.

Tuesday 21 April 2015

Petua Atasi Tangan Pijar Terkena Cili


Assalamualaikum...salam sejahtera...


Pernah tak anda mengalami tangan pijar akibat cili? Sukar nak gambarkan rasanya tapi yang saya boleh cakap, pijar tangan terkena cili ni memang macam rasa terbakar je... hehehe..


Petua Atasi Tangan Pijar Terkena Cili


Petuanya ialah:-

1. Gunakan air garam. Rendam jari yang terkena cili di dalam air garam selama beberapa minit. 

2. Gunakan beras. Ambil segenggam beras dan ramas-ramaskan. Lakukan beberapa ketika sehingga rasa pijar itu hilang

3. Gunakan garam kasar. Ambil segenggam garam kasar dan rama2-ramaskan.

4. Dekatkan tangan dengan api. Seolah-olah layurkan jari-jemari yang terasa pijar itu. Jangan terlalu dekat. Nanti terbakar pula.

5. Gunakan air suam dan rendamkan tangan didalamnya.

6. Gunakan minyak masak yang dilumur pada jari yang terasa pijar itu.

7. Nak senang, beli je krim Herbal Blend Shaklee dan lumurkan pada jari..

Ini adalah sebahagian dari petua yang di kongsikan dari rakan-rakan saya.. Jika anda mempunyai petua yang boleh di kongsikan bersama, boleh berikannya di ruangan komen ya. 

Selamat mencuba!!








**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284
 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com
 Shaklee ID :- 1091465
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Monday 20 April 2015

Petua Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Supaya Tidak Diejek Mata Panda

Assalamualaikum WBT ... salam sejahtera...

Sedih tau kalau kita kena ejek... Betul tak? Boleh menyebabkan emosi kita jadi tak stabil, rasa rendah diri dan paling teruk kemurungan!

Yelah kan, kalau dah setiap hari asyik kena kutuk dengan kawan di sekeliling mesti kita akan pendam dalam hati. Lama-kelamaan ia akan memberi kesan buruk pada diri kita...


Petua Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Supaya Tidak Diejek Mata Panda


Lingkaran gelap ni akan membuatkan kita kelihatan seperti sakit. Muka nampak pucat dan kita kelihatan seperti tidak sihat. 

Kalau ada majlis-majlis yang perlu dihadiri pula, pasti kita malu nak berdepan dengan orang ramai kan? Bedak atau foundation tidak mampu menghilangkan lingkaran gelap ni. Ia hanya bersifat menutup cela sementara sahaja. 

Saya percaya, mesti ramai di kalangan kita mencari-cari petua untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata ni kan. Ada yang mencuba dengan meletakkan timun pada mata, ada yang menggunakan lemon dan macam-macam lagi.

Mengapa perlu bersusah payah jika sudah tersedia produk yang boleh memudahkan kerja anda itu? Shaklee ada penawar bagi lingkaran gelap di bawah mata anda tau.

Petua Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Supaya Tidak Diejek Mata Panda

Eye treatment Shaklee ini adalah petua yang paling mudah. Hanya sapu nipis sekurang-kurangnya sekali sehari di bahagian mata yang gelap. In shaa Allah dengan konssten menyapu krim eye treatment ini, dalam masa 2 hingga 3 minggu anda akan dapat lihat perbezaannya..

Nak lihat testimoni kami yang telah berjaya membantu mereka yang bermasalah?? Jom saya tunjukkan....







Petua Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Supaya Tidak Diejek Mata Panda



Berminat untuk mendapatkan harga istimewa?? 

Taip <MATA> hantar ke +6012-3789284... Tawaran ini terhad kepada 30 orang terawal sahaja!!









**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF 
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Saturday 18 April 2015

Cara Mencegah Dan Mengubati Jaundis


Assalamualaikum WBT... salam sejahtera...

Cara Mencegah Dan Mengubati Jaundis



Apa itu Jaundis?

Jaundis ialah peningkatan kadar bilirubin total pada minggu pertama kelahiran. Ia biasanya menyebabkan kulit, mata dan mulut bayi berwarna kuning.

Bilirubin yang berlebihan (hiperbilirubinemia) adalah punca utama penyakit kuning. Bilirubin ini berasal dari sel-sel merah bayi yang pecah semasa bayi dilahirkan keluar dari rahim.

Apa itu bilirubin?

Bilirubin adalah pigmen kekuningan yang dilepaskan ketika sel-sel darah merah dipecahkan. Biasanya bilirubin diproses dan dikeluarkan oleh hati. 

Bilirubin adalah toksik kepada sel-sel otak. Bayi yang mempunyai penyakit kuning yang teruk, bilirubin boleh masuk ke dalam otak dan merosakkan sel-sel otak secara kekal.


