.

Friday 29 August 2014

9 Manfaat Utama Zinc Complex



 Ok, hari ni nak bercerita mengenai suplemen Shaklee yang paling murah harganya satu botol, iaitu ZINC COMPLEX. Kalau nak tahu, Zinc Complex Shaklee dirumus daripada zinc glukonat semulajadi yang bergabung  dengan nutrian semulajadi yang lain seperti Kalsium untuk menghasilkan zinc yang lebih mudah untuk di serap oleh tubuh manusia.

manfaat utama zinc complex

APAKAH MANFAAT UTAMA ZINC COMPLEX?

Penting ke pengambilan zinc kepada kita? Berikut disenaraikan beberapa manfaat utama zinc kepada tubuh manusia.

Mengaktifkan 200 Jenis Enzim.


Zinc berkebolehan untuk menggabungkan DNA, RNA dan protein seterusnya merangsang pertumbuhan semula sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.

Membentuk Kolagen.


Membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

Membaiki Tahap Diabetes.


Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya memperbaiki tahap diabetes.

Meningkatkan Sistem Imun.


Membantu pengeluaran kelenjar thymus, kelenjat thymus meningkatkan sistem imunisasi dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit.

Mempercepatkan Proses Pemulihan Luka.


Membantu mempercepatkan proses pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, membaiki alergi dan bintik pada kulit, juga untuk ibu selepas bersalin. Oleh sebab itu, Zinc Complex juga disarankan untuk diambil oleh ibu-ibu yang berpantang selain daripada Vitamin yang lain iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C. Baca kepentingan zinc kepada ibu yang sedang berpantang : BERPANTANG SELEPAS BERSALIN.

Membantu Masalah Jerawat.


Zinc juga sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan zinc secukupnya akan membantu membaiki radang kulit seperti jerawat. Jadi, kepada mereka yang ada masalah jerawat batu dan yang seangkatan dengannya jangan sedih-sedih lagi. Cubalah Zinc Complex dan rasai perbezaannya sendiri. 

Membantu Masalah Keguguran Rambut. 


Kebanyakan ibu yang selepas melahirkan anak juga yang menyusu badan mengalami masalah keguguran rambut. Dan ada yang mengalami keguguran rambut yang sangat teruk. Pengambilan 1 tablet zink sehari boleh membantu. Untuk mereka yang tidak melahirkan atau menyusu tetapi mengalami masalah keguguran rambut, anda juga boleh mengambil zinc untuk mengatasi masalah ini. Ini kerana zinc akan membantu menguatkan folikel rambut bagi mengelakkan keguguran rambut. Baca TIPS RAMBUT CANTIK DAN SIHAT.

Meningkatkan Kemampuan Seksual Lelaki.


Zink berupaya meningkatkan bilangan sperma yang berkualiti (sperm count). Sperm count yang kurang akan mengganggu kesuburan dan menyukarkan pasangan untuk mendapat cahayamata. Bagi pasangan yang mengalami masalah kekurangan sperm count disarankan mencuba mengambil zink untuk mengatasi masalah tersebut.

Ovulasi Wanita.


Selain lelaki, wanita juga memerlukan zinc unuk ovulasi. Pengambilan zinc juga membantu pengucupan uterus yang mengembalikan daya ketahanannya.
Banyak kan manfaat Zinc Complex ni, dahla harganya murah, banyak pulak kelebihannya tu. Jadi memang patut la laris sangat.
free gluten


Haa..inilah dia rupanya Zinc Complex tu. Harganya? Sangat murah, RM 33.75 sahaja satu botol, dan setiap botol mengandungi 120 tablet. Jimat kan?

Credit to :- Sakinah








**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
 BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Projek Mengepit Suami


Projek Memikat Suami Shaklee


Projek Mengepit Suami??? 

Membaca tajuk entrinya sahaja sudah mengujakan. Apatah lagi membaca isi kandungannya.. Bukan calang-calang orang mampu melaksanakan projek seperti ini. Hanya yang berjiwa kental sahaja yang pasti akan berjaya! 

Apa pandangan anda setelah melihat foto "berkepit" saya dengan encik suami itu? Cemburu? Dengki? Meluat? Hihihihi... Jangan marah ye... Saya pasti ramai di kalangan kita yang menyimpan kenangan terindah dalam kamus hidup masing-masing.

Siapa yang tidak sayangkan suami bukan? Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mengimpikan suami sentiasa di sisi. Kalau boleh masa 24 jam itu hanya untuk dirinya seorang sahaja. Begitu juga dengan saya. Demi merealisasikan Projek Mengepit Suami ini, pelbagai ranjau duri akan saya tempuhi. Doakanlah agar saya berjaya ya kawan-kawan :)

Apa sebenarnya Projek Mengepit Suami ini?
Projek Mengepit Suami ini sebenarnya hasil cetusan idea Nanny Fatihanum dalam group RTI (Road To Italy) . Cetusan idea ini berdasarkan rasa hati yang ingin melihat semua orang berjaya dalam hidup masing-masing. Bagaimana caranya?? Hanya dengan menjalankan bisnes Shaklee dengan bersungguh-sungguh.

Projek Mengepit Suami ini akan berlangsung selama 40 hari 40 malam. Semua perancangan telah di atur dan akan bermula pada 1 September nanti. Semuanya akan di pantau oleh Nanny Fatihanum sendiri. Semoga saya dan kawan-kawan yang lain seramai 67 orang akan berjaya mengharungi cabaran ini.

