.

Saturday 25 October 2014

Bahaya Demam Di awal Kehamilan

Bahaya Demam Di Awal Kehamilan


Demam sewaktu hamil mungkin di anggap biasa oleh sesetengah wanita. Di peringkat awal kehamilan jika anda mengalami demam yang rendah ( kurang dari 103 darjah Fahrenheit atau 38.6 darjah celcius) mungkin tidak menjadi masalah. 

Ini di sebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan suhu dalam badan. Ia bukanlah di sebabkan oleh masalah jangkitan kuman.

Namun begitu, jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, melebihi 38.6 C, ia boleh menyebabkan pembentukan fizikal janin yang melibatkan pembentukan tulang dan otot tadi menjadi terjejas dan akhirnya menyebabkan kecacatan janin dalam rahim atau mungkin berlakunya keguguran.

Walau bagaimana pun pada akhir kehamilan apabila bayi terbentuk sepenuhnya maka demam tidaklah menjadi satu isu besar, kecuali demam itu beserta dengan tanda-tanda lain seperti ruam, keluar darah atau lendiran busuk dari faraj yang mungkin menandakan ada jangkitan dalam rahim. 

Sumber:- FB Dr Zubaidi












**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

8 comments:

  1. demam waktu biasa pun kita rasa tak larat nk buat leke, apatah lagi masa mengadnung tu agak menduga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Kadang-kadang ada juga yang jenis malas nak ke klinik. Asyik nak telan ubat aje.. Jangan ambil mudah soal demam ni...

      Delete
  2. jangan ambil mudah apabila anda demam di awal kehamilan. Buatlah pemeriksaan dengan segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu sis. Segeralah jumpa doktor. Jangan biarkan ia melarat. Diri sendiri yang terancam

      Delete
  3. eh yeke.. haritu demam jugak, sebab berjangkit seisi keluarga demam.. anak pulak demam hfmd.. menduga betul dua minggu jugak.. alhamdulillah semua dah baik dan harapnya kandungan sentiasa sihat, insyaallah.. :)

    ReplyDelete
  4. bahaya juga ye dmm diawal kehamilan.. boleh ke minum air 100 plus utk atasi mslh demam ini keika hamil?

    ReplyDelete
  5. memang penat dan rasa lemah kalau demam di waktu mengandung ni

    Punca,Tips dan Cara Atasi Masalah Pelupa

    ReplyDelete
  6. Memang pernah demam dulu di kehamilan yang pertama. Mudah-mudahan bila dah makan vitamin ni, takdelah demam dengan teruk lagi.

    ReplyDelete