.

Wednesday 29 October 2014

Aku Dan Abang-abang TM

Aku Dan Abang-abang TM

Hai semua...

Kepala Kak Tun hari ni sedikit pusing.... pening... Stress dengan wifi di rumah. Dari semalam hinggalah ke hari ini, masih tak baik-baik lagi.. 

Nak di jadikan cerita, semalam Kak Tun tengah syok "blogwalking" kawan-kawan. masa tu lebih kurang jam 5.15 petang. Elok je suami Kak Tun keluar untuk jemput anak balik sekolah agama, line internet tiba-tiba je off.

Terperanjatlah Kak tun. Eh, kenap pulak tiba-tiba off ni. Nak kata hujan, takde hujan. nak kata kena petir, takde pun petir. Cuaca cerah je. Bila Kak Tun check pada moden streamyx, barulah Kak Tun tahu. Rupanya lampu bahagian internet dan telefon tu dah terpadam. 

Masya Allah... kenapa pulak dengan wifi aku ni?? Bil dah bayar. Takkan potong pulak. Kak Tun cuba off dulu modem tu lebih kurang sejam. Dalam jam 6,30 petang, Kak Tun on semula tapi masih sama juga. Tak dapat nak online.

So, Kak Tun nekad nak call TM. Buka report pasal masalah ni.. Kata mereka, suruh tunggu sehingga di hubungi oleh kontraktor bertugas. Maka, melapuklah Kak Tun di rumah sepanjang hari ni menunggu panggilan. Tak dapat nak buat bisnes online kegemaranku ini... Sedih kan??? Janggal rasanya tangan ni kalau tak menyentuh keyboard. 

Kak Tun masih menunggu... Terus menunggu dan menunggu.. kebiasaanya dalam jam 9.00 mereka akan call Kak Tun untuk maklumkan kedatangan mereka. Tapi pagi tadi, dah jam 9.30 masih tiada panggilan. Hati makin risau sebab internet ni memang penting bagi Kak Tun. 

Dek kerana tak boleh bersabar, Kak Tun call TM buat kali kedua. Mereka kata, sabar puan. Kami masih menyiasat masalah ini. Pihak kami sedang berusaha menyelesaikannya. Itu ayat yang biasa kita dengarlah kan. Kak Tun ni jenis panas sikit. Bukan boleh sabar pun....hihihi.. (tapi bersebablah kan).

Kak Tun tunggu lagi.....

Hinggalah jam 11.30 pagi... masih belum ada call dari TM mahupun kontraktor mereka. Kali ini sabar dah makin berkurang. Kak Tun call TM lagi.. Jawapannya masih sama. Puan kena tunggu ya, kami akan segera menghantar kontraktor untuk memeriksa...

Aduhai abang TM.... 


Tolong lah saya. Saya ni businesswoman. Internet tu nyawa bisnes saya... Macam mana saya nak sabar ni... Rasa macam nak nangis aje. Nak tak nak, Kak Tun kena tunggu juga kan..?

Lebih kurang jam 12.05 tengahari.. Kak Tun dapat panggilan dari satu nombor yang tak dikenali.. Rupanya dari Abang-abang TM tulah... Lega rasa hati. Akhirnya masalah bakal di atasi...

Tapi lain pula yang berlaku... Ku sangka panas hingga ke petang... rupanya hujan di tengahari..Sangkaan Kak Tun meleset. Abang-abang TM tu tak dapat nak baiki kerosakan. Mereka tak tahu apa puncanya. 

Kecewa bukan kepalang. habis semua benda tergendala. nak taip entri pun susah. Ya Allah.. Rasa macam berat je dugaan (padahal takde internet je tu... kikiki)

Abang-abang TM tu dah maklumkan pada Kak Tun, mereka memang tak dapat nak baiki. Wayar kabel tu telah di potong oleh orang yang tak bertanggungjawab. Kalau buat aduan pun, TM tak dapat nak bantu. Ini kerana kabel itu pada blok bangunan dan bukannya di luar sana.

Dek kerana melayan perasaan kecewa tu, suami balik tengahri tadi, tak ku buat air untuknya. Tak dapat Kak Tun bayangkan kalau wifi ku menjadi arwah.. Susah ooo.... nak buat kerja... Semua tergendala...

Tapi tak mengapalah.... andai di takdirkan Kak Tun berpisah dengan TM, Kak Tun redho... mungkin nak jumpe jodoh dengan yang lebih baik... Betul tak????

Cobaaannnn..... :)  










14 comments:

  1. Cobaan nak berjaya tu kak tun..

    a href=http://sweetmom83.blogspot.com/2014/10/testimoni-esp-hilangkan-pedih-ulu-hati.html/>Testimoni ESP hilangkan pedih ulu hati

    ReplyDelete
  2. Ada hikmah di setiap kejadian yg berlaku. Allah dah aturkan mane yang lebih baik.=)

    cara jadi ahli shaklee percuma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nisah.... Redho jelah seadanya... jodoh tak panjang dengan wifi tm....hihihi

      Delete
  3. Eh eh. sesuka hati nak potong wayar orang. MAcam rumah kat kampung dah lama takde telefon rumah, sebab orang asik potong kabel je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya... Tapi saya rasa bukan kerja penghuni sini. Mesti keje orang luar...

      Delete
  4. alahai..kesian encik suami, gara-gara abg tm, tak dapat merasa air hahah..

    TIPS ANAK CERIA ~ PART 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang stress masa tu Muncung panjang sedepa. hahahaha

      Delete
  5. tanda-tanda nak naik rank bulan ni kak tun :)

    ReplyDelete
  6. orang TM masih memujuk Kak Tun tapi tak kuasa nak layan lagi dah... hihihi

    ReplyDelete
  7. Kalau ikut cerita tu bukan masalah dari pihak TM tu..huhuhu...Pihak TM dah klua byk duit utk bagi kesedaran kepada org ramai mengenai gejala sebegini. semua ni berbalik pada kesedaran masing2. Kite ni kadang2 bile internet putus jer, kite salahkan TM. padahal bile dieorg check masalah ... putus kabel, wiring telefon dah lama, pihak pemaju tak sediakan infra secukupnye utk penduduk di sesuatu kawasan. dan macam2 hal lagi yg tak kene mengene dgn TM. Ini Pandangan sayelaa....Nak dibandingkan TM dengan kompetitor lain, setakat ni TM dah kire stabil laa dari sgi connectionnye.. even P1 pun ..dh start byk problem.. mcm2 komplen pelanggan..... :)

    ReplyDelete
  8. kat kampung selalu juga orang potong kabel. Nie masalah dari mat2 ganja. Pernah bayar bil untuk sebulan tapi boleh pakai seminggu jew..geram jugak kan..apapun digi dihatiku :)

    Pening kepala berpusing

    ReplyDelete