Matlamat utama Projek Mengepit Suami ini adalah untuk memastikan suami sentiasa dapat bersama-sama dengan kita. Untuk mencapai matlamat itu, sudah semestinya isteri HARUS berpendapatan lumayan bukan? Kalau sekadar berpendapatan empat angka, pasti kita tidak mampu menyuruh suami berhenti bekerja dan berada di rumah bersama kita dan anak-anak.

Jadi, perancangan untuk mengejar pendapatan lima atau enam angka ini haruslah rapi. Mestilah di susuli dengan amalan rohani yang berterusan. Jika sekadar hangat-hangat tahi ayam, sudah tentu matlamat akan semakain samar.

Melihat isteri-isteri yang berjaya dalam bisnes Shaklee ini, membuatkan saya sedikit cemburu. Ops! maaf.. Bukan cemburu yang negatif tetapi cemburu positif yang mana saya pun teringin berjaya seperti mereka. Ramai di kalangan mereka yang berjaya dalam Shaklee ini adalah hasil usaha gigih isteri. Yang mana sekaligus dapat membawa keluarga masing-masing sama-sama berjaya.

Saya begitu teruja melihat gambar mereka yang telah berjaya dalam Shaklee. Hasilnya, mereka dapat berkepit sepanjang masa dengan suami masing-masing. Seperti Presiden Master kita iaitu PM Cery. Alangkah bertuahnya beliau. Menjadi jutawan Shaklee di usia muda!. Bagi mereka yang terlepas peluang membaca kisah kejayaan beliau, di sini saya paparkan beberapa keping gambar beliau yang di siarkan di MAJALAH HARMONI keluaran 1-5 September 2014.




Sungguh menjadi inspirasi kepada diri saya. Upline-upline saya juga tidak kurang hebatnya... Nanny Hanum, Nanny Maria, Nanny Hanim & Mommy Wawa sangat membantu saya. In Shaa Allah kita akan sama-sama menjayakan Projek Mengepit Suami ini.

Dalam diri ini sudah ada angan-angan. Ingin membawa suami melancong ke seluruh dunia. Biar dia tahu bahawa dengan bisnes Shaklee ini semua boleh menjadi nyata. Bukan sekadar impian semata-mata. Saya ingin suami saya berhenti bekerja supaya saya boleh bersamanya sentiasa!!

Jom warga RTI... Kuatkan semangat, tabahkan hati. Kita pasti boleh!!!











Tips Membersihkan Kulit Wajah

Assalamualaikum semua.
Ramai yang tidak mengambil berat berkenaan kebersihan kulit wajah. Bagi mereka yang menjaga penampilan wajib setiap malam sebelum masuk tidur, mereka akan membersihkan wajah dan menyapu krim untuk memastikan kulit wajah halus. Ini merupakan sebahagian keperluan yang diberitahu dalam hampir semua set penjagaan kulit wajah. Jadi, nak cantik punya pasal, kita pun ikut sahaja kan.

basuh muka


Memandangkan membersih wajah telah menjadi aktiviti rutin kita sejak kecil, maka proses pembersihan kulit wajah tidaklah menjadi sesuatu yang sukar dan janggal untuk kita lakukan. Ianya sama seperti kita memberus gigi.Tetapi, sekerap mana pun kita mencuci kulit wajah atau selama manapun pengalaman membersihkan wajah, pastinya kita ada melakukan kesilapan dalam membersihkan wajah kita.

Membersih muka dalam keadaan badan yang letih dan penat akan membuatkan kita membersih dengan tergesa-gesa dan ini boleh mencedarakan wajah berbanding membantu membersihkannya. Jadi, saya akan kongsikan tips yang berguna untuk  mengelakkan kita dari mencederakan kulit wajah kita. Setelah itu, kita juga boleh menyapu losyen pelembap dan lain-lain untuk menjadikan wajah lebih gebu dan cantik berseri.


TIPS MEMBERSIHKAN WAJAH YANG BETUL


Sumber air
  • Pastinya kita terbiasa mendengar bahawa air yang bersuhu tinggi dari air biasa akan membantu membuak liang pori dan ini akan membuatkan kekotoran dan sisa alat mekap senang ditanggalkan semasa membasuh muka. Sebenarnya fakta ini belum lengkap sepenuhnya. Air yang lebih panas BUKAN membuka liang pori, tetapi air yang suam akan memudahkan keotoran ditanggalkan. Malang sekali bagi mereka yang menggunakan air panas untuk membasuh muka kerana ini akan menyebabkan kulit makin kering dan  keras. Jadi, seeloknya kita dapat membilas kulit wajah kita dengan air suam.
Cara Mencuci
  • Apabila anda telah membasahkan muka anda, anda akan mula menyapu krim pembersih muka dan anda perlu membuihkannya. Buat urutan muka denagn pembersih muka tersebut dengan gerakan membulat dari pusat muka kita. Lebihkan masa membuat urutan di zon T kerana kawasan ini yang menghasilkan lebih banyak minyak berbadaning bahagian yang lain. Kita juga disarankan untuk membersihkan kawasan sepanjang anak rambut kerana dibimbangi peluh-peluh yang masih bersisa. Jadi, kita perlu memastikan pencuci muka berbuih dengan baik dan mencukupi. Sebaiknya teruskan mengurut wajah anda selama 30 saat. Sekiranya berlaku penggelupasan, anda tidak perlu mengurut dengan terlalu keras kawasan tersebut keran ini akan mengakibatkan penggelupasan tersebut makin teruk.

Membilas dan Mengelap Wajah


  • Setelah proses mengurut wajah selesai, bilas semua buih sabun pencuci dengan air yang banyak seolah-olah menyimbah keseluruhan wajah menggunakan tangan anda untuk memastikan bahan pembersih tadi tidak tertinggal.Jangan lupa tepi muka dan kawasan sekitar hidung dan telinga anda.Ramai yang cenderung untuk terlepas pandang bahagian tepi muka mereka yang membawa kepada sisa sabun yang akan membina dan boleh menyebabkan jerawat. Kemudian, keringkan wajah anda dengan dengan tuala yang bersih. Jangan bilas sabun atau mengeringkan muka anda dengan mengelap dengan kain. Menggosok dengan kain yang boleh merengsakan, meregangkan dan menyebabkan kedutan pada kulit.Dengan usapan lembut, keringkan muka anda sehingga selesai.

Bagi anda yang masih tertanya-tanya produk apakah yang bersesuaian dengan kulit wajah anda, saya cadangkan anda menggunakan Nutriwhite dari Shaklee.





Nak tahu lanjut tentang Nutriwhite? Rujuk entry NUTRIWHITE ini. Memang best. Nutriwhite juga didatangkan dengan Set Penjagaan Wajah yang lengkap.


Credit to :- Nurhalawa




**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
 BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
 EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Kebenaran Menakutkan Tentang Vaksin


 


Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..
Saya ni sebenarnya seorang yang sangat percayakan perubatan moden. Saya kurang gemar jika masyarakat sekeliling saya sentiasa nasihatkan petua dulu-dulu bila berdepan sesuatu penyakit. Saya lebih suka ke hospital untuk dapatkan rawatan. Tapi, kalau penyakit tu tidak serius, memang ada juga saya follow petua yang mereka berikan. 
Bukan apa, pada saya jika sesuatu berlaku kepada saya atau keluarga apabila tidak mendengar atau mengikut cadangan doktor, saya juga yang kena. Mungkin terpaksa menahan telinga mendengar leteran dari nurse, atau lebih parah jika sesuatu yang buruk terjadi kepada saya atau keluarga. Satu lagi mungkin pengaruh keluarga. Dari kecil, bila ada masalah kesihatan, ayah memang bawa kami ke klinik. Jaranglah ayah guna petua-petua lama ni. Kalau ada guna pun, mesti ubatan klinik turut dibekalkan.
 
Bila saya menyertai Shaklee, minda saya dah makin terbuka. Rupanya, ubatan yang doktor bekalkan banyak buruk dari baiknya. Anda boleh rujuk beza antara Vitamin Semulajadi VS Vitamin Sintetik. Tidak banyaklah yang saya kaji, cuma apa yang saya tahu ubatan campuran bahan kimia (dari hospital) kebanyakannya bukan merawat punca masalah. Ubatan tersebut hanya selesaikan masalah pada ketika itu sahaja, tetapi akar penyakit masih lagi ada. Sebab itu, penyakit akan datang kembali beberapa tempoh selepas itu.
Kemudian, saya ada membeli buku 'Rasulullah is my doctor'. Awalnya saya beli kerana ingin menambah info tentang petua semulajadi dan dijadikan sumber untuk menulis di blog. Tetapi rupa-rupanya buku ini lebih dari apa yang saya mahu tahu. Ia berkenaan agenda sesetengah pihak yang mencipta sesuatu alat atau ubatan yang kononnya untuk menawarkan kesihatan yang lebih baik, tetapi sebenarnya ia punca masalah itu terjadi. Ubatan dan mesin canggih dalam dunia perubatan ialah skandal perniagaan yang kita nampak seperti cuba membantu masyarakat, tetapi rupa-rupanya ia adalah duri dalam daging. Ibaratnya virus komputer dicipta oleh pencipta antivirus. Begitulah keadaannya dengan ubatan yang hospital bekalkan. Semuanya kerana keuntungan yang besar dari penghasilan ubatan ini. Sebab itulah, tahap kesihatan manusia semakain lama semakin buruk. Jangka hayat semakin rendah. Semua ini ada kaitan dengan campuran bahan kimia yang ada dalam ubatan.
Saya hanya akan petik isu vaksin yang diketengahkan di dalam buku ini. Saya cuma membuat penerangan ringkas. Anda boleh dapatkan buku ini jika berminat untuk mengetahui keseluruhan isi.

