.

Wednesday 8 October 2014

Tips Solekan Khas Untuk Wanita Moden



Tips Solekan Untuk Wanita Moden


Wanita moden dan solekan sememangnya tak dapat di pisahkan...


Jom kita kongsikan tips solekan khas untuk wanita...

Jangan Keterlaluan

Tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan cantik kerana ia akan mencacatkan penampilan anda. Oleh itu, elakkan memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana anda akan kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan anda.



Pastikan pemakaian gincu dengan betul

Mengenakan gincu perlu di sesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Agar sapuan gincu lebih cantik, terlebih dahulu gariskan bibir anda dengan penggaris bibir agar ia terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tidak kelihatan. Jangan mengenakan garisan di luar bibir jika mahu bibir anda kelihatan tebal kerana ia akan nampak tidak semula jadi.




Solekan ikut majlis

Sesuaikan solekan dengan majlis yang di hadiri. Anda perlu bijak dalam mengenakan solekan agar anda tidak akan kelihatan pelik ketika menghadiri majlis atau aktiviti tersebut.


Yakin dengan solekan yang di pilih

Jangan ragu-ragu mengenakan solekan. Terdapat wanita yang masih ragu-ragu untuk mengenakan sebarang solekan kerana khuatir akan kelihatan pelik atau keterlaluan. Usah bimbang kerana anda hanya mulakan dengan solekan yang nipis dan gunakan warna yang lembut. Mengenakan solekan yang nipis lebih baik daripada tidak mengenakan solekan langsung.








**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
 BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
 EMAIL:- nursimatun@gmail.com

2 comments: