.

Tuesday 21 October 2014

Aduhai ibu..... Sekadar Peringatan Bersama.....


Sekadar gambar hiasan



Assalamualaikum semua....


Pagi ini rasa terpanggil nak menulis tentang kisah seorang ibu ni... Ahad lepas saya dan keluarga ke sebuah pasaraya. Maaflah, nama pasaraya terpaksa saya rahsiakan. Selepas membeli beberapa barang keperluan, jalan-jalan, makan-makan, akhirnya kami pun beredar untuk pulang ke rumah.

Nak di jadikan cerita, sewaktu ingin melintas jalan ke tempat parkir kereta, saya bersama anak perempuan dan adik perempuan saya yang berdiri di tepi laluan melintas ternampak seorang kanak-kanak lelaki memegang belon yang ingin melintas jalan berseorangan.

Ya Allah.... Dengan pantas saya menyambar tubuh kecil itu. Nyir-nyaris dia di langgar sebuah kereta. Mujur saya sempat memegangnya. Di dalam hati saya berkata, "Dimana ibunya? Dimana ayahnya? Mengapa di biar anak sekecil itu melintas seorang diri?"

Bertalu-talu pertanyaan itu menerpa di kotak fikiran saya. Sedih, terkilan dengan sikap ibu bapa kanak-kanak tersebut yang tidak mempedulikan anak. Sedangkan saya sendiri jika mahu melintas jalan, tangan anak-anak saya pegang erat-erat. 

Saya tercari-cari di sana-sini ibu kanak-kanak tersebut. Bertanya pada orang-orang di sekitar. Namun ketika itu, tiada siapa yang tahu di mana ibunya. Saya mundar-mandir di situ seketika sehinggalah muncul seorang wanita muda mengambil kanak-kanak tersebut. Dia mendapatkan kanak-kanak itu dan terus berlalu tanpa sepatah kata!

Ya Allah.... inikah ibunya? Tanpa ada rasa bersalah, tanpa mengucapkan terima kasih dia terus berlalu... Rupanya masih ada dua orang anak bersamanya di seberang jalan. Saya, anak perempuan serta adik saya turut melintas jalan untuk ke tempat parkir kereta kami. Kami berselisih di situ. Sempat juga saya katakan padanya, " Mujur tak kena langgar tadi"... 

Dari riak wajahnya tiada rasa takut jika sesuatu berlaku pada si anak. Tiada kebimbangan pada raut wajahnya...

Ibu....oh ibu..... Tiadakah rasa risau di hati mu...? Tiadakah rasa takut sesuatu yang buruk berlaku pada anak kecilmu itu...?

Pesanan Kak tun, jagalah anak-anak kita sebaik-baiknya. Nyawa tiada galang-ganti di dunia ini...

Wallahualam...









**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

7 comments:

  1. betul tu kak tun...mulut ni sama naik bising suh anak jangan berlari kalau kat tempat lintas jalan. Orang nak kata garang pun katalah janji anak2 selamat..dorang kalau dah happy sangat lupa dah nak tengok kiri kanan.

    Mealshakes Membantu Anak Anda Yang Cerewet Makan Dan Kerap Sakit | Diari Mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... risau sangat dengan keselamatan anak-anak ni... sedih jugak sebab masih ada ibu yang tak perihatin..

      Delete
  2. Sedih pulak baca cerita k.tun ni, pernah terjadi kat diri sendiri, nasib baik org kat luar sempat pegang dia, menyesal tak sudah kalau jadi apa2..


    OMEGA-3 UNTUK KANAK-KANAK; BUKAN SEKADAR UNTUK MINDA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum terjadi apa2 baik kita beringat kan...

      Delete
  3. Kes-kes camni la yang mudah jadi anak kena culik la, hilang la..macam kes di kuantan baru-baru nie,ada anak yang meninggal kena langgar selepas keluar dari kedai. Selepas nie tak kira ibu atau adik beradik, kena saling beringat dan perhatikan si kecik.

    Tak suka orang yang disayangi merokok? Boleh cuba tips di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... ada terbaca kes tu. Sedih sangat... Berhati2 lah semua walau di mana pun kita berada...

      Delete
  4. anak saya pun pernah hanpir nak melintas jalan kerana nampak orang jual belon yang banyak diseberang jalan. Mujur suami sempat kejar..saya masa tu jantung berdegup kencang..Allah je yang tahu macamna perasaan. selepas kejadian tu memang sentiasa berwaspada, takkan lepas tangan anak walaupun sesaat..

    ReplyDelete