.

Tuesday 29 September 2015

Menu Berpantang Untuk Isteri Yang Suami Pun Boleh Masak...!! Oh, Mudahnya!!



Menu Berpantang Untuk Isteri Yang Suami Pun Boleh Masak...!! Oh, Mudahnya!!


Pantang! Pantang! Pantang!

Asal lepas bersalin je nak kena pantang. Penting ke berpantang ni? Apa yang nak kena pantang sebenarnya?

Pantang jumpa ke pantang betul-betul?? Soalan ini hanya si ibu sendiri yang mampu menjawabnya. Tepuk dada tanya iman masing-masing. Kuatkah diri anda untuk berpantang selepas melahirkan anak?

Tempoh berpantang bagi masyarakat melayu biasanya selama 44 hari. Manakala bagi masyarakat cina dan india pula selama 30 hari.

Bolehkah suami sediakan menu berpantang ini?

Ya, sudah semestinya suamilah orang yang paling layak menyediakan segala keperluan isteri setelah melahirkan anak. Suami perlu ada ilmu dalam menguruskan situasi sebegini. Isteri telah berkorban dan menyabung nyawa melahirkan zuriat. Apa salahnya jika suami pula yang ambil alih? Betul tak?

Apakah menu yang mudah yang boleh suami sediakan?


1. Ikan Masin bakar bersama nasi putih dan lada hitam. Pengalaman saya dahulu, ibu saya selalu menyediakan ikan gelama kering yang di bakar bersama nasi panas. Lada hitam hanya sekadar di tumbuk. Memang menyelerakan.

Cara penyediaan:-
Ikan masin (apa-apa jenis ikan asalkan yang tidak gatal) perlu di bersihkan terlebih dahulu. Biasanya ikan gelama masin menjadi pilihan.
Bakar di atas api ( jika di atas bara arang, ia lebih sedap) sederhana sehingga masak.
Hidang bersama nasi panas.

2. Ayam atau daging bakar bersama sayur sawi masak air. Ini juga menu pilihan saya. 

Cara penyediaan:-
Perap ayam atau daging bersama garam dan kunyit seketika. Bakar sehingga masak. Untuk sayur sawi pula. tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau. Gunakan sedikit minyak sahaja. masukkan sayur sawi, air serta sedikit lada hitam dan garam.

3. Sup ayam

Cara penyediaan:-
Ini juga menu ringkas yang suami boleh sediakan. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Isikan sup bunjut dan isi ayam bersama air dan garam secukup rasa. Renehkan dengan api kecil. Apabila siap, hidangkan bersama nasi panas.

4. Sup ikan haruan

Ini merupakan menu utama bagi ibu berpantang dari zaman dulu kala lagi. Ikan haruan mengandungi zinc yang boleh membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Cara penyediaannya seakan-akan membuat sup ayam. Sungguh mudah.

5. Sambal tok-tok

Cara penyediaan:-
Lazimnya sambal ini disediakan oleh masyarakat Jawa di Johor. Ia hanya menggunakan ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Kesemua bahan ini ditumbuk dan digoreng dengan sedikit minyak. Sungguh menyelerakan.

Sebenarnya terdapat banyak lagi menu yang bersesuaian yang boleh di sediakan oleh para suami. Kebiasaanya ia mengikut negeri atau tempat tinggal masing-masing. 

Jika anda mempunyai menu ketika berpantang yang simple dan mudah di sediakan, sila lah berkongsi dengan saya di ruangan komen di bawah.

Selamat mencuba encik suami!!





Rujukan: myhealth.gov
               wanita islam kini
                        pamapedia



**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 

HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Sunday 27 September 2015

7 Cara Atasi Migrain Ketika Hamil... Makin Teruk Bila Perut Makin Membesar.. Apa Nak Buat Ni?



7 Cara Atasi Migrain Ketika Hamil... Makin Teruk Bila Perut Makin Membesar.. Apa Nak Buat Ni?


Assalamualaikum wbt...


