.

Monday 6 October 2014

Korban Oh Korban....

Korban Oh Korban



Alhamdulillah... syukur... selesai majlis korban pada hari raya kedua..

Sungguhpun Kak Tun dan anak-anak tidak berkesempatan menjenguk lembu korban pagi tadi tapi tak mengapa. Adik-adik dan ma di kampung sebagai wakil. Sebenarnya ma dan adik lelaki Kak Tun yang beriya-iya nak korbankan sebahagian lembu kerana tidak lengkap rasanya Hari Raya Korban ni tanpa ada sembelihan.

Perancangan saat akhir

Keluarga Kak Tun sebenarnya tidak merancang dari awal untuk korban kali ini. Tiba-tiba ma dapat panggilan dari jiran sekampung bahawa ada sebahagian lembu lagi yang belum berpunya. Yang 6 bahagian sudah di tempah. Hasil perbincangan "kilat" antara ma dan adik lelaki Kak Tun maka mereka bersetuju untuk mengambil bahagian yang terakhir itu. Tapi sayang, kami dah pun bertolak balik ke Kuala Lumpur jam 8.30 pagi tadi. Tidak sempat untuk sama-sama ke tempat ibadah korban di jalankan.  

Sebahagian daging korban yang siap di lapah



Inilah adik lelaki Kak Tun tu...

Ini adik lelaki yang bongsu...


Tapi sayang, tak dapat merasa daging korban ni. Kak Tun cuma ambil daging korban yang di sedekahkan orang- orang kampung sahaja. Siap bawa balik ke Kuala Lumpur tau... Hihihi...

Ok, baiklah semua pembaca... Kak Tun pun agak kepenatan setelah 9 jam memandu tadi. Biasanya suami yang memandu tapi kali ini balik ke kampung tanpa suami...

Jangan lupa teruskan membaca entri-entri Kak Tun ye... Sayang semua...

Wassalam...


















0 comments:

Post a Comment