesihatan terutamanya untuk pencegahan kanser.

Satu lagi bahan penting ialah Asid Ellagik yang tinggi yang membantu untuk menghentikan tindakan kimia penyebab kanser. Ia mempunyai sifat anti-mikrob dan anti-virus.

Satu lagi uniknya anggur ini ialah saiznya yang sebesar BOLA GOLF! 

 3. Purple Carrot



Purple Carrot merupakan sumber terbaik untuk Vitamin A, sumber ANTIOKSIDA yang MUJARAB termasuk antocianin (yang menyebabkan warna merah menyala, ungu atau biru pada buah). 


Antocianin membantu untuk antioksidan, anti-radang, anti mikrob dan juga anti kanser. Ia juga sangat baik untuk kesihatan saluran darah, platlet, dan lipoprotein yang penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.


4. European Elderberry (Sambucus Niagara)




Elderberry merupakan satu tumbuhan yang terkenal dalam rawatan tradisional untuk flu/selsema terutamanya influenza B. Ia dapat mengurangkan kesan akibat influenza seperti sakit otot dan ketidakselesaan akibat selsema.

Ia mengandungi unsure Flavonoids, salah satu sumber antioksida yang sangat baik untuk mengukuhkan sistem imunisasi untuk melawan jangkitan bakteria dan virus.


Elderbery turut kaya dengan kandungan Antocianin yang membantu untuk antioksidan, anti-radang, anti mikrob dan juga anti kanser. Ia juga sangat baik untuk kesihatan saluran darah, platlet, dan lipoprotein yang penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Bukan sekadar antioksidan, Elderberry juga ada vitamin A,B, C dan nutrien seperti asid amino. Kesemua nutrien ini baik untuk menguatkan imunisasi, merendahkan kolesterol, beri pelindungan kepada penyakit-penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung & strok.

Elderbery juga sangat baik untuk mengurangkan stress, penglihatan dan juga penghadaman.

Banyak kan khasiat dalam setiap jenis tumbuhan ini? Bagaimana pula dengan khasiat dan kebaikannya secara menyeluruh? Jom kita lihat..



Kebaikan vivix

❤Menggalakkan penuaan yang sihat-awet muda dan anti penuaan
❤Membantu mengelakkan kanser-merencat sel kanser dari merebak
❤Mengurangkan risiko penyakit jantung
❤Mengurangkan kompilasi diabetes/ kencing manis
❤Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi-pesakit alzheimer
❤Mengurangkan insiden nyanyuk
❤Membantu masalah parkinson
❤Membantu memulihkan pesakit stroke- angin ahmar
❤Meningkatkan sistem imun badan
❤Menggalakkan kesihatan secara menyeluruh

Apa kata pengguna tentang vivix ini?









Berminat untuk mendapatkan vivix ini melalui belian online? Belian boleh di lakukan dengan mengisi maklumat produk pada link di bawah ini.



**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 


BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- 
 NURSIMATUN MD YUSOF 
WHATSAPP:- 012-3789284 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Tuesday 14 February 2017

Apa itu penyakit radang paru-paru (pneumonia) atau lebih di kenali sebagai paru-paru berair?





Apa itu penyakit radang paru-paru atau lebih di kenali sebagai paru-paru berair?





Pengenalan


Radang paru-paru atau nama saintifiknya ialah pneumonia juga dikenali sebagai penyakit paru-paru berair adalah suatu infeksi atau jangkitan pada satu atau kedua organ paru-paru. Infeksi ini disebabkan oleh bakteria atau virus seperti virus influenza dan virus campak. Selain dari virus-virus ini, ia juga di sebabkan oleh bakteria Diploccoccus pneumonia.


Tanda-tanda paru-paru berair


➤Batuk yang teruk, sama ada batuk kering atau berkahak
➤Kesukaran bernafas
➤Demam
➤Degupan jantung menjadi laju
➤Hilang selera makan
➤Rasa lemah badan
➤Sakit dada

Bagaimana ia berlaku?

Masalah paru-paru berair ini berlaku apabila alveoli dipenuhi air (alveoli ialah satu kantung dalam paru-paru yang membenarkan oksigen dan karbon monoksida untukbergerak dalam peredaran darah dan paru-paru. 




Apabila alveoli ini dipenuhi air, oksigen akan terganggu dan ia menyukarkan pernafasan kerana saluran pernafasan sudah terganggu

Cara mengatasi masalah paru-paru berair

Seiranya anda atau ahli keluarga ataupun ada kenalan yang mengalami masalah paru-paru berair ini, amatlah di sarankan mengambil vivix shaklee untuk membantu masalah ini.

Bagaimana vivix ini boleh membantu? 

Ini dibuktikan dengan kandungan yang terdapat di dalam vivix iaitu Resveratrol dan Purple Carrot yang mana resveratrol merupakan agen antiradang. Keradangan yang berlaku pada paru-paru akan dibaikpulih oleh resveratrol. Manakala purple carrot pula bertindak sebagai antiviral dan antibakteria.







Testimoni pengguna vivix





Bagaimanakah caranya sekiranya saya ingin mendapatkan stok vivix ini?

Bagi yang berminat untuk mendapatkan vivix, bolehlah mengubungi saya melalui nombor whatsapp +6012.378.9284

Saya merupakan pengedar sah Shaklee di sekitar Keramat, Setiawangsa, Wangsamaju dan kawasan yang berhampiran.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh di ajukan terus kepada saya. 

Sekiranya anda ingin membuat pembelian terus melalui online, anda boleh lawati website Shaklee dengan klik pada link ini :- beli vivix





**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 

HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF 

WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]