.

Sunday 30 November 2014

Himpunan Doa-doa 1

Himpunan Doa-doa


Assalamualaikum WBT...


Bismillahirrohmanirrohim... Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa bacaan doa yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian...













Ini adalah sebahagian daripada doa yang boleh kita amalkan.. In shaa Allah saya akan kongsikan dengan anda banyak lagi doa dalam entri akan datang...

Sumber:- Google


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 
HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF 
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Saturday 29 November 2014

Cara Kreatif Untuk Menggalakkan Anak Anda Makan Dengan Berselera

Cara Kreatif Untuk Menggalakkan Anak Anda Makan Dengan Berselera

Anak anda enggan makan? Adakah mereka jemu dengan cara makanan dihidangkan?


Susah kan nak bagi mereka berselera makan apa yang kita masak? Ramai ibu bapa mengahadapi situasi sebegini termasuklah saya sendiri. Anak kedua saya sangat susah untuk makan sayur-sayuran. Jika kami makan bersama, dia hanya makan nasi bersama kuah sahaja. Jarang sekali mengambil lauk dan sayur-sayuran.

Setelah membuat carian di google dan membaca beberapa buah buku, saya terjumpa cara untuk meningkatkan  selera makan anak-anak ini. Semoga perkongsian saya ini, dapat membantu kita semua menggalakan anak masing-masing makan dengan berselera.

kita perlukan imaginasi untuk membantu anak-anak makan dengan berselera. Berikut ialah beberapa petua berguna untuk mewujudkan masa makan yang menyeronokkan untuk anak kesayangan anda:

Makanan ceria

*Kanak-kanak suka mencicah makanan mereka! Hidangkan makanan yang boleh di cicah seperti ayam goreng, nugget atau bilah sayur yang boleh di cicah dengan mayonis.
*Masukkan jus ke dalam cawan dan bekukannya untuk membuat jus pop. Masukkan bilah kayu kecil apabila jus mula membeku. Ia seakan-akan kita membuat aiskrim untuk mereka.
*Saji hidangan malam dalam bekas-bekas kecil yang di tandakan nombor 1,2,3 dan seterusnya. Biar anak membuka bekas mengikut urutan dan makan hidangan yang terkandung di dalamnya sebelum membuka bekas yang seterusnya.

Hidangkan makanan iringan cerita

*Rangsang anak anda dengan cerita negara-negara asing. Kemudian, perkenalkan makanan baru dari negara berkenaan untuk di rasainya. 
*Sediakan tempat makan secara kreatif. Contohnya, jamu selera ala berkelah di ruang tamu.

Guna visual

*Beri kejutan kepada anak-anak anda dengan menyediakan makanan dalam bentuk-bentuk mainan yang berbeza seperti haiwan, bintang dan bentuk hati.
*Anak enggan makan sayur-sayuran? Cuba hidangkannya dalam cawan kopi agar tampil berbeza daripada pinggan mangkuk biasa atau gunakan pinggan yang mempunyai gambar-gambar menarik permukaannya supaya mereka teringin melihat gambar-gambar yang tertera di atas pinggan.

Jika anak anda masih lagi tidak berselera untuk makan, boleh lah cuba memberikan mereka makanan tambahan seperti Mealshakes Shaklee dan Vitamin C Chewable.

Dengan bantuan makanan tambahan seperti ini, in shaa Allah anak anda akan kembali berselera menikmati hidangan yang anda sediakan untuk mereka.





Tak salah kita berikhtiar demi untuk anak-anak kan...? Yang penting mereka sihat dan gembira selalu...

Nak dapatkan mealshakes dan vitamin c chewable ini secara online? Anda boleh membuat pembelian terus dengan klik pada link ini:-

                  Order Vitamin C Chewable 
                   Order Mealshakes Shaklee

*Pembelian ini memerlukan kad kredit/debit anda


Chop!! Berminat untuk mendapat diskaun hebat tak???
Jom mendaftar sebagai ahli shaklee hari ini. Bukan sekadar mendapat harga istimewa malah anda boleh menjana pendapatan bersama kami..

Pilihan di tangan anda....!!

Sumber rujukan: Majalah Jom Makan




**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 
HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF 
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Friday 28 November 2014

Cara Mudah Untuk Mengurangkan Perbelanjaan Dapur Anda Setiap Bulan


Cara Mudah Untuk Mengurangkan Perbelanjaan Dapur Anda Setiap Bulan

Bila sebut sahaja "belanja atau shopping" semua orang memang seronok. Betul tak? Lebih-lebih lagi bagi kaum wanita. Bukan nak kata orang lain tetapi saya sendiri pun begitu.

Bila keluar dengan keluarga paling tidak pun pasti habis RM50 di belanjakan. Tak tahu apa yang di beli. Semuanya di luar perancangan.

Dalam entri kali ini saya hendak kongsikan dengan anda beberapa cara mudah untuk mengurangkan perbelanjaan dapur anda setiap bulan.

Semasa membuat pertimbangan untuk menjimatkan perbelanjaan, makanan adalah satu sumber yang anda boleh menjimatkan belanja dengan banyak.

Ingin tahu bagaimana caranya?? Jom baca di bawah.

1. Buku harga

Ini adalah satu sistem untuk merekodkan harga barangan yang anda beli. Buatkan beberapa ruang dengan tajuk-tajuk berikut;
Tarikh
Kedai
Barangan
Saiz
Harga
Harga unit
Harga diskaun

Pada sudut atas kanan muka surat, catat nama barangan yang di beli (seperti beras, susu, sayur dan sebagainya). Selepas memantau harga selama beberapa bulan, anda akan mengetahui manakah tawaran yang bagus dan yang mana tidak. Ruang yang paling mustahak ialah harga unit, kerana ruang tersebut memberitahu anda harga yang anda bayar untuk setiap gram atau lain-lain unit ukuran.

2. Kurangkan membeli snek

Makanan ringan seperti snek, minuman bergas dan makanan sejuk beku biasanya agak mahal tetapi tidak memberikan khasiat kepada kita.

3. Sentiasa membeli-belah dengan harga runcit

Pastikan anda hanya membeli barangan yang tersenarai sahaja supaya anda tidak membeli barangan mahal atau yang tidak di perlukan

4. Jangan membeli-belah ketika lapar

Ini sangat berbahaya! membeli-belah ketika lapar akan menyebabkan anda membeli lebih daripada biasa. Anda pasti teringin membeli apa sahaja yang dilihat kerana semuanya nampak sedap.

5. Buat perbandingan harga

Latih anak-anak anda yang sudah cukup dewasa untuk membuat perbandingan. Minta mereka membeli sos paling murah atau apa sahaja di kedai berdekatan untuk mereka menimba pengalaman.

6. Membeli-belah ketika waktu kedai tidak sesak dengan pengunjung

Cara ini dapat membantu kita membuat pertimbangan dalam memilih barangan yang ingin di beli. Ini akan membantu kita membuat keputusan yang baik dan tidak tergesa-gesa.

Haa... macam mana? Anda pernah buat tak cara yang di sebutkan di atas tadi?

Jika tidak, anda boleh bermula dari sekarang. 

Rancanglah perbelanjaan anda hari ini supaya ia lebih teratur.



ANDA  BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?? 
BOLEH HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Thursday 27 November 2014

Fungsi Dan Khasiat Kayu Manis Dalam Masakan Harian


Fungsi Dan Khasiat Rempah Ratus Dalam Masakan

Masakan dan rempah ratus sememangnya tidak dapat di pisahkan. Tanpa rempah ratus sudah pasti masakan tidak lengkap dan tidak sedap rasanya. 

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sejenis rempah-ratus yang di kenali dengan nama kayu Manis. 




Nama saintifik kayu manis ini ialah Cinnamomum zeylanicum. Di katakan kayu manis ini dapat menjadi perangsang kepada selera makan, proses pencernaan, rawatan batuk dan sakit tekak.

