.

Wednesday 22 October 2014

Dunia Oh Dunia....

Dunia oh Dunia

Assalamualaikum semua.... 

Sehari dua ni kecoh kan pasal isu kempen " I want to touch a dog"... Bermacam-macam hal yang terkeluar dari mulut masing-masing. Ada yang mengikut nafsu, ada yang mengikut akal fikiran dan tak kurang juga yang yang main hentam sesedap rasa.

Ramai yang bertelagah sesama sendiri. Yang mengaku Islam pun semakin goyah. Ibarat lalang... Di tiup angin ke barat, maka ke baratlah perginya. Jika ke timur, maka ke timurlah sengetnya. Aduhai... dunia oh dunia...

Saya memang tidak berada di tempat kejadian. tetapi dengan melihat gambar-gambar yang di sebarkan di media sosial, sangat meruntun hati saya. 

Seolah-olah kita mempersendakan hukum Allah... Nauzubillah... Semoga Allah lindungi kita semua dari fitnah dajjal yang semakin berleluasa. 

Ini adalah keratan muka depan akhbar Sinar Harian semalam.. 



Amat menyedihkan kita sebagai umat Islam yang rata-ratanya berpelajaran tetapi dengan sengaja pergi menyentuh anjing secara sengaja dan suka-suka. 

Menurut info dari seorang kawan, kejadian ini adalah di luar bidang kuasa penganjur. Katanya lagi, penganjur tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku. 

Walau apapun, di harap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. 

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dunia dan akhirat...

Aminnn.....




**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

4 comments:

  1. Akhir zaman..macam-macam jadi, macam-macam cara orang nak rosakkan akidah

    CARA MAKAN OMEGA GUARD UNTUK KANAK-KANAK

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua terhindar dari perkara2 yang boleh merosakkan akidah..

    Badan Gemuk Ketika Menyusu Badan

    ReplyDelete
  3. Bila kita nampak anjing, cepat2 mengelak sebab tak nak kena samak ke apa. tapi mereka boleh plak dengan saje2 sentuh anjing tue..moga mereka diberi hidayah Allah dan dibukakan mata hati mereka.

    PELUH BERLEBIHAN MEMANG TAK SELESA KAN..KETAHUI CARA ATASI PELUH BERLEBIHAN DI SINI

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya yang mana kita boleh elak tu kita elakkanlah... jangan kerana kita, rosak agama... nauzubillah...

    ReplyDelete