Pengalaman migrain ketika hamil ini tidak pernah saya alami sendiri. Saya pernah mengalaminya ketika di zaman saya belajar dahulu. Memang menyeksakan. Rasa seperti mahu cabut aje kepala sendiri. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Ramai dikalangan ibu hamil mengalami masalah sakit kepala atau migrain ini. Keadaan ini menjadi semakin rumit kerana ibu hamil tidak boleh mengambil ubat-ubatan sembarangan. Mereka perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Dengan pertambahan usia kandungan akan menyebabkan perubahan hormon di dalam badan si ibu.

Bagaimanakah cara untuk ibu hamil mengatasi masalah migrain ini? Suami juga perlu tahu dan bersedia sekiranya isteri anda menunjukkan simptom-simptom migrain ini.

Antara petua yang boleh di amalkan untuk mengatasi masalah migrain di kalangan ibu hamil ini ialah:-

1. Berehat di dalam bilik yang gelap. Cara ini boleh memberi ketenangan. Cahaya yang berlebihan menyebabkan migrain bertambah teruk.


2. Merendam tangan di dalam air yang sejuk. Cara ini membantu anda mengurangkan migrain dengan lebih cepat.



3. Meletakkan kain basah atau ais di kepala.

4. Mengambil sedikit kafien. Jangan berlebihan kerana ia mungkin akan memudaratkan kandungan.

5. Mengambil vitamin yang sesuai untuk ibu hamil seperti ostematrix dan b complex. Kedua-dua vitamin ini bukan sahaja sesuai untuk ibu hamil, malah mereka yang tidak hamil juga boleh amalkannya.  


Sebaiknya elakkanlah pengambilan panadol secara berterusan. Cuba amalkan kaedah semulajadi yang lebih selamat.

6. Sapu minyak angin di bahagian tepi kepala adakalanya juga boleh membantu meredakan migrain. Suami saya sendiri seringkali menggunakan minyak angin dan air yang di letakkan di kepala. Lakukan urutan ringan. In shaa Allah boleh membantu

7. Berbaring juga boleh membantu melegakan migrain. Ambil sedikit masa dengan berehat dan lelapkan mata anda.


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 

HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Friday 25 September 2015

Pedih Ulu Hati Ketika Hamil? Apa Yang Boleh Anda Lakukan?


Pedih Ulu Hati Ketika Hamil? Apa Yang Boleh Anda Lakukan?


Kebelakangan ini, kerap pula kita dengar ibu-ibu mengalami masalah pedih ulu hati. Dah lah sarat hamil, masalah lain pula yang datang. Apa yang menyebabkan masalah ini berlaku? Apa puncanya?

Definisi 

Pedih ulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian korongkong. Ia adalah sejenis ketidakhadaman yang biasa. 
Pedih ulu hati tiada kaitannya dengan jantung.

Punca

Keadaan ini disebabkan oleh asid perut. Kajian mendapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalami hampir setiap hari. 

Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati.

Tanda-tanda ketidakhadaman

Antara simptom yang kerap di alami ialah:-

* Rasa tidak selesa, sakit dada atau kejang di bahagian perut
* Sendawa
* Rasa loya dan tiada selera makan
* Rasa kembung atau penuh di bahagian perut

Bagaimana ia terjadi?



Pedih ulu hati ini terjadi apabila asid perut tertolak naik ke bahagian esofagus(refluks) dan menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus. Refluks ini terjadi di sebabkan oleh injap yang memisahkan esofagus dan perut tidak tertutup dengan sempurna.

Faktor penyebab pedih ulu hati

1. Mengambil makanan pedas, berempah dan coklat
2. Pengambilan kafien dan alkohol
3. Makan dalam kuantiti yang banyak dan tidak dihadam dengan sempurna
4. Melakukan aktiviti fizikal sejurus selepas makan
5. Diet rendah serat
6. Berat badan berlebihan
7. Mengalami tekanan dan kemurungan
8. Merokok
9. Hamil
10. Memakai sesuatu yang terlalu ketat di bahagian pinggang seperti tali pinggang yang ketat
11. Mengambil ubat-ubatan tertentu seperti aspirin dan lain-lain.

Apa langkah yang boleh di ambil untuk mengatasi masalah ini?

Anda perlu mengubah cara diet dan cara hidup untuk mencegah masalah pedih ulu hati ini. Selain itu, bantuan ubat-ubatan juga boleh di ambil tetapi atas nasihat doktor terutamanya bagi ibu hamil. 

Antara cara lain untuk mengatasi masalah pedih ulu hati bagi ibu hamil ialah dengan mengambi supplement seperti ESP , ostematrix dan peppermint ginger.

RM150 




RM61







RM45



Ketiga-tiga jenis vitamin ini sangat sesuai dan selamat di alamkan oleh ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang nanti.

Testimoni pengguna

#1




#2


#3



#4



#5





 **This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 




 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF 
WHATSAPP:- 012-3789284 Shaklee ID :- 1091465 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Wednesday 23 September 2015

Kenapa Makan Shaklee Tak Berkesan?


Kenapa Makan Shaklee Tak Berkesan?


Salam semua...

Shaklee ni kalau tidak di landa kontroversi, memang tidak sah orang kata. Setiap bulan ada sahaja kontroversi yang melanda produk-produk Shaklee ni.. 

Tak mengapalah, biarkan sahaja mereka yang "suka mengambil berat" pasal Shaklee itu meneruskan kerja yang tidak mendatangkan faedah itu. Biasanya fitnah-fitnah ini akan berlalu di bawa arus masa. Penat bercerita, diamlah mereka nanti. Betul tak?

Seringkali kita mendengar orang di luar sana bercerita mengenai Shaklee ni... Macam-macam ceritanya.. Tidak berkesan lah..Ada kesan sampinganlah...


Benarkah Shaklee ni tak berkesan?    

Mari kita lihat apa yang menyebabkan mereka berkata yang Shaklee ini tidak berkesan....

1. Tidak mengambil air putih/air kosong/air masak/plain water dengan kadar yang sepatutnya. Air putih haruslah di minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau mengikut berat badan masing-masing

Air putih tidak mengandungi kalori dan sangat baik untuk kesihatan kita.



2. Elakkan memakan vitamin Shaklee bersama ubat. Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan dari klinik atau hospital, pastikan anda tidak memakannya serentak bersama vitamin Shaklee. Ia seharusnya di jarakkan dalam tempoh masa 2 hingga 3 jam. 

Ini untuk mengelakkan kecelaruan tubuh badan untuk mengesan keberkesanan ubat dan vitamin yang di ambil. Sebaiknya dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

3. Meminum kafien ketika mengambil vitamin Shaklee juga merupakan satu faktor utama mengapa Shaklee tidak berkesan kepada tubuh anda. Pengambilan kafien dan minuman bergas akan menyebabkan hilangnya khasiat vitamin tersebut. Dengan kata mudah, sia-sia sahaja anda mengambil vitamin sekiranya kafien masih anda ambil.

Sekiranya anda memang penggemar tegar kafien, cubalah untuk mengurangkan minuman ini dalam diet seharian anda.. Seeloknya jarakkan masa jika anda mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee ini.

4. Mengambil terlalu banyak vitamin serentak dalam satu masa juga boleh menyebabkan kurang keberkesanannya.. Setiap vitamin Shaklee mempunyai jadual makannya yang tertentu. Jadi, nasihat saya, anda perlu mendapatkan produk Shaklee daripada pengedar sah dan yang boleh memberikan konsultasi istimewa sepanjang anda mengamalkan produk ini.

5. Pengambilah vitamin Shaklee juga mempunyai pantang larang tertentu. Sebagai contoh, Vitalea tidak boleh di ambil bersama produk tenusu. Sebaiknya anda dapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu sebelum mengkonsumi produk ini. Cari pengedar yang sah dan boleh memberi bimbingan pemakanan kepada anda.






