.

Wednesday 19 November 2014

Resepi Apam Susu Sedap


Resepi Apam Susu Sedap


Assalamualaikum semua... hai...


Dah beberapa hari sebenarnya Kak Tun nak buat apam susu ni.. Tapi asyik bertangguh je. Keinginan membuak-buak lepas tengok kawan-kawan facebook asyik share resepi je.


Tambahan pula, anak dara Kak Tun ada beritahu yang sekolah agamanya ada buat jamuan akhir tahun. Nak tak nak terpaksalah rajinkan diri juga.

Resepi apam susu ni Kak Tun dapat dari facebook tapi dah lupa nama facebook tu. Tak mengapalah, yang penting, hasilnya memuaskan. Betul tak?

Jom kita lihat bahan-bahan untuk membuat apam susu ini...

RESEPI APAM SUSU SEDAP

Bahan-bahannya:-

4 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
4 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar perisa vanila
Pewarna mengikut citarasa (Kak Tun guna hijau dan merah)

Cara membuatnya:-

Putar telur sehingga kembang. Kemudian masukkan gula, diikuti ovalette dan susu pekat. Setelah itu putar lagi sehingga sebati. Masukkan pula perisa vanila dan akhir sekali masukkan tepung gandum yang di ayak bersama baking powder. Putar sehingga sebati dan asingkan kepada 3 bahagian. 2 bahagian letakkan pewarna dan 1 bahagian biarkan warna asal. Lapiskan satu persatu atau mengikut kreativiti masing-masing. Sementara itu, didihkan air di dalam periuk kukusan. Setelah mendidih, masukkan adunan yang telah siap di lapis tadi dan kukus selama 40 minit. Setelah masak, sejukkan dan potong untuk dihidangkan...

Mudah kan?

Tak sampai satu jam pun dah boleh siap. Resepi yang sangat ringkas dan mudah di sediakan.

Bagi anda yang minat masuk ke dapur, boleh lah mencuba resepi ini ya...


Selamat mencuba!



Resepi-resepi lain yang mungkin anda minati:-



31 comments:

  1. Sedapnya..boleh buat sarapan pagi..hajat dihati nak buat apam susu jugak harini..hehe

    Resepi Cheeskut Sedap Hingga Menjilat Jari

    ReplyDelete
  2. Oh sedapnya.. kt memang suka makan yang gebu. Hehe

    ReplyDelete
  3. Apam susu sedap tun penuh dengan warna warni...ceria sangat.

    ReplyDelete
  4. Wow, memang menduga kelaparan perut ku ini. Sedapnya nampak kak Tun, kena cuba resepi ni.
    Jom Dapatkan Hadiah Comel Ini

    ReplyDelete
  5. Wahh..seriouse shida bgtau.shida tak pandai bab2 nk buat kek or kuih2.. kalau lauk2 makan nasi pandai la..
    mesti cuba..pelbagaikan makanan itk anak n suami

    ReplyDelete
  6. Sdapnya kak tun.. Kite pun x panda buat kuih muih ni.. Huhu

    Tips & Info >>> PNEUMOKOKAL ancam kanak-kanak

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nampak...rasa macam nak cuba jugalah nanti

    ReplyDelete
  8. nampak sedapppp....
    saya memang fail kalo buat kuih-kuih ni...kena p berguru ngan kak tun nampaknya...

    bahayanya HB rendah

    ReplyDelete
  9. Sedapnay..insya Allah hujung mggu ni leh try...

    Inch Loss Plan

    ReplyDelete
  10. Yeayyy sedapnya
    Insyaallah nak try resepi yg ni

    ReplyDelete
  11. sedapnye..teringin nak buat kuih kek tapi kat rumah sewa nie tak ada pengukus..pendamkan je lah hajat..

    NAK CANTIK, NAK SIHAT MEH BACA SINI

    ReplyDelete
  12. pernah juga tengok orang post kat wall fb,rasa geram je tengok..tq kak tun,lepas ni boleh buat

    ReplyDelete
  13. Hmm Gebu.Tambah esp ka kak tun..hihi

    JommSIhatDanCantik -> VITAMIN HAMIL TERBAIK

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Diri ini hanya tau makan je...pos sket kak tun...haha

    ReplyDelete
  16. Wahhhh..sedapnye...senang je bhn2 dia..nk try la lepas ni..tq for sharing..

    ReplyDelete
  17. Wah.. Sng je ke.. Blh Cuba esok.. Alhamdulillah.. Tq kak tun share..
    Ayam goreng berempah buatku tak tidur malam

    ReplyDelete
  18. Sedapnyaa... tapi saya tak rajin nak buat.. hehehe

    ReplyDelete
  19. Tak penah lagi buat yg versi susu ni..tp resipi ni femes kat grup dunia masakan jalilah jj

    SAKIT TEKAK TAPI TAKNAK JUMPA DOKTOR

    ReplyDelete
  20. nak buat sekarang juga.. harap menjadi la apam susu ni.. first trial ni..
    nak bawa g jamuan tadika haikal esok..

    ReplyDelete
  21. Aduh sedapnya kak Tun.. Comeiii.. Mudah je ek nak buat dia..Ingtkan macam susah jek.. Kak Tun just lapis lapis kan je ek stp wrna tu? Curah satu satu then terus masak jela? Tak perlu kacau kan?

    Jemput singgah >> Tips Atasi Stretchmark Selepas Bersalin Sebelum Suami 'Buka Mulut' Tak Licin Seperti Dulu

    ReplyDelete
  22. Mak pun suka wat apam ni masa kitorang sekolah dulu-dulu

    Tips Penyusuan Untuk Ibu Bekerja

    ReplyDelete
  23. Simple dan cepat.. Tengok pun sudah terliur.

    ReplyDelete
  24. Tun, tak amik order apam susu ni ke..? ;p

    ReplyDelete
  25. Sedap nya... gebu pulak tuu... dah lame xmakan apam...

    ReplyDelete