.

Monday, 20 February 2017

Cara buat pasport Malaysia pertama kali....Oh, mudah sangat rupanya!


Assalamualaikum... Hai semua...! Selamat tengah hari! Selamat beristirehat bersama keluarga. Baru sempat saya menulis pasal kisah kelmarin. Saja je nak kongsi dengan anda semua pengalaman buat pasport antarabangsa ni. Al maklumlah inilah pertama kali nak buat. Hehehe..Terujanya mestilah lebih. Betul tak? Anda semua nak tahu tak cara-caranya? Jom habiskan membaca entri saya ni okey☺


Sebenarnya tak susah pun nak buat. Saya terlebih dahulu membuat bacaan di internet. Ini memudahkan kita menyediakan apa yang diperlukan supaya urusan di Jabatan Imigresen nanti berjalan lancar. Untuk urusan buat pasport kali ini saya terus berurusan di UTC Keramat Mall. Macam-macam jabatan kerajaan ada di UTC ni. Tapi jangan lupa datang awal tau. Memang ramai orang yang berurusan di sini. Kalau nak senang, korang boleh naik LRT atau naik motosikal je. Senang nak parking. Hehehe..


Korang nak tahu jam berapa saya sampai di UTC ni? Jangan terkejut tau. Seawal jam 7.15am saya dah ada kat situ. Naik je ke tingkat atas tu saya nampak dah ada beberapa orang yang beratur.. Tuuu diaaaa... Ingatkan saya yang paling awal. Rupanya dah ada yang lagi awal tau.. Agaknya jam berapalah diorang ni datang ye? Saya yang datang jam 7.15 pun dah dapat tempat ke 8 dah. Diorang mestilah lagi awal kan?  Disini kita perlu beratur terlebih dhulu untuk mendapatkan nombor giliran sebelum berurusan di dalam pejabat Imigresen nanti. 

Beratur punye beratur, ingatkan kaunter nombor buka jam 8 pagi tapi rupanya jam 8.30! Adoi, penatnya berdiri. Naik kebas kaki saya ni. Nasib baik ada anak dara sorang ni. Gilir-gilir beratur la dengan dia.. huhu..

Part yang paling penting sekali mesti korang nak tau kan, apa yang diperlukan ketika kita nak buat pasport tu. Betul tak? Ok, saya ringkaskan cerita ye. Sebelum korang pergi ke Jabatan Imigresen tu korang perlu sediakan:

❤Mykad/Mykid 
❤Salinan fotostat Mykad/Mykid
❤Surat beranak original ( bagi kanak-kanak)
❤Salinan fotostat surat beranak ( bagi kanak-kanak)
❤Duit RM200 bagi 18 tahun ke atas dan RM100 bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah


Di Jabatan Imigresen UTC Keramat ni, diorang tak guna pun salinan mykid anak-anak. Tapi korang bawa jelah sekali. In case diorang ada minta, senang sikit.


Nak info lengkap pasal ni, korang buka je website JABATAN IMIGRESEN ni. Semua maklumat ada dalam ni.




Ok, berbalik pada cerita saya tadi, dah beratur selama satu jam tu, barulah saya dapat nombor giliran. Berbaloi jugaklah pergi awal sebab dapat nombor awal. Korang kalau nak settle awal, memang elok pergi jam 7 pagi tau. Sebelum jam 10 dah bole balik dah.. hehe...

Untuk melancarkan urusan, sediakan salinan fotostat awal-awal. Jangan dah sampai sana baru terhegeh-hegeh nak fotostat pualk. Nanti lambat lah urusannya. Gambar tak perlu bawa. Dah ada kamera kat kaunter Imigresen tu. Bagi perempuan Islam, seeloknya memakai tudung berwarna gelap. Nak senang, pakai je warna hitam. 

Kaunter kat situ memang ada banyak. 6 kaunter untuk urusan buat kali pertama atau yang nak perbaharui pasport. Jadi, urusannya lebih cepat. Dah siap urusan di kaunter tadi, kita kena tunggu sekejap sementara nombor di panggil untuk urusan pembayaran di kaunter nombor 1.

Tak sampai 10 minit pun tunggu. Dah di panggil. Selesai bayaran, kita di berikan resit dan di minta menunggu selama sejam barulah boleh ambil pasport tu. Huh, sejam? Lama jugak tu.. Saya tengok jam di tangan baru 8.55am. Apa nak buat dalam masa sejam ni? Nasib baik kat UTC tu ada banyak kedai makan. Apa lagi, pergilah makan dulu dengan anak-anak. 

Dah siap makan, jam baru pukul 9.30am. Ada masa lagi setengah jam nak kena tunggu. Tapi saya ambil keputusan nak tunggu di dalam pejabat Imigresen. Kat situ ada kerusi menunggu dan ber"air cond". Sejuklah sikit kan. heheh... Rupanya pasport siap lebih awal dari yang di jangkakan. Tak sampai sejam pun. Jam 9.45 pegawai dah panggil nombor saya. Oh ya, kalau diorang tak panggil nombor pun, boleh je pergi kaunter 9 tu dan tanya(khas untuk mereka yang buat di UTC Keramat sahaja tau. Tempat lain saya tak pasti). Time nak ambil passport tu, pastikan anak-anak di bawah 18 tahun pergi dengan ibu atau bapa sebab, diorang akan ambil cap ibu jari ibu bapa juga. 

Senang kan... dah pun siap pasport tu. 


Dah boleh terbang... yuhuuuu...

Terima kasih kerana sudi membaca... Diharap entri ini dapat membantu korang semua.. Bye...☺

0 comments:

Post a Comment