.

Sunday 2 November 2014

Awas peniaga Kad Jimat Elektrik....Sila Baca Surat Dari TNB Ini




Kecoh!!! 

Semua orang bising bila minyak naik harga, barang naik harga, tol naik harga dan tak ketinggalan tarif elektrik juga turut mengalami kenaikan.

Pernah ada lihat di dalam group-group bisnes di facebook iklan-iklan yang menawarkan kad jimat elektrik dan petrol? percayakah anda hanya dengan sekeping kad bil elektrik dan petrol anda mampu di kurangkan? Sejauh mana kebenaran ini sedangkan kad-kad tersebut tidak diiktiraf oleh TNB sendiri!!

Pada pendapat saya, lebih baik kita elakkan dari terpengaruh dengan hal-hal sebegini. Secara ikhlasnya saya ingin katakan bahawa kita seperti tidak jujur pada diri sendiri. Kita seolah-olah menipu TNB dan diri kita. Kalau dah guna banyak tu, bayar sajalah. Betul tak?

Pernah seorang rakan memberitahu saya yang beliau dan suaminya membeli kad ini. Rumah mereka di rasakan seperti "panas". Panas yang sangat berbeza dari panas biasa. Anda pasti faham maksud saya bukan?

Jesteru, saya memohon agar anda semua tidak terpedaya dengan hal-hal sebegini. jangan hanya ingin berjimat, lain pula yang jadi... Info ini saya dapat secara sah dari seorang sahabat yang berkerja dengan TNB.

Jadi awas!!! Mereka yang bergiat dengan penjualan kad-kad jimat elektrik atau petrol ini. Jangan sampai di dakwa kerana menipu nanti...









7 comments:

  1. ha kantoi!
    Awas jangan cuba nak lari dari tanggungjawab..anda guna anda bayar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang aje lan orang sekarang cari duit... Kan dah kantoi...

      Delete
  2. Macam-macam orang sekarang buat..Kononnya nak jimatkan elektrik, tapi abaikan tentang syubhah yang boleh jatuh kepada hukum haram sebab tak tahu sumber dari mana tang nak jimat tu.. Fikir-fikirkan!

    Omega Guard Bagus untuk Otak Kanak-Kanak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. Mereka ni tak fikir dah dosa dan pahala. Nak senang di dunia je...

      Delete
  3. pernah jugak rasa macam nak terbeli..hehehe...sekali baca komen orang lain terus ku rasa macam..haishh..baik jimatkan elektrik dengan inisiatif sendiri.. :D

    ReplyDelete
  4. sebenarnya penggunaan kad itu hanya nak stabilkan bacaan elektrik tapi mungkin penjual di luar sana over restatement. bahaya tu.

    ReplyDelete