.

Tuesday 15 September 2015

Jom Kenali Tanda-tanda Awal Bersalin... Panduan Bagi Ibu-ibu Muda Yang Pertama Kali Melahirkan Anak



Jom Kenali Tanda-tanda Awal Bersalin... Panduan Bagi Ibu-ibu Muda Yang Pertama Kali Melahirkan Anak
Gambar hiasan ihsan dari blog pama


Assalamualaikum... WBT.

Ramai dikalangan ibu-ibu muda hari ini terutamanya yang baru pertama kali hamil tidak mengetahui tanda-tanda awal bersalin. Tanda-tanda awal ini menunjukkan keadaan di mana tubuh seorang ibu telah bersedia untuk mengalami proses kelahiran.



Menurut sumber dari blog pama terdapat 3 tanda awal bersalin...

1. Show

Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya ia berbentuk lendir atau darah yang keluar melalui vagina ibu. Jika mengalami tanda-tanda ini tidak perlu segera ke hospital kerana ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum bersalin.

2. Kontraksi

Keadaan ini menyebabkan perut menegang setiap 10 minit. Paling kerap ia berlaku setiap 20 saat bagi setiap kontraksi. Jika ia adalah kontraksi sebenar, ia perlulah konsisten dan semakin bertambah kuat. Jika anda melalui kontraksi seperti ini, anda haruslah segera ke hospital untuk mendapat pemantauan daripada doktor tetapi jika sebaliknya ( kontraksi pada tempoh 10 minit, kemudian 40 minit, selanjutnya 5 minit) itu bukanlah kontraksi sebenar.

3. Pecah air ketuban

keadaan ini berlaku apabila terjadinya pancutan air dengan jumlah yang banyak. Perlu diperhatikan air yang keluar tersebut adalah jernih dan tidak berwarna. Namun sekiranya air yang keluar itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika di dalam kandungan. Jika anda mengalami tanda-tanda seperti ini, segeralah ke hospital berdekatan. Jangan dibiarkan berlanjutan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Air ketuban berbeza dengan air kencing. Untuk mengetahui sama ada air yang keluar itu adalah air ketuban, ia keluar tanpa anda rasa seperti membuang air kecil.



Bagi saya sendiri, hanya pengalaman mengalami kontraksi sahaja yang berlaku. Saya tidak mengalami tanda seperti keluar darah atau pecah air ketuban. Alhamdulillah, ketiga-tiga orang anak saya semuanya mengalami kontraksi. Air ketuban hanya di pecahkan oleh doktor.

Tapi AWAS!!

Tidak semua tanda di atas di alami oleh setiap orang. Walaupun ia tanda-tanda awal bersalin, anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mendapati kurang pergerakan bayi. Pergerakan normal bagi bayi dalam tempoh 12 jam ialah 10 kali. Jika kurang, segera ke hospital. Ia dikhuatiri menyebabkan bayi lemas dalam kandungan.

Tanda-tanda bersalin bagi setiap ibu adalah tidak sama. Maka, kita perlulah sentiasa bersedia untuk melalui detik-detik terindah dalam hidup kita itu...

Ibu-ibu dah ada set bersalin dan berpantang?  Jika belum, boleh buat survey set berpantang shaklee ni... Anda pasti teruja dengan testimoni pengguna set ini...


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF
WHATSAPP:- 012-3789284
Shaklee ID :- 1091465
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]



0 comments:

Post a Comment