.

Sunday 21 September 2014

Perkongsian Intipati Buku Mudahnya Menjemput Rezeki



vitaminterbaikku.blogspot.com



Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah.. Masih berkesempatan mengarang.. Syukur dengan nikmat dariNya.. 

Dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda berkenaan sebuah buku yang bertajuk MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI hasil tulisan Fathuri Salehuddin.

Buku ini bukanlah edisi penuh tetapi hanyalah edisi mini sahaja. Namun begitu isi kandungannya sangat padat dengan pengisian. 

Antara isi kandungan yang terdapat di dalam buku ini ialah cara Menjemput Rezeki.. Beliau menyatakan bahawa amalan ini di perolehi dari seorang guru. Kata guru beliau terdapat 3 perkara yang boleh di amalkan untuk menjemput rezeki.

1) Bacalah ayat Kursi sekurang-kurangnya 7 kali sehari

2) Sentaisa ada wudhu' ( air sembahyang)

3) Sentiasa berselawat (jangan dikira-kira)

Bagaimana caranya ingin menjemput rezeki??

Di dalam buku ini, ada di nyatakan bahawa kita boleh menjemput rezeki dengan mengutamakan solat. Ini di ceritakan berdasarkan pengalaman beliau sendiri.



Ada dinyatakan juga sesetengah ulama berkata bahawa sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah akan mengurniakan lima keistimewaan:

* Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya
* Akan dihindarkan daripada azab kubur
* Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan
* Akan melintas Titian Sirat sepantas kilat
* Akan memasuki syurga tanpa hisab

Allah juga telah berjanji akan memberikan balasan baik kepada orang yang bersolat.

Maka, jagalah solat kita. Solatlah di awal waktu kerana solat itu tiang agama. 

Saya selalu teringat pesanan abah saya. Beliau selalu menyebut, " Selesaikanlah urusan Allah dahulu, nescaya Allah akan selesaikan urusan kita".

Dengan menunaikan perintah Allah, khususnya solat, bukan sahaja mendapat ganjaran pahala dan rezeki malah fikiran kita pun bertambah cerdas.


Selain itu, dinyatakan juga bahawa kita boleh menjemput rezeki dengan Tekun Berusaha





Seperti dalam firman Allah:-

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri"
(Surah Ar-Ra'd 13:11)

Penulis juga mengatakan di dalam bukunya bahawa, siapa sahaja yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapat rezeki yang melimpah ruah dalam pekerjaannya. Sebaliknya, orang yang tidak bersungguh-sungguh maka ramailah orang yang akan berpaling darinya.

Kadang-kadang ada juga antara kita yang berusaha bermati-matian dan segala upaya di lakukan tetapi hasilnya tetap terbatas. Rezeki yang di terimanya tetap sebesar gayung. Dalam hal ini, rezeki sebesar gayung itulah bahagian rezeki kita.

Maka, bersyukurlah kepada Allah...

Perkongsian menarik yang ditulis di dalam buku ini adalah, Mengapa Rezeki Saya Sempit?



Penulis menyenaraikan beberapa perbuatan yang boleh mneybabkan rezeki kita sempit. Ya, benar! Semua yang di senaraikan di bawah inilah puncanya!!

1) Tidak peduli tentang zakat dan sedekah
2) Terlalu sibuk hingga jauh dari Allah
3) Melakukan bisnes dan kerja-kerja haram
4) Berbuat dosa kerana jahil atau degil
5) Percaya usahanya semata-mata mendatangkan rezeki

In shaa Allah saya akan kongsikan lagi isi kandungan buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini dengan anda di lain masa. Semoga, ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Wallahualam












1 comment: