.

Sunday 27 September 2015

7 Cara Atasi Migrain Ketika Hamil... Makin Teruk Bila Perut Makin Membesar.. Apa Nak Buat Ni?



7 Cara Atasi Migrain Ketika Hamil... Makin Teruk Bila Perut Makin Membesar.. Apa Nak Buat Ni?


Assalamualaikum wbt...


Pengalaman migrain ketika hamil ini tidak pernah saya alami sendiri. Saya pernah mengalaminya ketika di zaman saya belajar dahulu. Memang menyeksakan. Rasa seperti mahu cabut aje kepala sendiri. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Ramai dikalangan ibu hamil mengalami masalah sakit kepala atau migrain ini. Keadaan ini menjadi semakin rumit kerana ibu hamil tidak boleh mengambil ubat-ubatan sembarangan. Mereka perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Dengan pertambahan usia kandungan akan menyebabkan perubahan hormon di dalam badan si ibu.

Bagaimanakah cara untuk ibu hamil mengatasi masalah migrain ini? Suami juga perlu tahu dan bersedia sekiranya isteri anda menunjukkan simptom-simptom migrain ini.

Antara petua yang boleh di amalkan untuk mengatasi masalah migrain di kalangan ibu hamil ini ialah:-

1. Berehat di dalam bilik yang gelap. Cara ini boleh memberi ketenangan. Cahaya yang berlebihan menyebabkan migrain bertambah teruk.


2. Merendam tangan di dalam air yang sejuk. Cara ini membantu anda mengurangkan migrain dengan lebih cepat.



3. Meletakkan kain basah atau ais di kepala.

4. Mengambil sedikit kafien. Jangan berlebihan kerana ia mungkin akan memudaratkan kandungan.

5. Mengambil vitamin yang sesuai untuk ibu hamil seperti ostematrix dan b complex. Kedua-dua vitamin ini bukan sahaja sesuai untuk ibu hamil, malah mereka yang tidak hamil juga boleh amalkannya.  


Sebaiknya elakkanlah pengambilan panadol secara berterusan. Cuba amalkan kaedah semulajadi yang lebih selamat.

6. Sapu minyak angin di bahagian tepi kepala adakalanya juga boleh membantu meredakan migrain. Suami saya sendiri seringkali menggunakan minyak angin dan air yang di letakkan di kepala. Lakukan urutan ringan. In shaa Allah boleh membantu

7. Berbaring juga boleh membantu melegakan migrain. Ambil sedikit masa dengan berehat dan lelapkan mata anda.


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 

HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

0 comments:

Post a Comment