.

Tuesday 7 October 2014

Resepi Sup Tulang Power

Bismillahirrohmanirrohim....

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi... Kak Tun ni masih dalam mood beraya tau walaupun dah balik ke Kuala Lumpur. Raya korban kali ini, dapat juga merasa daging & tulang lembu korban yang disedekahkan jiran-jiran. Jadi, apa lagi yang di tunggu? Jom lah masuj dapur cepat-cepat. Kita buat sup tulang power hari ini.

Untuk membuat sup tulang ini bukanlah terlalu susah. Yang penting, daging pada tulang itu empuk supaya senang kita makan nanti. Kak Tun yakin, ramai yang dah tau resepi ini tetapi tak mengapa. Kak Tun akan kongsilan resepi Kak Tun pula ye...

RESEPI SUP TULANG POWER

1KG tulang lembu(blh juga di masukkan dagingnya)
3 ulas bawang putih(dimayang)
3 ulas bawang merah(dimayang)
1 inci halia(di mayang)
Sup bunjut tulang bersama rempah 3 sekawan
Garam dan air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan untuk hiasan:-
1 biji tomato
3 tangkai cili padi
Daun sup/daun bawang
Limau nipis
Bawang goreng

Cara memasak:-
Basuh tulang dan daging hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk. Tuang air sehingga tenggelam bahagian tulang-tulang itu. Rebus dengan api sederhana besar supaya dagingnya lebih empuk. Dalam kuali berlainan, tumis bahan-ahan yang telah di mayang bersama rempah 3 sekawan. Tumis sehingga naik baunya. Kemudian, boleh lah di masukkan ke dalam periuk rebusan tulang tadi dan renehkan sehingga daging empuk. Garam di masukkan akhir sekali. Setelah siap, masukkan ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan hiasan tadi..

*Jika anda menggunakan periuk tekanan, masa untuk memasak akan menjadi lebih singkat dan tulang serta daging yang di masak juga empuk dengan sempurna

Taraaaa..... Dah pun siap.. Bagi mereka yang berminat dengan mee, kuey  tow atau pun bihun, anda juga boleh makan bersama dengan sup tulang ini.

Selamat mencuba!

Ops! Sebelum terlupa, Kak Tun nak kongsikan tips bagi melembutkan daging bersama tulang tadi. Senang sahaja caranya...

Tips melembutkan daging/tulang

1. Letakkan sebatang sudu semasa merebus daging/tulang tersebut
2. Gaulkan daging/tulang bersama soda bikarbonat dan perapkan seketika sebelum merebus
3. Masukkan daun nangka ke dalam periuk rebusan daging/tulang

1 comment: