.

Sunday, 16 November 2014

Resepi Kerabu Kacang Botol Bersama Isi Ayam

Assalamualaikum semua...


Agak lama Kak Tun tidak berkongsi resepi dengan anda. Hujung minggu begini, masa terluang agak banyak. Masak pun boleh lah buat yang sedap-sedap sikit kan?

Resepi Kerabu Kacang Botol Bersama Isi Ayam


Sebenarnya Kak Tun teringat masa jamuan Hari keluarga di Sandakan, Sabah pada tahun 2012. Masa tu jamuan di buat di hotel. Ada menu kerabu kacang botol ni tetapi dah tentu chef hotel masak lagi sedap kan... hihihi....



Kak Tun memang suka sangat makan kacang botol ni. Kadang-kadang cicah bersama budu sahaja. Biasalah orang Kelantan, budu tu tak sah kalau tak ada... hihihi...

Dalam entri hari ini, Kak Tun nak kongsikan dengan anda satu resepi mudah dan sedap.

Jom kita lihat bahan-bahan untuk menyediakan RESEPI KERABU KACANG BOTOL INI..

Kerabu Kacang Botol Bersama Isi Ayam

Bahan-bahannya:-

5-6 batang kacang botol muda( dihiris nipis)
3-4 ulas bawang merah (dimayang)
Sebiji cili merah (dihiris nipis)
3-4 biji cili padi ( di hiris dan jika mahukan lebih pedas, boleh tambah)
Segenggam kelapa parut yang di sangai ( digoreng tanpa minyak)
Isi ayam (Kak Tun ambil bahagian dadanya. Di goreng hingga masak. Kalau nak panggang atau bakar pun boleh saja)
Sebiji limau nipis ( dipotong dan di perah airnya)
Garam dan gula secukup rasa


Cara penyediaan:-

Masukkan semua bahan di atas di dalam bekas yang agak besar. Gaulkan biar sekata. Siap dihidangkan.


Mudah tak???
Sangat-sangat mudah kan?
Cepat je siap. terus boleh makan..

Kalau nak rasa sedap atau tak, boleh lah cuba di rumah nanti...


Selamat mencuba!


37 comments:

  1. Sedapnya kerabu kacang botol nie....mak selalu buat masa saya sekolah dulu. Sekarabg dah berkeluarga jadi jarang makan resepi ni. Terima kasih kak Tun kongsi resepi ini.


    Gagal Bendung gejala Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah

    ReplyDelete
  2. Kak siti pun suka kacang botol....tapi sejak suami tak makan nasi ni nak beli ulam pun malas dah...tak boleh nak berebut ulam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, abg kak siti diet ye.. xpeah, balik kmpg mesti nk makan dgn family kan... masa tu boleh cuba buat ..

      Delete
  3. Sedapnya resipi tu kak tun..!!! Saya kalau bab-bab kerabu nie memang nombor 1. Favourite nie.. ^_^*

    JommSihatDanCantik -> PROSES PERJALANAN PENUAAN KULIT MANUSIA

    ReplyDelete
  4. Wow, sedapnya resepi ni. Kat belakang rumah ila memang ada pokok kacang botol, nanti bolehlah cuba resepi ni.
    Baca Bagaimana Merawat Keputihan Wanita

    ReplyDelete
  5. Saya suka makan ulam camtu jer kacang botol..rangup rasa...kat kampung tanam tepi rumah jer tumbuh menjalar..

    Belian Secara Online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Pokok ni senang hidup... org2 tua kat kmpg mmg suka tanam kan. kita kat bandar kenalah beli di kedai... huhuhu

      Delete
  6. Wahhh sedapnya..boleh lah try..kebetulan mmg ada kacang botol dan ayam kt rumah ni..tq k.tun☺

    Jemput baca: Kawal Tahap Gula Kencing Manis Untuk Elak Abah Kena Potong Anggota Kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat2 cuba... musim hujan ni kalau kena dengan nasi panas mmg sedap... hihi

      Delete
  7. suka ulam kacang botol ni..penah jugak buat kerabu nie....best..tukar2 selera...tq tun..

    Tips Elak Dari Ditipu Peniaga Online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tukar selera. Welcome kak zie

      Delete
  8. Saya memang ♡♡♡ kerabu.. tak kira la letak ulam apa sekalipun. Nyum3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus amalkn ulam2 ni... awet muda kit nanti... hihi

      Delete
  9. Replies
    1. Takpelah mama, janji kita makan ulam2an. itu yg lebih berkhasiat kan?

      Delete
  10. Sedapnye kerabu kacang botol ni...favourite nabila ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Anak ktun ratah je kerabu ni... nyum nyum nyum

      Delete
  11. Terliur sekejap tgk kerabu kak tun ni..nasi kerabu pun i like.. Hehe

    Super Mama Jom Kurus >>> Tiada Masa Bukan Alasan 'Super Mama' Untuk Kurus!

    ReplyDelete
  12. X pernah lg buat kerabu kacang botol..penah cicah ngan budu atau sambal belacan je

    sirap merah untuk kesihatan

    ReplyDelete
  13. Sedap ni kalau ratah macam tu..sihat dan simple.salah 1 makanan yang kurang kalori

    RESIPI DORAYAKI KEGEMARAN DORAEMON

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... memang ratah pun. Nasi dah abis, kak tun ngan anak2 ratah kerabu ni pulak. kikiki

      Delete
  14. Tak pernah buat lagi ni.Org sini cecah sambal Belacan..hihi

    matang-family-park

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cicah sambal belacan pun sedap juga .. menu sihat kita kan...

      Delete
  15. Sedapnyaaa.. Saya Suka Sgt kacang ni.. Boleh try la kak tun.. Br tau kata cmpur ayam sedap. Nmpak pun Sdap.. Tq kak share.
    JANGAN SESEKALI MENGGONCANG BAYI ANDA!!

    ReplyDelete
  16. Resepi kesihatan ini. Bagus untuk orang yang sedang berdiet. Kalori kurang dan kolesterol pun kurang. Hanya sedikit cebisan ayam dan kelapa parut saja. Nanti nak cuba tak pernah pula rasa.

    ReplyDelete
  17. resepi yang ringkas. boleh cuba ni. mesti sedap rasanya.

    ReplyDelete
  18. Versi ni tak pernah buat..kalo buh kerang selalu buat.tq kak tun share resepi yg simple tp best.

    ReplyDelete
  19. Wahhh sedap yer kerabu kacang botol, berselera kalau makan nasi tgh panas-panas lagi, tp sy x pernah buat sendiri lagi, tahu makan jer:)

    ReplyDelete
  20. Sedap... dah lame xmakan... lupe resipi....
    mohon tiru yek resipi nie... hehehehe

    ReplyDelete
  21. Kita suka kerabu manga.. sedapnya masam-masam. Kecur dah lidah. Hehe

    ReplyDelete
  22. senang aje...memang suka makan kacang botol,lepas ni bolehla cuba buat

    ReplyDelete