Isu Vaksin

Menurut penulis buku ini, vaksin adalah satu program kesihatan yang sebenarnya penyebab kepada masalah-masalah yang berkaitan perkembangan mental kanak-kanak seperti autisme. Sungguh, saya memang tidak tahu bahawa vaksin yang diberikan seawal bayi berusia sehari mengandungi merkuri. Menyesal saya kerana kedua-dua anak saya diberi vaksin secara penuh dek kerana sikap skema saya. Sedangkan alat mekap yang mengandungi merkuri diharamkan dijual oleh KKM. Inikan pula, merkuri tersebut disuntik ke dalam badan kepada bayi. Merkuri juga sejenis logam yang sangat susah untuk meninggalkan badan dan sekarang kajian mendapati ianya mampu diserap dan berkumpul di dalam jaringan otak. 
Pada awal bulan Ogos yang lalu, saya telah menghadiri kursus bagi melihat perkembangan bayi seawal sebulan sehingga enam tahun. Kursus ini dianjurkan oleh pihak PASTI. Menurut penceramah tersebut, penyakit-penyakit kelainan mental ini semakin menjadi-jadi. Autism antara kes yang semakin lama, semakin meningkat. Apabila saya membaca buku ini, saya rasa peningkatan ini ada kaitan dengan penggunaan vaksin kepada bayi.
Dan paling menyayat hati bila penulis buku ini menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan untuk mencipta vaksin. Ada antaranya merupakan sesuatu yang diharamkan seperti cairan embrio ayam, sel-sel ginjal monyet, sel-sel diploid manusia daripada jaringan janin yag digugurkan.
Ya ALlah, masa baca tu saya rasa nak menangis semahu-mahunya. Menyesal dengan kejahilan diri kerana tidak meneroka ilmu mengenai vaksin sebelum dicucuk kepada anak-anak saya.
Kematian kerana sesuatu wabak juga dilihat semakin tinggi apabila vaksin diperkenalkan. Kebanyakan kajian dibuat, peratusan kematian adalah berganda-ganda lebih tinggi setelah vaksin diberi berbanding sebelum diberi.
Mungkin ini antara ujian yang Allah berikan untuk kita hamba akhir zaman. Semakin moden dunia, semakin kita melupakan betapa hebatnya bahan-bahan semulajadi yang ALlah ciptakan.
Bila saya membaca buku ini, terbit rasa syukur (walaupun ada kekesalan) dalam diri kerana saya dan keluarga sudah lama tidak mengunjungi klinik untuk membeli ubat demam, ubat batuk dan sebagainya. Kerana sekarang, kami lebih selesa menggunakan bahan-bahan semulajadi yang merupakan makanan seharian di rumah.
Selain dari amalkan set Shaklee, yang dihasilkan dari sumber semulajadi tanpa campuran bahan kimia, kami juga amalkan madu, cuka epal dan pelbagai rempah yang boleh membantu atasi masalah kesihatan keluarga kami. 
In shaa Allah, untuk anak kami yang ke-3 nanti, saya akan cuba sedaya upaya untuk elak dari dicucuk apa jua vaksin.
Saya sangat-sangat menyarankan agar anda dapatkan senaskah buku Rasulullah is my doctor. Terutamanya jika anda merupakan pengunjung tegar klinik atau hospital. Dengan membuat sedikit pembacaan, anda mungkin dapat melihat sisi lain dunia perubatan hari ini. Wallahualam.
Saya mengajak dan menyeru anda semua untuk bertukar kepada sesuatu yang lebih semulajadi. Anda boleh amalkan makanan-makanan yang Rasulullah sarankan seperti habbatus sauda, madu dan sebagainya. Lengkapkan dan tingkatkan lagi tahap kesihatan anda dengan membuat penambahan set-set Shaklee yang telah diuji secara klinikal selama bertahun-tahun bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk kesihatan kita. Yang pasti, bahan-bahan yang dimasukkan di dalam vitamin Shaklee ialah bahan-bahan semulajadi yang ALlah cipta.
Atau kenapa kami ambil Peppermint Ginger Plus jika kami alami masalah sebu perut atau angin
Alhamdulillah, kami banyak menerapkan penggunaan vitamin semulajadi dalam kehidupan kami semenjak mengenali Shaklee. Dan paling bagus sekiranya anda amalkan vitamin semulajadi Shaklee, seterusnya menjadi ahli Shaklee untuk mendapat 1001 kebaikan yang Shaklee boleh tawarkan.


Credit to :- Maria Awi



**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**
 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
 BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
 EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Ya Saya Sudah Jatuh Cinta Dengan Shaklee




Sebenarnya kali ini saya cuma ingin berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee, ya pengalaman saya sendiri sebagai pengguna Shaklee yang baru beberapa bulan mencuba produk-produk Shaklee. Untuk pengetahuan semua, sebelum saya kenal Shaklee, jatuh cinta dengan produk Shaklee, saya sememangnya orang yang tak pentingkan kesihatan. Saya tak suka ambil makanan tambahan apatah lagi supplement-supplement yang perlu dimakan setiap hari. Pada saya itu semua merugikan duit. Yaa bila usia muda 23,24 tahun kita masih energetik masih penuh tenaga, tak mudah penat bila melakukan banyak kerja berat. Malahan tak tidur sepanjang malam menyiapkan assignment juga tak menjadi masalah kerana tenaga orang muda kan. Tapi bila usia menginjak ke hujung 20an, saya mula rasa perbezaan. Mudah cepat letih, mudah mengantuk di tempat kerja. Suami kadang-kadang selalu tanya "awak sakit ke?" bila tengok muka saya yang asyik pucat neh..alahaiii sedih sangat tau, usia baru dihujung 20an tapi muka dan tenaga dah macam umur dekat 40 lebih gaya nya. Saya nekad I need to change!

perkara pertama  yang saya mula-mula buat adalah berhenti makan junk food. Yes! Junk food. saya sememangnya penggemar junk food tahap kipassusahmati. Asam-asam semua saya tinggal sebab saya tahu ia tak elok untuk kesihatan dalaman saya sebagai wanita. Keropok dah jarang makan, kadang-kadang bila suami ajak, saya makan sikit, tapi takdelah macam dulu tau, kalau dulu 3 bungkus saya sorang boleh abis. hehehe...

