.

Thursday 30 October 2014

Bye-bye Streamyx.... Welcome P1


Bye-bye Streamyx.... Welcome P1

Hai semua....

Maaf terlewat bersiaran hari ini... Dek kerana masalah internet yang melanda.. semuanya jadi tertangguh.. Sengsara hidup Kak Tun sekejap... hihihi...

Hari ni nak cerita yang happy-happy je. Tak mau sedih-sedih ye.. Nak tahu kenapa Kak Tun happy? Mesti semua orang boleh agak kan? tengok gambar pun dah tahu kan??? 

Sebenarnya banyak perkara yang menggembirakan berlaku hari ini. Bukan hanya Kak Tun dah bertemu "kekasih baru" tetapi Kak Tun juga dapat ramai kawan ruang komen dalam entri Kak Tun. 

Seronok sangat. ramai yang suka Air Detox kak Tun tu dan ramai juga yang sebenarnya memang dah lama amalkan. Wah, sangat teruja dengan testimoni mereka. Semuanya ikhlas memberikan komentar. 

Berbalik kepada "kekasih baru" Kak Tun si Cik P1 ni... Bukan nak lebih-lebihkan dia dan bukan nak lupakan cik Streamyx. kak tun sebenarnya sayang sangat kat cik Streamyx tu. Banyak jasanya pada Kak Tun semenjak Kak Tun buat bisnes online di Lumut, Perak 2 tahun yang lalu. Dari sana, Kak Tun bawa dia ke Kuala Lumpur. Tak pernak Kak Tun merungut akan servisnya yang macam siput tu... hahaha... jangan marah ye Abang TM . jasa cik Streamyx memang sangat besar pada Kak Tun tapi apakan daya... Jodoh tak panjang... 

Ishk..ishk..ishk... emo lah pulak kan.. Jadi cukuplah sampai di sini sahaja kita bersama. Kak Tun lebih terseksa jika tiada internet. makan tak lalu, tidur tak lena memikirkan jalan penyelesaian. 

Nak di jadikan cerita, En hasben balik keje petang semalam. Dia lah yang memberikan cadangan agar Kak Tun berkenalan dengan "kekasih baru" ni.. Fikir punya fikir.. Kak Tun yang sememangnya tiada pilihan, terpaksa mengambil cik P1 sebagai "kekasih hati yang baru".

Semoga jodoh Kak Tun berpanjangan dengan cik P1 ni. Kak Tun harap cik P1 ni boleh menabur bakti yang lebih kepada Kak Tun nanti...

Amin.... 



Apa Itu Indeks Glisemik?
Aduhai Ibu
Petua Atasi Perut Buncit






10 comments:

  1. Wahh k.tun. sronok nye dia dengan kekasih baru nye..

    kelebihan zinc complex

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok jugaklah nisah... Dah terpaksa kan.... hihi

      Delete
  2. Wah k tun, tahniah dah bertukar kepada P1 ni. Saya pun pernah guna khidmat P1. Memang terbaik k tun. Tapi sekarang dah berpisah jua, bukan sebab P1 tak bagus, tapi ada sebab lain. Biarlah rahsia. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. P1 ok lah bagi kawasan Kak Tun ni. Dah terpaksa. Kalau ikutkan hati masih sayangkan streamyx tu. Tapi apakan daya....

      Delete
  3. tahniah k.tun dapat kekasih baru..hehe. kat rumah saya pakai p1 jugak, setakat ni oke je coverage nye, tapi masalah bila habis kuota mula la slow macam siput..

    TIPS ANAK CERIA ~ PART II

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tun amik yang unlimited ni... hihihi...

      Delete
  4. bestnya dapat P1..laju ler lepas nie nak upload apa-apa ye...daku jugak yang sengsara guna broadband sajo. Maklum ler hidup bujang.

    Punca pening kepala

    ReplyDelete