Asal usul kayu manis ini boleh anda baca di sini

Kayu manis juga di katakan mempunyai:-

1) Kualiti anti-radang yang boleh mengurangkan kesakitan sendi dan otot terutamanya sakit sendi yang berkaitan dengan arthritis 

2) Bagi pesakit kencing manis, di syorkan dos dari rempah ini boleh membantu mengawal gula darah.

3) Memperbaiki peredaran darah jantung dan memberikah kesihatan kepadanya

4) Memperbaiki kesihatan penghadaman dan melegakan ketidakselesaan perut.

5) Kebanyakan wanita menggunakan kayu manis untuk membantu memperbaiki masalah yang berkaitan dengan kitar haid mereka

6) Boleh membantu masalah resdung atau ketidakselesaan hidung.

7) Membantu mencegah dan membunuh pertumbuhan bateria bahaya yang mana rempah ini berguna untuk mencegah jangkitan saluran kencing, kerosakan gigi, penyakit gusi dan lain-lain masalah bakteria


Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kayu manis ini, boleh dapatkan di blog Herba Dan Tumbuhan

In shaa Allah dalam entri akan datang, saya akan kongsikan dengan anda pelbagai lagi maklumat kesihatan yang lain..

Anda mungkin meminati:-



**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 
HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Wednesday 26 November 2014

Kerana Alfalfa Complex Shaklee.....Suamiku Kini BERUBAH!!

Assalamualaikum kak....

"Saya nak share dengan akak satu perkara ni... Suami saya dah berubah lah kak!!!"

Tiba-tiba pagi ini di kejutkan dengan satu mesej dari customer yang pernah beli alfalfa 2 minggu yang lalu. Kalau tak silap saya, beliau membeli alfalfa untuk mengatasi masalah keputihan yang beliau alami.

sekadar gambar hiasan

Terkejut juga bila dapat mesej seperti itu. Suami berubah? Berubah macam mana tu? Suami dia makan alfalfa tu juga ke? Apa yang terjadi pada suami dia? Semua persoalan ini bermain di fikiran saya. Lantas saya membalas mesej tersebut dengan perasaan yang bercampur-baur.

"Waalaikummussalam dik, Berubah macam mana tu ye? Awak bagi dia makan alfalfa yang awak beli untuk awak tu juga ke? Apa yang terjadi? Cuba cerita dengan akak...."

"Sebenarnya macam ni kak, saya beli Alfalfa tu untuk rawat masalah keputihan saya. Suami tanya, orang perempuan aje ke yang boleh makan? Saya kata, lelaki pun boleh. Baik untuk tingkatkan stamina juga. Jadi, saya bagi lah suami saya makan. Baru je dia makan satu hari, saya dah dapat rasa perubahan dia lah kak..."

"Dia lebih cergas dari biasa. Tenaga batinnya kuat sungguh!! Maaf lah kak, kalau ayat ni macam lucah sikit... hihihi.. Tapi memang suami saya berubah kak. Berubah kepada lagi bagus!!"

Owh, itu rupanya yang berlaku.. Saya fikirkan yang buruk-buruk sahaja tadi. Maklumlah orang kali pertama makan supplemen ni lain-lain penerimaan badannya. Ada yang berkesan dan tak kurang juga yang kata tiada kesan langsung!

Sebenarnya keberkesanan sesuatu supplemen itu bergantung pada corak pemakanan harian kita. Kalau kita konsisten dan berjaya kawal nafsu makan, in shaa Allah kesan yang positif lah kita akan dapat.

Hati saya riang tak terkata!!

Syukur alhamdulillah alfalfa itu benar-benar dapat membantu mereka suami isteri. Saya sendiri turut berasa gembira. Semoga rumahtangga mereka sentiasa harmoni hendaknya.




Untuk mengetahui khasiat lain alfalfa ini anda boleh baca disini. Memang berbaloi-baloi membeli alfalfa ni. Sebotol boleh di kongsi bersama. 

Apa yang penting, kita berikhtiar. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya kan?

Anda diluar sana bagaimana pula??? Masih mahu berfikir-fikir lagi???

Jangan tunggu lama-lama... rugiiiiii.....!!!

                                         


                   ORDER ALFALFA SMALL SEKARANG!




Ops.....Nanti dulu!!!

Anda ingin dapatkan harga yang lebih menarik??? Jom mendaftar sebagai ahli shaklee hari ini...

Hanya dengan bayaran yuran RM65 (+ RM10 postage semenanjung dan RM20 postage Sabah/Sarawak)  untuk seumur hidup, anda boleh dapat pelbagai keistimewaan dari Shaklee..

Jom baca keistimewaan menjadi ahli Shaklee disini


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOFCALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com Shaklee ID :- 1091465 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Tuesday 25 November 2014

Cara Meningkatkan Selera Makan Anak-anak Agar Suka Makan Makanan Berkhasiat

Cara Meningkatkan Selera Makan Anak-anak Agar Suka Makan Makanan Berkhasiat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca...


Saya juga seperti kebanyakan ibu di luar sana yang menghadapi masalah anak sukar untuk makan makanan yang berkhasiat. Terutamanya sayur-sayuran. Anak-anak saya bukan lah terlalu cerewet tetapi sukar untuk memakan sayur-sayuran.

Kadang-kala saya bingung memikirkan masalah ini. Pelbagai cara di lakukan untuk mengembalikan selera makan mereka. 

Saya juga telah membuat carian di google untuk mengatasi masalah ini. Ada beberapa petua yang boleh kita amalkan untuk anak-anak yang sangat susah untuk makan makanan berkhasiat ini.

Petua meningkatkan selera makan anak-anak

1. Menyediakan makanan yang sesuai dengan usia mereka..

2. Pelbagaikan menu harian anak-anak agar mereka tidak jemu

3. Gunakan kreativiti anda untuk menghias ruang makan serta makanan yang ingin di berikan kepada mereka agar dapat menarik minat mereka

4. Libatkan anak-anak sewaktu proses penyediaan makanan mereka

5. Hadkan pengambilan air sewaktu makan. Jika meminum terlalu banyak air, ini akan mengakibatkan mereka cepat berasa kenyang dan tidak mahu makan lagi.

6. Anda juga boleh cuba memberikan anak anda Mealshakes Shaklee untuk membantu meningkatkan selera makan mereka

Testimoni mealshakes 






Saya sendiri akui, mealshakes ni memang membantu. Cuba bayangkan, anak saya makan nasi sampai 4-5 kali sehari. Pukul 12 tengah malam masih lapar. Sebagai ibu, memang saya seronok sangat dengan perkembangan ini.

Jika dulu, nak suruh makan macam nak berperang dengan mereka. Kini tidak lagi!! Syukur alhamdulillah...

Sekiranya ibu bapa di luar sana tercari-cari makanan tambahan untuk membantu meningkatkan selera makan anak-anak... segeralah dapatkan mealshakes ni..

Tapi awas ye... anak-anak yang alergi dengan susu lembu dan soya tidak di galakkan mengambil mealshakes ini..


My chubby son yang kuat makan

Untuk tempahan mealshakes melalui e-sell, anda boleh klik terus pada link ini. >> Order Mealshakes Shaklee

Pembelian melalui e-sell ini memerlukan kad kredit/debit anda. Bagi mereka yang ingin membuat pembelian terus kepada saya, boleh hubungi saya di nombor telefon di bawah.

*Konsultasi secara percuma akan di berikan kepada anda.. 


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com Shaklee ID :- 1091465 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Resepi Donat Gebu


Assalamualaikum... hai semua...

Kak Tun dan resepi memang tak boleh di pisahkan.. maklumlah memang keluarga kami ni jenis yang suka makan.. hihihi..

So, hari ini Akak Chomell ni nak kongsikan dengan anda resepi donat gebu. Alhamdulillah... memang sedap. 

Kak Tun dapat resepi ni dari teman di facebook.

Resepi Donat Gebu


Resepi nya sangat mudah dan ringkas.. Jom kita lihat di bawah:-

Resepi Donat Gebu

Bahan-bahannya:-
4 cawan tepung gandum
5 sudu kecil gula pasir
2 sudu besar majerin (di cairkan)
Sebiji telur
Sepaket yis (mauripan)
1 cawan air suam

Cara membuatnya:-
Kacau gula bersama air suam. Kemudian masukkan yis dan biarkan sehingga berbuih lebih kurang 5-10 minit. Telur di pukul bersama majerin yang di cairkan tadi. Di dalam besen berasingan, masukkan tepung gandum. Telur dan yis yang telah mengembang tadi di campur bersama dan di tuang ke dalam besen tepung tersebut. Uli sehingga sebati. Kemudian perapkan sehingga doh mengembang dua kali ganda dari saiz asalnya. Bentukkan doh dengan acuan donat agar kelihatan lebih cantik dan menarik. Goreng sehingga kekuning-kuningan dan gaulkan dengan gula halus. Siap untuk di hidangkan.

Mudah kan? Resepi ringkas untuk hidangan sekeluarga. 

Selamat mencuba!!




Monday 24 November 2014

Mengapa Perlu Berhenti Merokok? Apa Kebaikannya Untuk Anda, Keluarga Dan Masyarakat?


Mengapa Perlu Berhenti Merokok? Apa Kebaikannya Untuk Anda, Keluarga Dan Masyarakat?

"Abang, tolonglah berhenti merokok. Dah lama abang berjanji nak berhenti tapi makin kuat merokok adalah. Tak kesian ke pada saya dan anak-anak kita?"..


Pernah tak anda berhadapan dengan situasi seperti ini? Apa yang anda lakukan? Terus menegur? Atau berptutus asa sahaja?

Saya sendiri mengalami situasi ini kerana suami memang seorang perokok tegar. Suami saya merokok sejak dari zaman remaja lagi. Benarlah kata orang, sekali kita terjebak dengan rokok, memang sukar untuk berhenti. 

Namun begitu, masih ada cara untuk membantu para perokok ini. Yang penting kita perlu berusaha tanpa berputus asa.

Pengenalan rokok...

Rokok di hasilkan daripada daun tembakau yang di proses dan di tambah dengan bahan kimia tertentu. Daun tembakau ini di tanam secara meluas di Malaysia. 



Apakah bahan kimia yang terdapat di dalam rokok?

Para perokok tegar sudah pasti tidak membuat kajian mengenai bahan kimia yang terkandung di dalam rokok kan? Sebab itulah mereka bersenang lenang sahaja menghisapnya tanpa memikirkan kesan yang bakal mereka perolehi.

Jom saya bongkarkan untuk tatapan anda semua.



* Nikotin-untuk membolehkan perokok berasa tenang
* Tar- terdiri daripada 4000 bahan kimia
* Sianida- sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano
* Benzena- juga di kenali sebagai bensol iaitu bahan kimia organik yang mudah terbakar
* Cadmium-logam yang sangat beracun dan radioaktif
* Metanol (alkohol kayu)- alkohol yang paling mudah dan juga di kenali sebagai metil alkohol
* Asetilena- sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana
*Amonia-sangat beracun dan mempunyai kombinasi unsur-unsur tertentu
* Formaldehid- cecair yang sangat beracun yang di gunakan untuk mengawetkan mayat
* Hidrogen sianida- racun yang di gunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut
* Arsenik- juga terdapat di dalam racun tikus
* Karbon monoksida- bahan kimia toksik yang di temui dalam asap buangan kereta

Banyaknya bahan kimia yang terdapat di dalam rokok. Masya Allah!!!

Pernah lihat iklan merokok di kaca televisyen? jom saya kongsikan dengan anda iklan yang sangat menyentuh hati ini..