Pada permulaan sebelum saya mencuba produk Shaklee saya memang tak berapa yakin, saya sekadar nak mencuba, seronok baca testimoni yang beribu di internet tentang keberkesanan produk Shaklee. Supplement Shaklee pertama yang saya cuba adalah Lecithin, Herb-lax, Omega Guard dan Cinch, tujuan saya mencuba empat produk neh adalah untuk turunkan berat badan saya. Start bulan puasa tau, haaa semangat sangat nak kuruskan badan untuk hari raya yang bakal menjelma. Saya memang konsisten, pagi-pagi bangun sahur dengan Cinch, yes saya akui saya suka Cinch sebab Cinch memang membuatkan perut saya kenyang sepanjang hari ketika berpuasa. Kalau tahun-tahun sebelum ini, jam 10 pagi perut saya akan mula lapar, tapi tahun ini tidak lagi..Wahh saya teruja..betul-betul berkesan ke Shaklee neh.  Bila nak berbuka,saya  mulakan dulu dengan lecithin, InsyaAllah memang waktu berbuka tak banyak yang saya makan,sebab Lecithin turut bantu kawal selera makan saya. Baguskan. Dan di sebelah malam pulak sebelum tidur memang saya akan telan 2-3 biji Herb-Lax untuk membantu perut saya menghadam segala benda yang telah saya telan waktu berbuka tadi. Esoknya jangan cakap la, memang mudah sangat tau untuk membuang segala isi perut. Perut rasa kosong, rasa selesa. Buncit di perut pun makin surut. Betullah kata orang, bila badan makin ringan kita pon makin happy. Ditambah pulak dengan pengambilan Omega Guard 2 biji sehari, tenaga seharian saya tak pernah berkurangan walaupun di bulan puasa.

Sepanjang selama sebulan berpuasa tuh, saya berjaya kurangkan 5 kilogram. Ya mungkin pada sesetengah orang 5 kilo tuh sikit, tapi bagi saya yang sememangnya tak buat apa-apa senaman 5 kilo tuh merupakan jumlah yang banyak. Hingga sekarang saya masih konsisten dengan pengambilan supplement-supplement di atas.

Bonus! orang lain dapat bonus raya, saya pon dapat bonus raya dari Shaklee. Bukan duit tau, tapi kulit saya makin putih dengan pengambilan konsisten supplement Shaklee. Kulit saya neh sebenarnya memang jenis mudah burn, bila ada aktiviti padang maklumlah cikgu sekolah , kulit dah macam udang kena panggang atas api, punyalah merah. Dan yang paling bestnya kesan burn di kulit muka tuh punyalah susah nak hilang, mau dekat 3, 4 bulan jugak baru boleh dapat semula kulit sekata. Ini memang bawaan family saya, adik-adik saya termasuk mak saya memang kulit jenis mudah berbelang akibat panas matahari. Rentung tau..tapi itu yang best bila makan supplement shaklee saya mula perasan kulit saya dah tak burn. Wahhh biar betik, bila tengok di cermin kulit muka lebih cerah dari dulu dan tiada kesan berbelang walaupun lama berada di bawah cahaya matahari. Perasaan time tuh punyalah gembira kalahkan Ana dalam cerita Frozen yang seronok menari dan menyanyi. hahaha.. paling best bila balik kampung, adik-adik mula tanya:

 "eh hang pakai produk pencuci muka apa? "
  "awat muka makin putih? " 

Tak lama lepas tuh saya add on plak Sustained Release Vitamin C dari Shaklee. Konon untuk bagi mantap lagi lah regimen penjagaan muka neh. Ahaaa serius tak sia-sia add-on, dah la harga tak mahal mana, boleh pulak bertahan selama 6 bulan penggunaan tau. Dan yang paling bestnya lepas consume sustained release vita-c jerawat memang tak berani hinggap kat kulit muka. Kalau dulu waktu datang bulan memang akan adalah seekor dua cik jerawat batu bertenggek di wajah, tapi sekarang alhamdulillah dengan izin Allah memang dah takde jerawat yang singgah walaupun ketika datang bulan. Lagi best dengan vitamin C neh ialah saya boleh buat face mask. Ketuk ketuk ketuk bagi hancur dengan sudu, letak sikit air bagi kembang then tempek kat muka..Tadaaaa senang yakmattt..lepas cuci muka memang kulit muka sangatlah lembut. Kuku pon jadi makin kuat tau, tak mudah patah.

Nak tahu tak, rambut saya pon dah tak gugur lagi. Dulu rambut saya neh kalahkan pesakit kanser, memang terlampau banyak sangat gugur hari-hari. Suami pon tegur sebab kat lantai rumah terlampau banyak rambut yang berguguran. Saya siap beli shampoo Bawang gambo Jackie Chan tau semata-mata nak bela rambut agar tak gugur, tapi bila start makan supplement Shaklee, saya perasan memang rambut dah tak gugur. Tak payah sapu lantai rumah hari-hari :)

But best of all Shaklee effect yang saya alami adalah di kaki saya. Ada apa di kaki saya? sebenarnya sejak hampir 8 tahun lepas kaki saya ada satu tompok besar jangkitan kulat. Yaa jangkitan kulat di bahagian depan betis kaki. Jangkitan ini makin lama makin membesar kawasannya di kaki saya. Lagi di garu lagi merebak. Memang lah tak sakit, tapi gatal sangat. Kadang-kadang bila garu sampai terluka kaki saya dibuatnya. Dahla gatal, rupa nya memang sangat lah tak sanggup tengok. Buruk sangat. Dah macam kawasan kudis buta pun ada. Suami saya sampaikan nak bawa pergi ke hospital pakar kulit untuk buat pemeriksaan, tapi saya asyik menolak sebab malu nak tunjuk ke doktor kaki yang buruk tuh. Dulu pon bukan tak pernah pergi ambil ubat hospital, bila tunjuk kat doktor, doktor tuh tak tengok pon dari dekat apatah lagi nak sentuh. Tersentuh tau hati kita teruk sangat kot kesan menggaru di kaki kita neh..ahahaha... doktor sekadar bagi ubat gatal dan ubat sapu, tapi masih belum berjaya menghilangkan jangkitan kulat di kaki saya. Mmmm sedih betul.

