.

Friday 21 August 2015

Susut Berat Badan Gara-Gara Stress Dengan Masalah Ruam Pada Bayi!!!Tergaru-garu Sehingga Berdarah! Akhirnya.....??


 Susut Berat Badan Gara-Gara Stress Dengan Masalah Ruam Pada Bayi!!!Tergaru-garu Sehingga Berdarah! Akhirnya.....??



Assalamualaikum... Salam Jumaat semua..

Ada kisah seorang ibu muda yang baru pertama kali melahirkan anak. Berat badan susut mendadak. Memanglah ramai yang susut berat badan selepas melahirkan tetapi kalau terlalu mendadak ni mesti ada sebabnya. Betul tak?

Al maklumlah baru anak pertama. Sama seperti ibu-ibu lain. Masih ramai lagi yang tidak tahu tentang penjagaan bayi. Ada yang tidak membuat persediaan menghadapi situasi-situasi kecemasan atau masalah-masalah yang mungkin di hadapi oleh bayi.

Nak dijadikan cerita, setelah diselidik, rupanya si ibu tadi terlalu stress memikirkan masalah anak yang terkena ruam susu. Bermacam-macam krim beliau cuba namun tidak berhasil.

Si bayi pula asyik merengek kerana ruam tersebut amat merengsakannya. Lagi bertambah kusutlah kepala si ibu. 

Dengan takdir Allah, ada seorang kawan mengesyorkan beliau mengambil krim herbal blend Shaklee. Alhamdulillah, tak sampai seminggu, ruam tadi pulih. Menakjubkan bukan?

Tiada yang mustahil. Semuanya kehendak Allah SWT.. 

Jom saya ceritakan serba ringkas jenis-jenis ruam

Ruam terbahagi kepada 3 jenis iaitu:-

* Ruam susu biasanya terjadi di sekitar bahagian muka bayi seperti di pipi. Kulit pipi kelihatan kemerah-merahan dan bersisik. Ruam ini menimbulkan rasa gatal dan menyebabkan bayi sering menangis kerana tidak selesa.

Ruam susu pada bayi


*Ruam panas merupakan bintik-bintik berwarna merah terang yang biasanya timbul pada kulit bayi terutamanya leher, badan dan lengan.


Ruam panas pada bayi




*Ruam lampin pula paling kerap berlaku. Ia berwarna merah dan amat merengsakan. Ia terjadi di sekitar kemaluan bayi, punggung, kelangkang dan paha bayi.

Ruam lampin



Petua dan cara untuk mengatasi masalah ruam ini.

Antara petua-petua tradisional yang boleh di cuba untuk mengatasi masalah ruam ini ialah dengan menggunakan:-

1. Tepung ubi /tepung kanji. 
Gunakan tepung ini sebagai bedak kepada bayi.

2. Gincu
Pernah dengar mak kita dulu-dulu suruh guna gincu tak? Mesti ada yang pernah kan? Tapi saya tidak menggalakkan anda menggunakannya kerana gincu sekarang banyak terdapat bahan kimia. Mungkin ia akan menambahkan lagi mudarat pada kulit bayi.

Cara untuk mengatasi masalah ruam:-

1. Pastikan  bayi sentiasa dalam keadaan kering
2. Tukar lampin dengan kerap 
3. Cuci punggung bayi dengan air atau sabun
4. Sekiranya bayi menggunakan cloth diaper, jangan cuci dengan sabun sembarangan. Anda boleh menggunakan sabun tanpa bahan kimia shaklee yang mesra alam dan selamat untuk kulit
5. Pastikan air susu ibu tidak terkena pada muka bayi. Jika ada, segera cuci dengan air.

Sebenarnya ada cara lain yang lebih mudah untuk anda atasi masalah ruam pada bayi. Anda boleh mencuba krim ajaib herbal blend shaklee. 

Untuk lihat sejauh mana keberkesanannya, jom kita lihat apa kata pengguna.

#Testimoni 1



#Testimoni 2




#Testimoni 3



#Testimoni 4



#Testimoni 5



#Testimoni 6

Ini merupakan testimoni terbaru!! Pada awalnya, si bayi hanya terkena ruam susu tetapi akibat menggaru, kulit pipi bayi berdarah dan ruam susu makin teruk. 

Mujurlah si ibu cepat-cepat mendapatkan krim herbal blend ini. Akhirnya darah tadi makin kering.. paling menakjubkan, ia sepantas 3 HARI SAHAJA!!




Jadi, ibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah ruam ni, boleh mengunakan Herbal Blend sebagai alternatif yang lebih mudah bagi menyelesaikan masalah. 



Bagaimana nak dapatkan krim serbaguna yang tiada paraben ni?? Hubungi saya di nombor telefon di bawah ye...



**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Thursday 20 August 2015

Kencing Manis Ketika Hamil... Adakah Ia Kekal Walaupun Selepas melahirkan Anak?


Assalamualaikum WBT semua pembaca..

Bercerita mengenai penyakit kencing manis ketika hamil ini membuatkan saya teringat pengalaman sendiri. Saya disyaki menghidap kencing manis ketika hamil anak yang ketiga 4 tahun yang lalu.


Kencing Manis Ketika Hamil... Adakah Ia Kekal Walaupun Selepas melahirkan Anak?

Mari saya terangkan secara ringkas mengenai penyakit kencing manis ketika hamil ini.

Penyakit kencing manis ketika hamil ini di kenali sebagai Diabetes Gestasi. Ia adalah kencing yang dihidapi kali pertama semasa kehamilan. Menurut kajian, 2 hingga 14 peratus di kalangan ibu-ibu hamil menghidap penyakit ini.

Diabetes ini berlaku adalah kerana badan tidak dapat menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.


Itulah secara ringkasnya mengenai diabetes gestasi atau lebih di kenali sebagai kencing manis semasa hamil.

Apabila kita disahkan ada penyakit ini, warna label/sticker pada buku rekod kesihatan pun akan di tukar. Dari putih kepada kuning( Ini pada tahun 2011. Sekarang mungkin dah ada perubahan)



Kencing Manis Ketika Hamil... Adakah Ia Kekal Walaupun Selepas melahirkan Anak?

Bagaimana ingin mengetahui anda menghidap diabetes gestasi ini?

Kita akan disarankan untuk membuat Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) . Ujian inilah yang sering disebut-sebut oleh ibu hamil. Minum air gula!!! 

Sekiranya bacaan selepas ujian ini melebihi 7 maka dengan itu anda SAH menghidap kencing manis ketika hamil dan inilah yang saya lalui ketika hamil anak ke 3 pada tahun 2011. Bacaan gula saya pada waktu ini adalah 10.7!!! Wow, tinggi tak? Hehehe...

Sungguh menyeksakan. Sebaik sahaja saya disahkan ada kencing manis masa hamil ni, terus kena buat ujian BSP (Blood Sugar Profile). Ujian ini memerlukan saya mengambil darah sebanyak 4 kali dalam sehari mengikut jadual. 

Ambil darah tu sedikit sahaja. Hanya di hujung jari. Tak sakit pun. Ada alat khas yang di gunakan untuk mengesan bacaan gula darah. 

alat untuk ujian BSP


Adakah diabetes gestasi ini kekal walaupun setelah melahirkan?



Kebiasanya diabetes gestasi akan hilang dengan sendirinya selepas proses kelahiran. Namun, ada juga sejumlah kecil kes di mana ibu tersebut terus mendapat diabetes di sebabkan faktor mempunyai keturunan yang menghidap diabetes.

Untuk mengawal diabetes semasa hamil ini, kita perlulah menjaga pemakanan. Selain itu, kita juga boleh mengambil supplement untuk membantu anda mengawal diabetes ini.

Kebiasaanya, ibu-ibu yang menghidap kencing manis ketika hamil ini akan mengalami masalah seperti keletihan, pandangan mata yang kabur, dahaga yang terlampau dan membuang air kecil dengan banyak.

Di bawah ini ada saya sertakan beberapa keratan perbualan antara saya dengan salah seorang ibu yang mana beliau menghidap kencing manis ketika hamil. Penyakit tersebut masih kekal ada walaupun dia telah selamat melahirkan anak.

Setelah saya mengesyorkan kepada beliau set asas diabetes iaitu b complex dan zinc complex, alhamdulillah beliau dapat rasakan perubahan dalam diri.



Hari pertama memberikan konsultasi kepada beliau
Kencing Manis Ketika Hamil... Adakah Ia Kekal Walaupun Selepas melahirkan Anak?


Belaiu cepat letih dan bersetuju untuk mencuba B complex dan zinc complex 

Kencing Manis Ketika Hamil... Adakah Ia Kekal Walaupun Selepas melahirkan Anak?

Sesi konsultasi setelah vitamin tersebut sampai ke tangan beliau


Kencing Manis Ketika Hamil... Adakah Ia Kekal Walaupun Selepas melahirkan Anak?


Feedback yang sangat positif dari beliau walaupun hanya baru beberapa hari mengamalkan b complex dan zinc complex!! Alhamdulillah!!


Kencing Manis Ketika Hamil... Adakah Ia Kekal Walaupun Selepas melahirkan Anak?


Tiada yang mustahil. In shaa Allah semuanya boleh di atasi kecuali mati. Yang penting kita berikhtiar mencari penawarnya. Jangan putus asa ya!!

Disini ingin saya kongsikan dengan anda satu video mengenai ibu hamil yang mengamalkan set hamil shaklee yang sangat menakjubkan!!

Selamat menonton danterima kasih kerana sudi membaca :)












**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- 

NURSIMATUN MD YUSOF 

WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Wednesday 19 August 2015

Homemade Roti John Gerenti Sedap...Gerenti Jadi!


Homemade Roti John Gerenti Sedap...Gerenti Jadi!


Assalamualaikum... Buat apa untuk minum petang hari ni? Saya buat menu special tau.. Roti John... Tak puas hati makan yang beli kat kedai atau pasar malam. So, dengan berkat kerajinan yang terlampau ni, maka terhasillah homemade roti john ni...

Mesti ramai yang nak resepi dia kan?? Betul tak? Jom akak kongsikan dengan korang. Resepi ni akak derhaka sikit. Sos nya akak guna sos blackpepper. Tapi sos cili biasa pun ada..Tak ikut sepenuhnya resepi asal dari Pak Google dan yang member bagi. Kiranya akak oleh sendiri lah juga... hehehe..

Bahan-bahan:-


6 biji roti "hot dog"




50g daging/isi ayam kisar


2 sudu besar serbuk kari daging

2 ulas bawang putih*

3 ulas bawang merah*

Garam & gula secukup rasa

Minyak untuk menumis

Lobak merah(hiris halus)
Kubis(hiris halus)


Sos cili

Mayonis

3 biji telur gred A

Cara membuat:-

Bahan bertanda * ditumbuk dan tumis hingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan isi ayam atau daging kisar, garam & gula secukup rasa. Masak hingga agak kering sedikit. Ketepikan.


Roti di belah 2 tetapi jangan putus.



Panaskan kuali leper. Kalau ada pemanggang ajaib pun boleh guna juga.

Pecahkan sebiji telur dan masukkan dalam gelas. Ambil isi ayam yang dah di masak tadi. Kacau dan tuangkan atas kuali panas tadi. 


Letakkan roti di atasnya



Biarkan seketika sehingga masak telur tersebut. Angkat dan letakkan sayur-sayuran serta sos dan mayonis tadi.






Taraaaaa....Inilah hasilnya....



Nampak tak ada warna sos yang agak gelap di situ.. Yang itu akak guna sos blackpepper. 

Sebenarnya kita boleh pelbagaikan rasa dia. Nak letak cheese pun boleh. Terpulang kepada selera masing-masing...