**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 

HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Monday 21 September 2015

6 Tips Mudah Atasi Masalah Kencing Kotor Di Kalangan Ibu Hamil


5 Tips Mudah Atasi Masalah Kencing Kotor Di Kalangan Ibu Hamil

Assalamualaikum WBT..


Masalah kencing kotor di kalangan wanita hari ini bukanlah satu perkara baru terutamanya bagi ibu hamil. Masalah ini dapat di kesan dengan membuat ujian air kencing di klinik. Ia boleh memudaratkan sekiranya tidak di atasi dengan segera.

Punca

Ia di katakan berpunca daripada kuman yang berasal dari kulit dubur faraj atau lubang dubur. Kuman akan bergerak ke pundi kencing dan menyebabkan berlakunya jangkitan.

Antara punca lain adalah seperti tabiat mengelap dari belakang ke depan, kawasan kemaluan di sentuh dengan tangan @ zakar yang kotor.

Simptom atau tanda 

*Kerap kencing tetapi gagal mengeluarkan air kencing dalam kuantiti yang banyak
*Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk
*Terasa pedih atau sakit ketika membuang air kecil
*Terasa pedih atau sakit ketika mengadakan hubungan seks
*Demam atau badan berasa tidak selesa(seram sejuk)

Risiko kepada ibu dan bayi dalam kandungan

1. Boleh menyebabkan kerosakan pada ginjal sekiranya tidak di rawat. Paling kritikal ia boleh membawa maut!
2. Boleh mengakibatkan kelahiran pra matang. berat bayi juga kurang

5 tips mudah atasi masalah kencing kotor

1. Minum air masak secukupnya. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau bersamaan 2 liter. Ini bergantung kepada berat badan masing-masing.




2. Jangan tahan kencing. Segera ke tandas sekiranya anda terasa hendak membuang air kecil.

3. Mencuci kemaluan dari depan ke belakang dan bukan sebaliknya. 

4. Pakai seluar dalam daripada material cotton yang longgar dan mudah meresap.

5. Minum air barli. Ini adalah petua orang lama. Boleh di cuba dan in shaa Allah boleh juga membantu.

6. Mengambil set kencing kotor shaklee seperti garlic complex. Sekiranya anda tidak hamil, boleh di ambil bersama alfalfa complex


Testimoni pengguna






**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 

HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Saturday 19 September 2015

5 Petua Atasi Sembelit Ketika Hamil. Aduh, Seksanya!



5 Petua Atasi Sembelit Ketika Hamil. Aduh, Seksanya!


Sembelit!

Seriau, ngeri, takut, seksa... Semua bercampur baur kan? Ramai dikalangan bakal ibu dan ibu yang dalam tempoh berpantang mengalami masalah sembelit ini.

Apakah yang menyebabkan masalah sembelit ini terjadi?

Sembelit sebenarnya bukanlah suatu penyakit tetapi ia merupakan satu gejala di mana seseorang itu mengalami simptom-simptom seperti:-

1. Kurang membuang air besar~ kurang dari 3 kali seminggu
2. Najis keras
3. Perut kerap kembung, kekejangan atau sakit 
4. Meneran untuk membuang air besar dan hanya berjaya di lakukan setelah sepenuh tenaga di keluarkan

Punca sembelit

1. Kurang meminum air masak
2. Kurang pengambilan serat
3. Selalu menahan diri dari membuang air besar dan bertangguh
4. Perubahan hormon terutamannya ketika mengandung
5. Otot perut dan usus yang lemah kerana peningkatan umur
6. Kurang bersenam
7. Mengambil ubat-ubatan tertentu


Berdasarkan pengalamn diri sendiri yang mengalami sembelit ini, ia amat membuatkan saya trauma sepanjang hayat. Masakan tidak, saya mengalami masalah sembelit ketika berpantang. Sungguh menyeksakan.

Bagi ibu hamil yang mengalami masalah sembelit pula, anda boleh mengamalkan beberapa petua untuk mengatasi masalah ini.

Antara petua yang boleh di amalkan ialah:-

1. Banyakkan memakan buah-buahan yang mengandungi air seperti tembikai.

2. Bersenam~ Hanya lakukan senaman ringan. Tidak perlu lakukan senaman yang berat keran dikhuatiri menjejaskan kandungan

3. Mengambil makanan yang banyak mengandungi serat

4. Memakan makanan panas dan sejuk secara berselang seli. Sebagai contoh, memakan pisang goreng panas dan diikuti meminum jus buah yang sejuk

5. Mengambil supplemen yang boleh membantu melembutkan najis seperti ostematrix shaklee

Ibu hamil ini adakalanya amat susah untuk meminum air dalam kuantiti yang banyak tetapi jika anda mengambil jumlah air masak yang mencukupi, in shaa Allah ia boleh membantu.

Sembelit boleh di atasi sekiranya ibu-ibu menjalani amalan hidup yang sihat. Pemakanan haruslah seimbang. Sebaiknya amalkan vitamin yang boleh membantu mengatasi masalah ini ketika hamil sehinggalah anda melahirkan anak kelak.

Jika ia tidak diatasi, kemungkinan besar, masalah sembelit anda akan berlanjutan sehingga tempoh berpantang. Jika ia serius, anda mungkin boleh menghidap masalah yang lebih besar seperti buasir!

Jangan biarkan ia berlanjutan. Cegah sebelum parah!



**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 

HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Thursday 17 September 2015

Apa Itu Fibroid? Gejala, Penyebab Dan Bagaimana Cara Mengatasinya...


Apa Itu Fibroid? Gejala, Penyebab Dan Bagaimana Cara Mengatasinya...



Assalamualaikum WBT.. salam sejahtera...

Definisi fibroid 

Fibroid ialah pertumbuhan sel tidak normal pada rahim (uterus) wanita. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti:-

* Fibroid uterus
* Fibromiom
* Miom
* Fibro leiomiom
* Leiomiom uteri

Jenis-jenis fibroid

1. Fibriod subserosa-  kebiasaannya tumbuh diluar dinding rahim

2. Fibroid submukosa- kebiasaannya tumbuh di bawah permukaan rahim namun dapat menjalar hingga ke rahim

3. Fibroid miometrial- biasanya ditemui pada dinding otot rahim

4. Fobroid pedunkulata- kebiasaannya tumbuh di luar rahim namun menempel pada dasar atau tangkai rahim



Gejala fibroid

Gejala utama pesakit fibroid ialah haid yang banyak dan senggugut yang teruk.

Antara gejala-gejala lain adalah seperti:-

* Sembelit
* Kerap buang air kecil
* Tekanan pada dubur/pelvis
* Ngilu ketika mengadakan hubungan intim bersama suami
* Ngilu pada kaki dan punggung
* Perut kembung

Info lanjut mengenai gejala fibroid ini boleh anda dapati disini

Penyebab fibroid

Penyebab sebenar terjadinya fibroid ini belum diketahui. Menurut fakta sebanyak 40% wanita yang mengalami masalah fibroid ini dan hanya 20% yang benar-benar memerlukan rawatan. 

Mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap fibroid mempunyai 3 kali ganda risiko untuk menghidap penyakit yang sama.

Bagaimana fibroid dikesan?

Ia boleh dikenalpasti melalui kaedah ultrasound. Untuk pengetahuan pembaca, fibroid juga merupakan salah satu punca rahim di buang!

Rawatan untuk fibroid


Kebanyakan fibroid tidak perlu di rawat kecuali ia memberi masalah kepada pesakit. Jika fibroid anda kecil dan tidak menunjukkan sebarang gejala, ia hanya memerlukan pemantauan yang kerap. Ia boleh dilakukan dengan imbasan scan.

Biasanya doktor akan meberi saranan kepada pesakit berpandukan kepada :-

1. Sakit yang serius dan pendarahan yang banyak ketika haid
2. Fibroid tumbuh dengan cepat dan saiznya terlalu besar
3. Faktor umur
4. Keinginan mempunyai anak

Kaedah rawatan yang di sarankan oleh doktor boleh baca disini



Antara supplemen shaklee yang di cadangkan untuk merawat masalah fibroid ini ialah GLA, Carotomax, Vitamin E
dan Vitamin C







Testimoni pengguna

#1

#2



#3



#4



#5






**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Tuesday 15 September 2015

Jom Kenali Tanda-tanda Awal Bersalin... Panduan Bagi Ibu-ibu Muda Yang Pertama Kali Melahirkan Anak



Jom Kenali Tanda-tanda Awal Bersalin... Panduan Bagi Ibu-ibu Muda Yang Pertama Kali Melahirkan Anak
Gambar hiasan ihsan dari blog pama


Assalamualaikum... WBT.

Ramai dikalangan ibu-ibu muda hari ini terutamanya yang baru pertama kali hamil tidak mengetahui tanda-tanda awal bersalin. Tanda-tanda awal ini menunjukkan keadaan di mana tubuh seorang ibu telah bersedia untuk mengalami proses kelahiran.



Menurut sumber dari blog pama terdapat 3 tanda awal bersalin...

1. Show

Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya ia berbentuk lendir atau darah yang keluar melalui vagina ibu. Jika mengalami tanda-tanda ini tidak perlu segera ke hospital kerana ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum bersalin.

2. Kontraksi

Keadaan ini menyebabkan perut menegang setiap 10 minit. Paling kerap ia berlaku setiap 20 saat bagi setiap kontraksi. Jika ia adalah kontraksi sebenar, ia perlulah konsisten dan semakin bertambah kuat. Jika anda melalui kontraksi seperti ini, anda haruslah segera ke hospital untuk mendapat pemantauan daripada doktor tetapi jika sebaliknya ( kontraksi pada tempoh 10 minit, kemudian 40 minit, selanjutnya 5 minit) itu bukanlah kontraksi sebenar.

3. Pecah air ketuban

keadaan ini berlaku apabila terjadinya pancutan air dengan jumlah yang banyak. Perlu diperhatikan air yang keluar tersebut adalah jernih dan tidak berwarna. Namun sekiranya air yang keluar itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika di dalam kandungan. Jika anda mengalami tanda-tanda seperti ini, segeralah ke hospital berdekatan. Jangan dibiarkan berlanjutan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Air ketuban berbeza dengan air kencing. Untuk mengetahui sama ada air yang keluar itu adalah air ketuban, ia keluar tanpa anda rasa seperti membuang air kecil.



Bagi saya sendiri, hanya pengalaman mengalami kontraksi sahaja yang berlaku. Saya tidak mengalami tanda seperti keluar darah atau pecah air ketuban. Alhamdulillah, ketiga-tiga orang anak saya semuanya mengalami kontraksi. Air ketuban hanya di pecahkan oleh doktor.

Tapi AWAS!!

Tidak semua tanda di atas di alami oleh setiap orang. Walaupun ia tanda-tanda awal bersalin, anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mendapati kurang pergerakan bayi. Pergerakan normal bagi bayi dalam tempoh 12 jam ialah 10 kali. Jika kurang, segera ke hospital. Ia dikhuatiri menyebabkan bayi lemas dalam kandungan.

Tanda-tanda bersalin bagi setiap ibu adalah tidak sama. Maka, kita perlulah sentiasa bersedia untuk melalui detik-detik terindah dalam hidup kita itu...

Ibu-ibu dah ada set bersalin dan berpantang?  Jika belum, boleh buat survey set berpantang shaklee ni... Anda pasti teruja dengan testimoni pengguna set ini...


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF
WHATSAPP:- 012-3789284
Shaklee ID :- 1091465
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]