Tak lama lepas mengamalkan produk suppement Shaklee saya mula perasan jangkitan kulat di kaki saya BERKURANGAN! Ya Allah gembiranya hati neh memang tak dapat nak bendung. bertahun rasanya saya cuba pelbagai ubat dari hospital dan klinik masih belum sembuh kaki ini. Dengan bantuan Allah, bila makan supplement shaklee turut effect ke jangkitan kulat di kaki saya. Jangkitan kulat tuh dah makin kurang, kulit di kawasan jangkitan makin sekata. Kulit dah tak luka-luka berdarah. Saya bersyukur sangat sebab Allah pertemukan saya dengan ubat yang boleh menyembuhkan jangkitan kulat di kaki saya.

Now bila saya fikir-fikir balik tentang semua kebaikan produk shaklee yang telah saya cuba dan saya rasai sendiri perubahannya, saya senyum sorang-sorang. Bagus produk neh, saya bukan promote produk neh sebab saya jual produk neh, saya promote kerana saya nak berkongsi kebaikan produk yang saya sendiri alami. Yea saya akui saya sudah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan produk Shaklee..

Alhamdulillah...

Credit To :- Azmalinda









**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,terat, cure or prevent any disease** BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

SLE Punca Kematiannya



 Assalamualaikum....

Tiba-tiba teringat seorang teman serumah pada tahun 2007 dahulu meninggal akibat SLE. Beliau yang dikenali sebagai Azura sangat baik. Lemah lembut orangnya. Saya terjumpa arwah semasa mencari rumah sewa sewaktu bekerja dengan Radio Malaysia Selangor atau dikenali Selangorfm yang bertempat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Sementara mencari rumah sewa, saya menumpang di rumah abang di Seksyen 6, Semasa berjalan kaki ke tempat kerja yang terletak dalam 2 kilometer dari rumah, saya berjumpa dengan arwah di stesen bas. Walaupun tidak kenal, tapi saya memperkenalkan diri dan bertanyakan tentang rumah sewa..Alhamdulillah, katanya memang tengah mencari teman sebilik.

Kami menyewa di Seksyen 6, Shah Alam. Di awal perkenalan memang saya tidak tahu yang beliau ni ada penyakit. Sebab apa, sebab arwah ni seorang yang ceria. Arwah sangat tabah..Kuat melawan penyakitnya.
Dah lama-lama bersama, saya selalu tengok arwah menelan ubat dengan kuantiti yang begitu banyak..Jadi, saya ringankanla mulut bertanya.

Arwah memberitahu beliau ada penyakit SLE. Saya memang tak tau menahu pun masa tu apa itu SLE. Arwah cerita serba sedikit pasal penyakit ini. Kesian, dahulu badannya yang comel menjadi sekeping akibat penderitaan akibat SLE. Tapi arwah memang seorang yang kuat dan cekal..Katanya tak mahu fikir pasal penyakit ni, nanti lagi sakit.

Pada 2008, saya berkahwin. Walaupun berbeza tempat tinggal, saya tetap bertanyakan khabar. Pada Mac 2009, aku dapat khabar yang arwah ditahan di wad akibat pendarahan di kepala. Ini juga bersangkutan dengan penyakitnya itu. Kepala arwah ditebuk bagi membuang darah beku.. Selama 3 hari berada di hospital, beliau koma. Pada hari keempat, saya dapt berita yang belia telah dijemput oleh Yang Esa. Sedih menerima berita ketiaadaan arwah. Apa yang saya terkilan, saya tidak dapat menziarahi arwah kena berada dalam pantang selepas melahirkan anak pertama.

Al- Fatihah untuk arwah.

Jom saya share sikit maklumat pasal penyakit SLE ni...

APA ITU SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya diiringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Terdapat beberapa jenis lupus:

    Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
 
Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.

    Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.

Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

Siapakah Yang Mendapat SLE?


Dianggarkan lebih kurang 90 peratus mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10 peratus yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.


Apakah Yang Menyebabkan SLE?

Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.

Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.

SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.

Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.

Apakah Gejala-gejala SLE?

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Ciri-ciri penyakit ialah:


  •     Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  •     Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  •     Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  •     Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  •     Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  •     Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  •     Sawan, strok dan gangguan mental
  •     Risiko untuk mendapat darah beku
  •     Kerap keguguran bayi
  •     Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  •     Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah


SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut:

* Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing.

*Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

*Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

*Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

*Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

*Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain.


KESAN DARIPADA PENYAKIT SLE

Kesan sampingan jangka pendek ialah mendapat bengkak muka, tambah selera makan, serta penambahan berat badan. Kesan sampingan ini akan hilang apabila pengambilan ubat ini di hentikan. Namun begitu, pemberhentian pengambilannya dengan secara tiba-tiba adalah merbahaya. Oleh itu doktor akan mengurangkan dos dengan secara sedikit demi sedikit hinggalah ianya boleh diberhentikan. Kerjasama di antara doktor dan pesakit amatlah penting bagi mengelakkan salah faham tentang cara pemberhentian ubat ini.