Selamat mencuba!!







**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- 

NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284

 Shaklee ID :- 1091465

 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Aku Hamil?? Biar Betul?? Jom Kenali 10 Tanda Anda Berkemungkinan Hamil



Aku Hamil?? Biar Betul?? Jom Kenali 10 Tanda Anda Berkemungkinan Hamil

Assalamualaikum.. Selamat petang semua...

Sambil santai-santai petang ni, saya nak kongsi dengan anda pengalaman saya hamil. Maafkan saya jika tajuk entri ini ada membuatkan di kalangan pembaca wanita terutamanya isteri terasa hati. Bukanlah niat saya untuk melukakan perasaan isteri-isteri yang masih belum berjaya hamil. Saya sekadar ingin berkongsi sahaja. 

Untuk pengetahuan para pembaca, saya bernikah pada 15 September 2006. Ini bermakna pada 15 September 2015 nanti iaitu pada bulan hadapan adalah ulangtahun pernikahan saya yang ke 9. Alhamdulillah.... Allah masih beri peluang untuk saya merasai nikmat berumahtangga.

Bukan bunting pelamin!!

Bila menyebut tentang nikah, ramai yang teruja nak hamil cepat. Dengan kata lain, bunting pelamin. Namun, saya bukanlah bernasib baik untuk bunting pelamin. Rupa-rupanya untuk hamil ni tak semudah yang kita sangkakan! Ingat buat tu terus jadi ke? Mesti ramai yang kata senang kan? Sebenarnya susah tau!!

Dengan faktor perhubungan jarak jauh, faktor hormon dan macam-macam lagi, ini agak menyukarkan kita untuk cuba hamil dengan cepat.

Akhirnya, rezeki saya untuk hamil datang pada tempoh 3 bulan bernikah. Alhamdulillah. Apa yang ingin saya kongsikan di sini tentang tanda-tanda kita sedang hamil tetapi kebanyakan di antara kita (isteri) tidak menyedari bahawa tanda-tanda itu menunjukkan kita hamil.

Tanda-tanda awal kehamilan

Antara tanda-tanda kehamilan yang saya sendiri lalui ketika hamil ialah:-

1. Buang air kecil dengan kerap.
Setiap kali ke tandas, hanya setitis atau dua titis sahaja yang keluar. Dengan kata lain, kencing tidak lawas.

2. Puting payudara terasa sakit dan berdenyut-denyut.

3. Badan rasa seram sejuk seperti hendak demam

4. Rasa malas nak buat kerja

5. Rasa ingin tidur sepanjang hari

6. Mual atau loya. Dengan kata lain morning sickness.

7. Rembesan air liur melebihi biasa. Kerap rasa nak meludah.

8. Pening atau sakit kepala

9. Sembelit
Boleh lihat penyelesaian masalah sembelit disini

10. Nafsu makan yang membuak-buak

Tanda-tanda ini, hanya nombor 1 hingga 6 sahaja yang pernah saya alami. Selebihnya, hanya berlaku kepada sesetengah orang. Tidak semua orang mengalami tanda-tanda yang sama.

Apabila kita telah disahkan positif hamil, kita haruslah menjaga diri kita lebih dari biasa. Ini kerana, kita sedang membawa satu lagi nyawa di dalam badan kita. 

Bila dah tahu hamil, kenalah tinggalkan perkara-perkara yang sering kita lakukan sebelum itu seperti aktiviti-aktiviti lasak, makan makanan pedas atau tajam dan sebagainya.

Jika berkemampuan, dapatkan set hamil selain dari ubat-ubatan yang di bekalkan oleh doktor. 

Pandai-pandailah menjaga diri dan kandungan. Dapatkan nasihat dari pakar tentang apa yang boleh kita makan, lakukan sepanjang tempoh kehamilan itu. 

Nak tengok video satu video tentang akak kita yang amalkan supplement masa hamil tak?? Cergas sangat tau... Jom kita lihat video di bawah ni..






Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo




**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**



 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:-

NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Tuesday 18 August 2015

Sembelit Ketika Berpantang: Taubat Tak Mahu Bersalin Lagi!!

Assalamualaikum WBT..

Salam sejahtera para pembaca. Maaf kerana menyepi agak lama. Kemunculan saya kali ini sekadar ingin berkongsi pengalaman ngeri sembelit yang saya sendiri alami dan saya percaya anda di luar sana juga memang melaluinya sama seperti saya.


Sembelit Ketika Berpantang: Taubat Tak Mahu Bersalin Lagi!!


Masih segar lagi dalam ingatan saya sewaktu melahirkan Kak Long pada tahun  2007. Saya bersalin di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan. Ini bermakna, saya berpantang di kampung dengan ibu saya sendiri.

Al maklumlah baru kali pertama melahirkan, banyak perkara yang saya tidak tahu. Semuanya di uruskan oleh ibu saya dan sudah semestinya saya berpantang dengan cara tradisional!!

Untuk pengetahuan para pembaca, berpantang cara tradisional ini sangat ketat. Banyak pantang larang yang saya mesti ikut. Tidak boleh minum air dengan banyak, tidak boleh makan sembarangan dan macam-macam lagi yang harus saya patuhi.

Demi untuk kesihatan diri, saya patuh pada arahan mak. Yelah, siapa yang tak sayang diri kan? Mestilah nak jaga betul-betul supaya tidak ada masalah di kemudian hari.

Ihsan google: Makanan Ketika Berpantang

Ngerinya saya kena sembelit!

Nak dijadikan cerita, selama 10 hari berpantang saya langsung tidak membuang air besar. Memang tidak terasa langsung. Saya sangkakan tiada masalah jika tidak membuang tetapi rupa-rupanya, masalah lebih serius saya alami!!

Pada hari ke 11 berpantang barulah saya terasa ingin membuang air besar. Perut semakin memulas-mulas tetapi najis susah nak keluar. 

Ya Allah, perit rasanya. Tak tahu bagaimana harus saya buat. Seakan mahu menangis ketika di tandas. Pedih yang teramat dan sukar untuk di gambarkan.

Itulah kali pertama saya merasai sembelit sepanjang hayat saya. Seksanya hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam tempoh berpantang selama 44hari itu, sembelit saya semakin menjadi-jadi. Namun dek kerana tiada ilmu, saya hanya membiarkan ia begitu sahaja tanpa mengetahui bahawa penyakit lain sedang menunggu!!

Tempoh berpantang tamat tetapi masih lagi sembelit!

Saya percaya, ramai ibu muda di luar sana melalui pengalaman seperti saya ini. Sembelit ketika berpantang menyebabkan kita berfikir, " Ya Allah, seriknya. Tak mau bersalin lagi kalau tahu ini jadinya".

Pernah kan fikir macam tu? Betul tak?

Walaupun tempoh berpantang saya tamat tetapi masalah sembelit itu tidak berakhir. Saya bukan sahaja mengalami masalah sembelit malahan turut disyaki mengalami buasir!! Ya Allah, rasa kelam je dunia ini. Sakit sembelit belum pun hilang, yang lain pula datang!

Saya menanggung seksa selama 6 bulan. Selama tempoh itulah saya menjadi seorang yang bermurung. Muka saya kusam, hati risau, badan makin kurus kerana memikirkan masalah diri.

Syukur alhamdulillah, akhirnya saya menemui penawar. 

Nasihat saya kepada bakal ibu di luar sana, jangan ambil mudah tentang berpantang selepas melahirkan anak. Pastikan anda mengambil Set Berpantang Terbaik untuk diri anda.

Sembelit bukanlah suatu perkara kecil. Ia amat menyeksakan.

Di bawah ini ada saya kongsikan dengan anda video Puan Khadeejah Hasmad yang mengamalkan Set Berpantang pilihan hatinya.














**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]