.

Wednesday 15 October 2014

Resepi Kek Coklat Meleleh Versi Kukus






Resepi Kek Coklat Meleleh Versi Kukus



Assalamualaikum semua....

Sebenarnya dah beberapa hari Kak Tun membeli bahan untuk membuat kek coklat ni tetapi ia tersadai sahaja di dalam kabinet di dapur.. Entah macamana hari ni ada masa yang terluang sebentar bersama anak-anak, maka Kak Tun rajinkan diri membuat kek kegemaran anak-anak ini...

Sebenarnya tidak lah susah sangat membuat kek coklat kukus ini... main camapak-campak sahaja bahan-bahannya..

Nak tahu resepinya? Jom Kak Tun kongsikan dengan anda semua...

RESEPI KEK COKLAT MELELEH


Bahan untuk kek:-

2 biji telur ayam gred A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Caranya:-

Pukul telur sehingga kembang. kemudian masukkan gula. Pukul lagi. Boleh guna tangan atau mixer. Kemudian masukkan minyak masak. Masukkan pula susu pekat manis. Soda bikarbonat dan baking powder di ayak terlebih dahulu bersama tepung gandum dan serbuk koko. kemudian masukkan bahan ayak tadi ke dalam adunan dan kacau. Akhir sekali, masukkan air panas dan pukul sehingga sebati. Sapukan loyang dengan majerin supaya kek tidak melekat. Kukus 1 jam dan biarkan ia sejuk sebelum di terbalikkan.

Bahan untuk topping coklat:-

1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1/3 cawan air
1/4 cawan minyak masak

Caranya:-

Gaul sebati semua bahan dan masa di atas api yang kecil sahaja. Setelah pekat, tuang di atas kek tadi...

Senang kan?
Resepi yang mudah untuk seisi keluarga..
Selamat mencuba...


Anda mungkin juga meminati:-






2 comments:

  1. Kaktun boleh snap tak bahan-bahannya? Takut tersalah pilih jenama. Nak sama sedap macam kek coklat leleh kak tun. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa2 jenama pun boleh dear. Cuma kalau nak tukar minyak masak tu boleh juga guna mentega yang di cairkan... :)

      Delete