Tanda-tanda kerosakan sel-sel otak (bilirubin encephalopathy) adalah:-

1. Bayi mengalami kelesuan dan kesukaran bangun. Hanya bangun apabila dikejutkan
2. Menangis dengan nyaring
3. Sukar untuk menyusu
4. Leher dan kepala kelihatan melengkung ke arah belakang
5. Demam
6. Muntah

Apabila ia membesar ia mengalami masalah seperti:-

1. Tidak dapat mengawal pergerakan
2. Masalah penglihatan mata
3. Mengalami masalah pendengaran

Siapa bayi yang berisiko jaundis?

1. Bayi yang lahir secara pra matang. Bayi yang dilahirkan sebelum 38 minggu mungkin tidak dapat memproses bilirubin dengan cekap kerana organ hati mereka belum matang.

2. Bayi yang mengalami lebam ( pendarahan di bawah kulit) yang besar semasa dilahirkan. Selalunya berlaku semasa kelahiran dengan bantuan forcep dan vakum.

3. Jika darah ibu berbeza dari darah bayi boleh menyebabkan tindakbalas yang menyebabkan darah mereka lebih cepat pecah dan menghasilkan bilirubin yang banyak.

4. Ada yang mengatakan bayi yang menyusukan adalah berisiko tinggu untuk penyakit kuning. Hipotesis ini belum di sahkan. Jika pun berlaku ia bersifat sementara.

5. Bayi yang tidak cukup diberikan air (susu) dan tidak mendapat kalori yang cukup dari pemakanan boleh menyebabkan penyakit kuning.

6. Bayi yang mengalami kerosakan hati semenjak dari dalam rahim. Atau bayi yang mengalami masalah sumbatan pada saluran hempedu akibat kecacatan semenjak lahir juga boleh menyebabkan masalah kekuningan.


Bagaimana memeriksa kekuningan?

Kekuningan pada kulit dan putih mata adalah tanda penyakit kuning yang biasanya muncul antara hari kedua dan keempat selepas kelahiran.

Jadi, jika kekuningan melebihi 2 minggu, mungkin ianya bermasalah.

Untuk memeriksa penyakit kuning bayi, tekan perlahan-lahan pada dahi atau hidung bayi. Jika kulit kelihatan kuning  di mana ia di tekan, kemungkinan bayi mempunyai penyakit kuning yang sederhana.

Jika bayi tidak mempunyai penyakit kuning, warna kulit bayi akan kelihatan seperti pucat daripada warna biasa untuk seketika.

Periksa bayi dalam keadaan pencahayaan yang baik, sebaik-baiknya dalam cahaya semulajadi.

Mencegah jaundis

Pencegahan yang terbaik bagi  masalah kekuningan (jaundis) pada bayi adalah dengan memberi makanan yang mencukupi.

Bayi yang berumur kurang dari sebulan harus di susukan antara 8 hingga 12 penyusuan sehari.

Bayi yang di beri susu formula selalunya perlu mempunyai 1 hingga 2 auns ( kira-kira 30 hingga 60 milimeter) formula setiap 2 hingga 3 jam untuk minggu pertama

Ada di antara ibu-ibu yang menggunakan bahan-bahan dari sumber semulajadi untuk mengurangkan jaundis pada bayi. Antaranya ialah dengan memberi bayi minum air sengkuang cina, air tebu hitam, anggur hitam, air rebusan labu putih dan macam-macam lagi.

Tapi untuk cara yang lebih mudah anda boleh mengamalkan Set Hamil Shaklee dan Set Berpantang Shaklee Set ini boleh di amalkan sehingga selepas kelahiran. Memang terbukti bahawa mereka yang mengambil Set Hamil ini, bayi yang dilahirkan tidak mendapat jaundis padahal, kelahiran anak-anak sebelumnya menghidap jaundis..


Cara Mencegah Dan Mengubati Jaundis










Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.




Sumber rujukan:- http://kamuskesehatan.com/arti/bilirubin/



**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284
 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
 EMAIL:- nursimatun@gmail.com
 Shaklee ID :- 1091465
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Friday 10 April 2015

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Paling Sedap

Assalamualaikum... hai semua...


Hari ni anak bongsu saya request nak makan ayam KFC. Sebenarnya dah berhari-hari dia minta tapi belum berkesempatan tunaikan permintaannya. Kebetulan ketika saya sedang online pagi tadi....terlintas gambar tawaran hebat dari KFC. Apa lagi, merengek-rengeklah dia mintakan saya buat ayam goreng seperti KFC tu.

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Paling Sedap
Menarik tak ayam goreng KFC saya ni?? Hehehe...


Nak di jadikan cerita, maka bermulalah sesi membuat tepung goreng ayam ni. Saya memang jarang membeli tepung segera dari kedai. Saya lebih suka membuatnya sendiri. 

Alahai, bukan susah sangat pun. Campur je beberapa bahan, jadilah ia. Nak tahu apa bahan yang saya gunakan? Jom kita lihat kat bawah ni...


Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Paling Sedap

Secawan tepung gandung dan setengah cawan tepung beras



Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Paling Sedap


Sesudu teh garam, sesudu besar serbuk kari dan sesudu besar serbuk cili. Kalau suka pedas, boleh lebihkan serbuk cili tu ye.


Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Paling Sedap

4 keping biskut tawar yang di ramas supaya hancur...


Dan akhirnya setelah di gaul bersama, inilah hasilnya......



Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Paling Sedap


Sangat mudah bukan? Masa menyediakannya pun cepat. Tak perlu lama-lama... Untuk menggoreng ayam ala-ala KFC ini sudah semestinya kita memerlukan ayam yang di potong dan di basuh bersih.


Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Paling Sedap



Setelah siap di basuh, bolehlah rendam ayam tersebut sebentar dengan bancuhan air tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyirnya... Haa, petua tu... Sebenarnya petua untuk hilangkan hanyir ayam ni ada banyak. Salah satu ialah guna air bancuhan tepung gandum.

Kemudian toskan ayam tersebut dan lumurkan sedikit garam pada ayam tersebut. Biarkan seketika dan pecahkan sebiji telur di dalam bekas berlainan. Golek-golekkan ayam di dalam telur dan seterusnya di atas tepung yang kita sediakan tadi. 

Goreng dengan api sederhana besar supaya bahagian dalam ayam masak sempurna. 

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Paling Sedap


Senang sungguh buat ayam goreng ala KFC ni di rumah.. Bagi ibu-ibu yang tercari-cari resepi tepung tu, boleh cuba buat sendiri nanti ye... Selamat mencuba.....








**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**



 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOFCALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com Shaklee ID :- 1091465 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Wednesday 8 April 2015

Cara Atasi Gastrik Ketika Berpuasa

Assalamualaikum WBT...

Wah, tinggal 69 hari sahaja lagi kita nak bertemu semula dengan bulan Ramadhan yang di rindui. Dah habis ke ganti puasa yang lepas? Hihihi... Yang mana belum habis tu, boleh lah segerakan.

Oh ya, menyentuh tentang berpuasa ni, memang ramai di kalangan kita bermasalah untuk melaksanakannya. Ada yang sakit, ada yang uzur dan sebagainya.

Cara Atasi Gastrik Ketika Berpuasa

Antara penyakit yang seringkali di kaitkan dengan berpuasa ini ialah gastrik. Memang seksa jika terkena gastrik. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Perut pedih dan memulas-mulas. Rasa seperti mahu menangis. 

Punca gastrik

Gastrik ini berpunca dari tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu tetap. Sebagai contoh, makan tengahari jam 11, kadang-kadang jam 12, sarapan pagi pula selalu abaikan dan setelah masalah gastrik ini di kesan, tabiat pemakanan ini di teruskan lagi. Inilah yang menyababkan gastrik semakin bertambah buruk.

Keadaan ini akan lebih buruk jika si pesakit merokok, mengambil makanan seperti nanas, jeruk, mee segera, air bergas, makanan berangin seperti pisang nangka, nangka, ubi dan makanan pedas.

Tanda gastrik menyerang

1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi

2. Sakit kepala yang kadang kala diikuti dengan rasa loya, mual dan sebu perut serta hilang selera untuk makan

3. Demam yang di sertai dengan simptom-simptom seperti di atas

4. Muntah yang berwarna kuning dan kadangkala di sertai dengan gumpalan darah

5. Sakit perut yang teramat dan lain dari kebiasaannya


Cara atasi gastrik ini


1. Disiplinkan diri makan mengikut waktu makan yang sepatutnya

2. Pastikan selepas makan nasi @ makanan berat, anda meminum air masak atau air suam dan bukannya air manis

3. Elakkan memakan "junk food", jeruk dan mee segera yang boleh menyebabkan gastrik menyerang semula

4. Elakkan minuman berkafien dan bergas, sunquick, jus oren dan air limau

5. Elakkan makan terlalu kenyang, makanan yang terlalu pedas dan bercuka

6. Minum susu segar

7. Mengamalkan supplemen shaklee untuk membantu mengatasi masalah gastrik.







Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.


Supplemen shaklee ini sangat sesuai untuk di amalkan terutamanya bagi mereka yang berpuasa tetapi mengalami masalah gastrik. Ikhlas saya katakan yang saya sendiri sudah merasainya.

Bersahur dengan mengambil makanan seperti nasi dan lauk pauk yang biasa kita amalkan sangat berbeza dengan bersahur dengan mengamalkan ESP serta vitamin-vitamin Shaklee yang lain.

Tidak perlu berlengah lagi kerana Ramadhan hampir menjelma. Sampai bila kita nak bagi alasan tidak boleh berpuasa kerana gastrik ini??

Tepuk dada tanya iman masing-masing.. Anda ingin sihat?? Inilah caranya!!




**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com Shaklee ID :- 1091465 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]