.

Tuesday 23 September 2014

[PERINGATAN BERSAMA] Berhati-hati Dengan Sindiket Penipuan Pembelian Online



Assalamualaikum.... Hai semua...


Petang ini Kak Tun hendak kongsikan dengan anda beberapa panduan dan peringatan jika kita membuat sesuatu urusniaga di internet. Saban hari kita mendengar makin ramai yang menjadi mangsa penipuan ini. Yang menjadi mangsa bukan sahaja pembeli malah ada juga di kalangan penjual atau pembekal. Kak Tun sendiri juga telah melalui pengalam-pengalaman sebegini. Setelah terkena beberapa kali, ini membuatkan Kak Tun lebih berhati-hati apabila berurusniaga.

Berdasarkan pengalaman sendiri, mereka yang melakukan penipuan ini sangatlah pandai dalam berkata-kata. Bak kata pepatah, lembut gigi dari lidah. Mereka akan memberikan janji-janji manis agar kita mempercayai mereka. 

Dalam aktiviti penipuan ini, ramai mangsa biasanya di kalangan pembeli. Beratus-ribu ringgit lebur begitu sahaja. Sedangkan penipunya amat sukar di tangkap. Mengapa ini terjadi?

Sebagai seorang pembeli dan pengguna, kita seharusnya menyelidik terlebih dahulu latar belakang si penjual. Contohnya, hubungi kenalan-kenalannya yang lain yang pernah berurusniaga dengannya.Jangan mudah terpedaya dengan harga murah yang di tawarkan. Kadangkala ada muslihat di sebaliknya.

Kebiasaanya, urusniaga secara dalam talian atau lebih di kenali sebagai online ini, amatlah menjadi pilihan mereka yang terlalu sibuk dengan kerjaya. Mereka yang terhad masanya untuk keluar membeli-belah selalu membuat pembelian online. Jika tersalah pilih penjual, pasti anda akan di tipu. Di sini Kak Tun ingin kongsikan dengan anda beberapa tips untuk mengelakkan anda dari ditipu semasa berurusan.

Tips untuk mengelak dari di tipu peniaga/pembeli online:-

1) Sebelum anda berurusan, selidik dahulu latar belakang mereka

2) Cuba bertanya kepada rakan-rakan sama ada anda pernah berurusniaga dengan si polan tadi

3) Print screen timeline si penjual supaya kita mempunyai bukti jika berlaku sesuatu. Ini biasanya terjadi jika membeli di laman facebook atau page.

4) Dapatkan nama sebenar, alamat sebenar, no telefon dan jika boleh salinan ic si penjual (jika pembelian melibatkan jumlah yang besar)

5) Sebaiknya, bertanya dahulu jika boleh membuat pembelian secara COD ( Cash On Delivery) untuk jumlah urusniaga pada jumlah yang besar. Ini membolehkan kita bertemu mereka dan setidak-tidaknya kita mengenali mereka terlebih dahulu. Jika boleh, ia adalah lebih baik. Ini kadangkala perlu bagi memastikan si penjual tidak menipu kita.

Berdasarkan pengalaman kawan-kawan di facebook yang mengalami pengalaman di tipu ini, si penjual amatlah licik. Mereka menggunakan akaun facebook yang palsu. Memuatnaik gambar barang-barang milik orang lain dan meletakkan harga yang sangat murah. Ini akan menyebabkan mereka yang rambang mata akan terpedaya dan akan membeli dalam jumlah yang banyak.

Namun begitu, amat sukar bagi pihak berkuasa untuk menangkap penjenayah siber ini. Walaupun banyak laporan polis telah di buat, akhirnya ia akan berlalu begitu sahaja. Tiada tangkapan, tiada berita terkini selepas beberapa bulan. Duit yang di laburkan, akan berkubur begitu sahaja.

Jadi, sebagai peringatan bersama, berhati-hatilah jika berurusniaga. Berdoalah agar kita tidak menjadi mangsa mereka yang bertuhankan wang ringgit ini. Mereka sudah tidak takut dengan hukum  Allah. 

Doa mengelak dari ditimpa musibah:-




Sekian dahulu perkongsian Kak Tun kali ini, semoga ia sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita..

Wassalam....

0 comments:

Post a Comment