Kesan sampingan jangka panjang kortikosteroid pula ialah tulang rapuh (osteoporosis), tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, paras gula dalam darah yang tinggi (diabetes), kerosakkan pada arteri, mudah mendapat jangkitan, dan katarak. Lagi tinggi dosnya dan lebih lama tempoh kortikosteroid diambil maka lagi ketara dan teruklah kesan sampingan yang akan dialami. Doktor akan cuba mengurangkan pengambilannya dengan menggabungkan bersama ubatan yang lain yang kurang kesan sampingan, dan apabila SLE dapat dikawal, dos kortikosteroid akan dikurangkan secara berperingkat. Bagi mengurangkan risiko osteoporosis, pesakit akan diberi ubatan tambahan seperti kalsium, vitamin D, dan lain-lain lagi.

RAWATAN KEPADA PESAKIT SLE.

1 - Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.

Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.

2 - Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

3 - Senaman
Kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.

  •  Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
  •  Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
  •  Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.


Peluang kehamilan

Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnyaSebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif

Sumber : Persatuan SLE Malaysia
Sekiranya anda mengetahui sahabat ataupun saudara terdekat yang mempunyai gejala penyakit ini, cuba-cubalah berkongsi tentang suplemen Shaklee yang dikenali sebagai Vivix atau sirap Shaklee yang dapat membantu merawat pesakit SLE ini.
SLE

Credit to :- Zainah









**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,terat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
 EMAIL:- nursimatun@gmail.com

BAHAYA SEMBELIT




 

Assalamualaikum..


Hari ini Nisah nak cerita bahaya sembelit kepada diri anda. Siapa yang pernah mengalami sembelit yang teruk??
Rasanya setiap orang pernah mengalami sembelit kan. Nisah pernah kena selepas bersalin. MasyaAllah teruk nye rasa. Hanya kita je rasa perasaan tak dapat membuang tu. Rasa nak nangis pun ada. Rasa sakit pun ada. Rasa tidak sedap perut pun ada. Anda tahu tak, yang sembelit membahayakan tubuh badan kita. jangan buat main-main yer.. Jom kita lihat dulu bahaya sembelit..


BAHAYA SEMBELIT


Jika anda selalu mengalami masalah sembelit, anda jangan ambil mudah yer. Jikan anda sering sembelit dan tidak cepat-cepat mengatasinya, anda sebenarnya mengalami kerugian yang besar. Khasiat dari pengambilan makanan yang sihat tidak dapat diserap oleh badan. Maksudnya, anda makan apa-apa pun tetapi tidak bernilai kerana badan anda dipenuhi dengan toksin dan tidak dapat meyerap khasiat daripada makanan tersebut.  Toksin dalam aliran darah akibat sembelit boleh menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan dan boleh menyebabkan nutrien tidak sampai kepada sel yang memerlukannya .

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dikeluarkan daripada tubuh badan secara cekap. ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas. Najis yang mengeras akibat  sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan. Sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain. Pernah terjadi seorang penghidap kanser otak yang dipercayai berpunca tidak mengatasi sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.

Seperti dinyatakan di atas, sering sembelit dan mengalaminya secara berpanjangan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh. DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna. Ia menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi.
Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Ha ahhh.. Jangan anda ingat sembelit tu hanya perkara biasa. sembelit bukan boleh buat main-main yer. Pelbagai penyakit boleh datang dengan hanya anda mengalami masalah sembelit. Macam mana anda nak atasi masalah sembelit tersebut? Anda mesti mengambil makanan yang bersera tinggi setiap hari  dan meminum air yang secukup nya.  Tetapi ada juga yang kata, saya dah ambil sayur dan buah setiap hari. Dah minum air yang cukup tetapi tetap sembelit. Anda boleh cuba alternatif lain untuk mengatasi masalah anda itu. Anda boleh mencuba HERB-LAX SHAKLEE.


Pengalaman Rakan Nisah yang mengalami sembelit, dia sangat berpuas hati dengan penggunaan HERB-LAX. Kalau dulu, susah sangat dia nak membuang. Tetapi sejak mengamalkan HERB-LAX, setiap hari dia membuang dengan lancar.




KELEBIHAN HERB-LAX


- merawat sembelit
- menyokong kesihatan pergerakan usus dan membersihkan usus
- menyokong fungsi penafasan dan melegakan kahak.
- Bantu ketidakhadaman.
- Merawat sakit yang melibatkan masalah pencernaan dan perkumuhan oleh buah pinggang
- Menggalakkan penyusuan ibu.
- Menggalakkan penurunan berat badan dengan mengawal nafsu makan.
- Melegakan ketegangan akibat haid.
- Galak pencernaan yang sihat.
- Hilangkan rasa sakit perut, angin, rasa penuh, dan pedih ulu hati.
- Mengeluarkan gas atau angin dari badan.
- Merawat sakit tekak dan bengkak dalam sistem penafasan.
- Mengempiskan perut


Credit to :- Hanisah




**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
 BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
 EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Thursday 28 August 2014

HQ Shaklee Di Pinnacle, Sunway

Assalamualaikum semua.... hai... 