Mengapa perlu berhenti merokok?

Berhenti merokok adalah satu langkah bijak jika anda sayangkan diri, keluarga dan masyarakat. Merokok boleh mengakibatkan banyak masalah kesihatan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi kepada orang di sekeliling juga

Antara penyakit yang di sebabkan oleh rokok ialah:-

-Kanser paru-paru
-Alzheimer
-SLE
-Kanser mulut
-Sindrom bayi mati mengejut
-Mati pucuk
-Hilang penglihatan
-Kanser payudara
-Asthma
-Berdengkur dan banyak lagi

Cara untuk berhenti merokok


1. Lengahkan masa anda ingin merokok
2. Jauhi mereka yang merokok
3. Bersenam
4. Ubah tabiat harian seperti selepas makan mesti merokok
5. Banyakkan membaca tentang keburukan merokok kepada anda
6. Kunyah sesuatu sebagai ganti kepada rokok
7. Dapatkan bantuan makanan tambahan seperti Vitamin E Complex Shaklee dan Vivix Shaklee






Testimoni vivix membantu mereka untuk berhenti merokok







**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK  TEMPAHAN PRODUK?? BOLEH KLIK DISNI >>

Order Vitamin E Shaklee
Order Vivix Shaklee

Untuk pembelian ini, anda perlu memiliki kad kredit/ debit

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk, boleh hubungi saya  Puan Nursimatun di:  012-3789284
 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Sunday 23 November 2014

Tempat Menarik Di malaysia Yang Boleh Di kunjungi Di Musim Cuti Sekolah

Assalamualaikum WBT dan salam mesra untuk semua pembaca vitaminterbaikku...


Cuti sekolah telah pun bermula kan? Saya yakin, anda semua pasti telah merancang lebih awal untuk anda sekeluarga pergi bercuti..

Antara tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati ialah:-

1. Pulau Sipadan di Sabah
Pulau ini sangat cantik dan kaya dengan hidupan lautnya. Memang sangat sesuai berkunjung ke sini bagi mereka yang minat menyelam atau di panggil "scuba diving". Saya juga berpeluang mengunjungi pulau ini ketika menetap di Sabah pada tahun 2008.
Jom kita lihat gambar-gambar menarik pulau ini.





Di semenanjung juga tidak kurang tempat-tempat yang menarik yang boleh di lawati. 

Bagi anda yang mencintai alam semulajadi yang aman damai, boleh berkunjung ke Air Terjun Ulu Yam.. Tempat ni tak jauh dari rumah Kak Tun.. Kalau dulu, boleh di katakan agak kerap kami ke sana tapi sejak musim hujan ni, kami kurangkan aktiviti luar rumah..




Untuk mereka yang sukakan "indoor games" pula, anda boleh membawa anak-anak berkunjung ke Kidzania, Kuala Lumpur. Di sini, anak-anak di dedahkan dengan pelbagai jenis pekerjaan apabila mereka dewasa kelak.






Ini hanyalah sebahagian kecil sahaja tempat menarik yang boleh anda kunjungi bersama anak-anak di musim cuti sekolah ini...

In shaa Allah kak Tun akan kongsikan dengan anda tempat-tempat menarik yang lain di dalam entri akan datang...

Semoga berjumpa lagi...!!


BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com Shaklee ID :- 1091465 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Saturday 22 November 2014

Segmen Blogwalking Sampai Penat!


Menarik tak tajuk entri ni??? Macam best je... Betul tak...? Kak Tun dapat tahu pasal hal ni pun melalui entri seorang CikVita. Rupanya ada blogger wanita yang anjurkan "Segmen Blogwalking Sampai Penat" ni.. Bagus kan idea ni.. 

Segmen Blogwalking Sampai Penat!

Sebelum ni pun Kak Tun ada juga mengajak rakan-rakan untuk blogwalking sesama kami.. Sekurang-kurangnya boleh membantu menaikkan trafik blog masing-masing kan...

