.

Friday 5 September 2014

Jamuan Penutup Syawal BAKAT Laut KL

JAMUAN PENUTUP


Assalamualaikum semua... Salam Jumaat yang mulia....

Semalam telah berlangsung majlis jamuan penutup bulan syawal yang di buat di KD Seri Gombak, Kuala Lumpur. Majlis ini di sertai oleh ahli-ahli BAKAT Laut Kuala Lumpur. 

Kehadiran yang agak memberangsangkan. Agak ramai juga yang turun dan meluangkan masa terutamanya Datin Sri dan datin-datin yang lain. 

Walaupun bulan syawal telah pun habis tetapi sambutan ini tetap di laksanakan memandangkan pada bulan syawal yang lalu aktiviti jamuan di pelbagai formasi sangat lah padat. Tambahan pula, kami telah menyertai Pertandingan memasak pada 20 Ogos yang lalu di Kem Sungai Besi.. Alhamdulillah kami mendapat tempat ketiga dalam pertandingan itu.

Terlepas membaca entri saya tentang pertandingan tu? Jom baca PERTANDINGAN MEMASAK BAKAT ATM




Comel tak Kak Tun pose? hihihi...

Sengaja saya kongsikan gambar kenangan ini. Tahun ini merupakan tahun yang paling aktif saya menyertai aktiviti BAKAT sepanjang saya bergelar isteri tentera. 

Sebelum ini saya tidak berkesempatan kerana suami yang asyik pergi belayar dan tiada sesiapa yang boleh menjaga anak di rumah. Namun alhamdulillah. Tahun ini saya di beri peluang. 

Jadi, setakat ini dahululah coretan Kak Tun. Lain kali bersua lagi..

Wassalam...














0 comments:

Post a Comment