Wah, teruja rasanya pagi-pagi ini. Tak sabar-sabar rasanya. Hendak tahu kenapa? Sebabnya saya nak ceritakan pada anda semua tentang lokasi baru HQ SHAKLEE kita. Pasti ramai yang belum tahu kan? Dulu di bangunan Empire, Subang Jaya tapi kini sudah berpindah ke lokasi yang lebih menarik iaitu di Pinnacle yang terletak di Sunway.  Ho...ho...ho... :)


Inilah bangunannya yang terbaru....


Memo HQ berpindah



Hendak peta lokasi??? Jom saya kongsikan dengan anda....

Peta HQ baru di Pinnacle



Bagi mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, mungkin tempat ini bukanlah sukar untuk di cari tetapi bagi yang berada di luar kawasan, anda boleh menggunakan aplikasi "waze" di telefon bimbit untuk membantu anda ke sana. Mudah bukan? Semuanya di hujung jari sahaja...


Hendak melihat kawasan di sekitar HQ Shaklee yang baru ini??? Jom ronda-ronda ... :)






Ia terletak bersebelahan sahaja dengan Sunway Pyramid....



Wah, siap ada air terjun....!!!



Jom terokai bahagian dalam bangunan pula... :)


Inilah pintu masuk utama ke HQ Shaklee yang baru....




Rekaan dalaman yang lebih luas...


Lebih selesa.....


Dengan bilangan kaunter yang banyak untuk memudahkan urusan....


Ada taman permainan untuk anak-anak....


Dan kemudahan surau untuk pelanggan yang beragama Islam. Ops, maaf! Gambar ruangan surau tidak dapat saya sertakan... Tapi tidak mengapa bukan? Yang penting kita tahu bahawa di HQ Shaklee yang baharu ini terdapat pelbagai kemudahan...

Memang seronoklah untuk membeli belah barangan Shaklee di HQ yang baru ini. Bagi mereka yang belum pernah ke HQ, silalah berbuat demikian. Anda pasti teruja... ( saya teruja kerana warna hijaunya adalah warna kegemaran saya :) )

Let's shopping!!!


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
 BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
 EMAIL:- nursimatun@gmail.com

Enfuselle penyelamat wanita?



Assalamualaikum viewers dan shaklee's ....
Masalah Kulit yang berminyak bukan sahaja menghadapi masalah ancaman jerawat malah, apabila mengenakan wajah dengan secalit solekan pastinya tidak dapat bertahan lama. Lebih teruk, kulit nampak seakan-akan berkilat.  Kilatan ini pastinya bukan sesuatu yang cantik atau menyenangkan sebaliknya itu petanda kulit nampak tidak sihat. Oleh itu, di bawah berikut terdapat beberapa petua atau panduan yang boleh dicuba oleh anda yang memiliki kulit berminyak
Jangan cuci muka terlalu kerap


  • Cukup sekadar mencuci muka dua kali sehari, pagi dan malam. Jika terlalu kerap mencuci muka, kulit akan menjadi kering kerana pencuci atau sabun yang berlebihan akan menangkis kelembapan kulit. Tabiat ini juga akan menyebabkan kalenjar sebaceous (yang mengeluarkan sebum) bekerja keras untuk melembapkan kulit. Akibatnya, kulit akan menjadi lebih berminyak.
Kertas minyak jadi penyelamat


  • Jangan lupa gunakan penyegar diikuti dengan pelembap selepas mencuci muka. Untuk aktiviti siang hari, anda digalakkan mengelap wajah yangberpeluh dengan kertas minyak wajah. Ini akan membuatkan kulit wajah tampak segar dan solekan tidak comot.
Gunakan pelembap sebelum bersolek


  • Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, adalah lebih baik menyapu pelembap pada seluruh wajah dan leher sebelum pemakaian bedak asas. Pilih pelembap yang bebas minyak agar kulit lebih lembut dan sekata.




Masker tanah liat


  • Amalkan memakai masker yang berasas tanah liat seminggu sekali. Masker jenis ini dapat menyingkirkan lebihan minyak pada wajah dan membuatkan pH  kulit kembali seimbang. Selepas masker kering pada wajah, bilas dengan air suam. Hasilnya wajah akan lebih ‘ringan’ dan bersih.



Faktor pemakanan


  • Makanan memang mempengaruhi keadaan kulit kita. Elakkan makanan pedas dan berlemak kerana ini menjadi elemen utama menyumbang kepada kulit yang berminyak. Lebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang tinggi oksidan seperti berries.
Petua tradisional


  • Bagi yang gemarkan cara semulajadi , sapukan timun yang dikisar pada wajah. Biarkan kering 15 hingga ke 20 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih. Anda juga boleh sapukan campuran sengkuang dan kentang yang dikisar pada wajah sebelum tidur. Sebaik sahaja bangun pagi, cuci wajah dengan air suam.




Cadangan set Enfuselle Shaklee .


1. Purifying Clensing Gel (Pencuci)
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2. Purifying Toner
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik


3. Balancing Moisturizer (Pelembap)

Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit

Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah 
bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.
Terbukti secara klinikal:
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik


4. Eye Treatment

Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
 
Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Sumber dari : Shaklee Malaysia


Dengan penggunaan Enfuselle normal to oily Shaklee ini , dapat membantu wanita dalam merawat masalah kulit muka berminyak dan tona tidak sekata serta berseri-seri tanpa cela ini kerana kandungan vitamin e nya yang kaya membantu proses pemulihan dengan berkesan.



Testimoni Set Oily Enfuselle





Credit to :- Miess Eza



**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
 BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com