.

Sunday 14 September 2014

Tips Memilih Minyak Wangi



Tips memilih minyak wangi





Hai semua... Buat apa tu? Santai-santai di rumah saja??

Korang suka minyak wangi tak? Pasti suka kan? Sama juga seperti Kak Tun. Cuma Kak Tun pakai minyak wangi ni di rumah sahaja. Al maklumlah... minyak wangi ni boleh menarik perhatian kaum lelaki. Bahaya tuuuu... Takut....

Di sini Kak Tun nak kongsikan dengan korang semua panduan atau tips untuk memilih dan membeli minyak wangi. Eh, ada tips juga rupanya. Ingatkan boleh main beli saja kan? No....no...no... ! Setiap sesuatu yang kita lakukan mestilah mengikut panduan. Barulah kita akan dapat yang terbaik!

Sebelum membeli minyak wangi, kita mestilah tahu perbezaan di antara Eau De Parfume (EDP) dengan Eau De Toillete (EDT).

Beza antara EDP dengan EDT

Eau De Parfume mempunyai campuran minyak wangi sebanyak 10-15% manakala Eau De Toillete mempunyai campuran minyak wangi sebanyak 3-8% sahaja. Jadi, sebelum kita membeli minyak wangi, pastikan dulu kita mahukan EDP ataupun EDT.

Tips Memilih Minyak Wangi

1. Pilihlah minyak wangi yang beraroma segar yang mempunyai bau yang mengesankan. Ini dapat membantu membangkitkan keyakinan pada diri kita

2. Pilih minyak wangi mengikut iklim dan musim. Biasanya orang membeli minyak wangi mengikut musim mereka (bagi negara yang bermusim) contohnya musim sejuk ada minyak wangi yang dikhaskan untuk musin itu.

3. Jangan mencium minyak wangi lebih dari 3 jenis. Ini untuk mengelakkan anda menagalmi kekeliruan dalam memilih. Jika mencium lebih dari 3 jenis, mintalah daripad jurujual bau kopi. Ini dapat membantu mengembalikan bau asal.

4. Pilih minyak wangi berdasarkan bahan dan aromanya. Ada sesetengah orang gemarkan aroma seperti kayu manis, bunga-bungaan dan sebagainya. 

5. Jangan sembur minyak wangi pada pakaian atau baju. Semburlah pada kulit terutamanya di bahagian nadi kita. Ini kerana kulit lebih sensitif dan setiap orang mungkin akan mengalami bau yang berbeza jika minyak wangi di sembur pada kulit.


Ini adalah sebahagian daripada tips atau panduan untuk memilih minyak wangi. Tips ini Kak Tun rujuk daripada sumber FB TIPS PILIH MINYAK WANGI

SELAMAT MENCUBA!!



0 comments:

Post a Comment