.

Tuesday 18 August 2015

Sembelit Ketika Berpantang: Taubat Tak Mahu Bersalin Lagi!!

Assalamualaikum WBT..

Salam sejahtera para pembaca. Maaf kerana menyepi agak lama. Kemunculan saya kali ini sekadar ingin berkongsi pengalaman ngeri sembelit yang saya sendiri alami dan saya percaya anda di luar sana juga memang melaluinya sama seperti saya.


Sembelit Ketika Berpantang: Taubat Tak Mahu Bersalin Lagi!!


Masih segar lagi dalam ingatan saya sewaktu melahirkan Kak Long pada tahun  2007. Saya bersalin di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan. Ini bermakna, saya berpantang di kampung dengan ibu saya sendiri.

Al maklumlah baru kali pertama melahirkan, banyak perkara yang saya tidak tahu. Semuanya di uruskan oleh ibu saya dan sudah semestinya saya berpantang dengan cara tradisional!!

Untuk pengetahuan para pembaca, berpantang cara tradisional ini sangat ketat. Banyak pantang larang yang saya mesti ikut. Tidak boleh minum air dengan banyak, tidak boleh makan sembarangan dan macam-macam lagi yang harus saya patuhi.

Demi untuk kesihatan diri, saya patuh pada arahan mak. Yelah, siapa yang tak sayang diri kan? Mestilah nak jaga betul-betul supaya tidak ada masalah di kemudian hari.

Ihsan google: Makanan Ketika Berpantang

Ngerinya saya kena sembelit!

Nak dijadikan cerita, selama 10 hari berpantang saya langsung tidak membuang air besar. Memang tidak terasa langsung. Saya sangkakan tiada masalah jika tidak membuang tetapi rupa-rupanya, masalah lebih serius saya alami!!

Pada hari ke 11 berpantang barulah saya terasa ingin membuang air besar. Perut semakin memulas-mulas tetapi najis susah nak keluar. 

Ya Allah, perit rasanya. Tak tahu bagaimana harus saya buat. Seakan mahu menangis ketika di tandas. Pedih yang teramat dan sukar untuk di gambarkan.

Itulah kali pertama saya merasai sembelit sepanjang hayat saya. Seksanya hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam tempoh berpantang selama 44hari itu, sembelit saya semakin menjadi-jadi. Namun dek kerana tiada ilmu, saya hanya membiarkan ia begitu sahaja tanpa mengetahui bahawa penyakit lain sedang menunggu!!

Tempoh berpantang tamat tetapi masih lagi sembelit!

Saya percaya, ramai ibu muda di luar sana melalui pengalaman seperti saya ini. Sembelit ketika berpantang menyebabkan kita berfikir, " Ya Allah, seriknya. Tak mau bersalin lagi kalau tahu ini jadinya".

Pernah kan fikir macam tu? Betul tak?

Walaupun tempoh berpantang saya tamat tetapi masalah sembelit itu tidak berakhir. Saya bukan sahaja mengalami masalah sembelit malahan turut disyaki mengalami buasir!! Ya Allah, rasa kelam je dunia ini. Sakit sembelit belum pun hilang, yang lain pula datang!

Saya menanggung seksa selama 6 bulan. Selama tempoh itulah saya menjadi seorang yang bermurung. Muka saya kusam, hati risau, badan makin kurus kerana memikirkan masalah diri.

Syukur alhamdulillah, akhirnya saya menemui penawar. 

Nasihat saya kepada bakal ibu di luar sana, jangan ambil mudah tentang berpantang selepas melahirkan anak. Pastikan anda mengambil Set Berpantang Terbaik untuk diri anda.

Sembelit bukanlah suatu perkara kecil. Ia amat menyeksakan.

Di bawah ini ada saya kongsikan dengan anda video Puan Khadeejah Hasmad yang mengamalkan Set Berpantang pilihan hatinya.














**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

0 comments:

Post a Comment