.

Thursday 9 October 2014

5 Jenis Tanaman Pembersih Udara


Assalamualaikum wbt semua....

Alhamdulillah... Masih di beri kesempatan olehNya untuk berkongsi ilmu dengan para pembaca. Petang ini Kak Tun ingin berkongsi ilmu tentang tanaman yang menjadi pembersih udara di rumah..

Lazimnya, memang ramai yang minat berkebun. Ada yang menanam bunga, sayur, bonsai dan bermacam-macam jenis tanaman lain lagi...

Tetapi tahukah anda fungsi setiap tanaman tersebut? Jom kita kenali nama-nama tanaman yang boleh menjadi pembersih udara di rumah kita.





1. CHAMAEDOREA ELEGANS



Daripada jenis pokok palma kecil, ia juga di panggil Parlour palm dan banyak di jumpai di selatan Mexico dan Guatemala. Di negara beriklim tropika misalnya di Tenggara Amerika Syarikat, ia di jadikan pokok hiasan di rumah. Tumbuh hingga 2 meter tinggi, pokok ini pernah menerima anugerah Royal Horticultural Society,London. Parlour Palm mengambil masa yang lama untuk membesar sepenuhnya.


2. CHLOROPHYTUM COMOSUM




Dipanggil spider plant dan airplane plant, berasal dari Afrika dan di golongkan dalam keluarga Asparagaceae. Awal penemuannya pada tahun 1794 di kenali sebagai Antherium comosum oleh pakar naturalis berbangsa Sweeden, Carl Peter Thun Berg. Pada tahun 1862, ia di beri nama baru yang kekal hingga sekarang. Spider plant ini terbahagi kepada dua spesies iaitu Vittaum dan Variegatum. Turut diiktiraf oleh Royal Horticultural Society, London sebagai pokok hiasan yang popular. Mudah di tanam dan di jaga. Dalam tempoh setahun menghasilkan bunga berkelopak putih di panggil runners.


3. SYNGONIUM PODOPHYLLUM



Pokok ini di panggil Arrowhead plant dan serasi dengan kelembapan serta suasana redup. Dikategorikan sebagai pokok berbunga daripada keluarga Araceae dan membunyai kira-kira 36 spesies. Daunnya akan berubah bentuk mengikut tempoh pembesaran dan daunnya perlu di sembur air dengan kerap. Diminati sejak kurun ke -19 lagi untuk di jadikan pokok hiasan.


4. SCINDAPSUS





Daripada keluarga Araceae, pokok menjalar ini banyak di jumpai di Asia. Ia juga di panggil Devil's Ivy kerana kemampuannya membesar dengan mudah biarpun di tempat yang redup. Terdapat 40 spesies dan sering di salah anggap sebagai pokok Epipremnum kerana mempunyai bentuk daun yang sama. Memerlukan penjagaan yang minimum. 


5. SPATHIPHYLLUM



Berasal dari Columbia, tumbuhan berbunga putih daripada keluarga Araceae mula di perkenalkan di Eropah pada 1870. Ia juga di panggil bunga lili atau The Peace Lily berikutan bentuk bunga seakan-akan bunga itu. Pokok ini memerlukan air yang banyak dan segar dalam suasana yang redup. Pokok ini beracun kerana mengandungi calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan radang dan muntah.

Sumber:- Majalah Apartment Impiana Edisi April-Jun 2014


















1 comment:

  1. kat rumah banyak juga pook bunga yang kami tanam, tapi kadang- kadang pokok bunga yang dah cantik akan berulat dan kering apabila musim ulat atau hama. Menanam bunga atau pokok di kawasan rumah adalah baik untuk penghijauan dan pembersihan udara sekitar rumah kita agar memiliki udara yang bersih dan pemandangan yang cantik.

    ReplyDelete