Untuk mengetahui syarat-syarat nak join segmen ni, anda boleh lawat blog Anis Nadhilah ni ye.

Benda yang baik haruslah di kongsi bersama. Betul tak kawan-kawan?




 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
 HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF
 CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com
Shaklee ID :- 1091465
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Friday 21 November 2014

Tips Cepat Hamil Untuk Isteri Yang Kerapkali Keguguran: Jom Ikhtiar Sebelum Usia Makin Meningkat!!


Tips Cepat Hamil Untuk Isteri Yang Kerapkali Keguguran: Jom Ikhtiar Sebelum Usia Makin Meningkat!!


Anda tercari-cari cara untuk cepat hamil? Pernah hamil tetapi keguguran?


Sebenarnya terdapat banyak cara untuk cepat hamil ini. Yang penting harus berusaha tanpa rasa jemu atau putus asa baik dari pihak suami mahupun isteri.

Antara tips cepat hamil yang ingin saya kongsikan dengan anda hari ini ialah:-

1. Ketahui tempoh subur. Kita boleh mengira waktu subur dengan berpandukan kalendar ovulasi. 


Untuk lebih mudah memahami cara kiraannya, anda boleh klik link ini>> Cara kira waktu subur 

2. Jaga pemakanan dan diet seharian.



Para doktor seringkali menasihatkan mereka yang ingin hamil agar mengambil asid folik untuk meningkatkan kesuburan. Pemakanan yang seimbang dan sihat juga amatlah penting.

Vitamin Shaklee yang mengandungi asid folik ini ialah B Complex



3. Mengambil vitamin atau makanan tambahan yang mengandungi:-


* Zinc
* Vitamin E
* Vitamin A
* Vitamin C 
* Vitamin D
* Potassium
* Riboflavin
* Thiamin B6
* Niacin


4. Berat badan ideal. Tidak semestinya mereka yang berbadan gempal tidak dapat hamil. Ini semua ketentuan Allah tetapi peluang mereka yang mempunyai berat badan yang ideal ini lebih terbuka luas.

5. Detoks atau mengeluarkan toksin dari tubuh juga salah satu cara untuk mempercepatkan ikhtiar kita untuk hamil. Sebagai contoh, mengambil Alfalfa Complex Shaklee dapat menyingkirkan toksin-toksin di dalam badan di samping meningkatkan tahap kesuburan.


Air detoks juga boleh di cuba sebagai salah satu cara untuk mengeluarkan toksin dari badan. Bagi anda yang ingin mencuba air detoks buatan sendiri boleh lihat resepinya disini>> Resepi air detoks

6. Lakukan hubungan intim lebih kerap juga turut menyumbang kepada cara untuk mempercepatkan proses kehamilan. Sebaiknya, lakukan hubungan kelamin tanpa paksaa dan di dalam keadaan yang stress. Bertenanglah... nikmati saat-saat indah anda berdua.

7. Bertemu doktor pakar dan ketahui punca masalah. Sebaiknya, buatlah temujanji dengan doktor pakar anda. Buat pemeriksaan kesihatan bagi anda suami isteri. Jangan hanya sebelah pihak sahaja.

8. Pelajari posisi seks yang betul. Ops, ini bukan untuk mereka yang di bawah unur dan yang belum berkahwin ya!! Teknik-teknik serta posisi ketika melakukan hubungan kelamin juga amat penting untuk membantu pasangan yang bermasalah.

9. Jauhi rokok , minuman berkafien dan beralkohol. Ini kerana mengikut kajian, mereka yang merokok dan mengambil minuman berkafien ini mengalami kurang tahap kesuburan berbanding mereka yang tidak merokok dan meminum kafien.

10. Berikhtiar dengan Set subur Shaklee.


11. Berdoalah kepada Allah setelah kita berusaha... In shaa Allah dengan doa dan harapan yang tidak pernah padam, impian kita akan menjadi kenyataan. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com
Shaklee ID :- 1091465
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]