.

Wednesday 17 September 2014

Mari Mengenal Pokok Getah



vitaminterbaikku.blogspot.com

Assalamualaikum. Hai semua... Terima kasih masih sudi membaca hasil karya Kak Tun ni..

Sempena cuti Hari Malaysia semalam sempat Kak Tun sekeluarga balik rumah mertua di Lanchang, Pahang. Lebih kurang 1 jam 15 minit sahaja perjalanan dar Keramat ni.

Bosan kan kalau cuti tapi tak ke mana-mana? Balik kampung pun secara tak di rancang. Tup-tup je suami cakap, jom kita balik. Terus Kak Tun ambil baju anak-anak masukkan dalam beg. 

Tinggal di Kuala Lumpur ni memang membuatkan anak-anak terhad untuk mengenali alam sekitar. Tidak ada hutan, tidak ada sungai, tidak ada sawah padi menyebabkan mereka banyak tidak tahu tentang alam sekitar. Kalau hanya sekadar melihat di kaca televisyen, itu belum cukup memadai.


Hidup di tanah rancangan Felda sangatlah bertuah. Ada pokok sawit, pokok getah dan macam-macam lagi tumbuhan yang boleh memberikan hasil. Biasanya anak-anak Kak Tun hanya tahu yang atuknya pergi menoreh getah tetapi mereka tidak pernah melihat pokok getah dan susu getah itu dengan mata kepala mereka sendiri.

Jadi, suami Kak Tun pun bawalah anak-anak Kak Tun yang comel-comel tu masuk kebun getah. Apa lagi... kemain seronok mereka bertiga. Masing-masing terpegun melihat pokok getah. Selalunya orang akan panggil "jakun" kan? hihihi....



sempat lagi buat aksi "spiderman"

Walaupun kita hidup di bandar yang serba maju, janganlah kita lupakan kampung halaman kita. Seeloknya bawalah anak-anak pulang ke kampung untuk mereka mengenali sesuatu yang berbeza dengan di bandar.  

Sekian dulu coretan Kak Tun kali ini. Nantikan coretan seterusnya dalam entri Kak Tun akan datang.. Tata...


P/s: Jangan lupa bekalkan anak-anak dengan mealshakes dan omega bila pulang ke kampung. Herbal Blend pun wajib ada tau!! 








6 comments:

  1. masa saya kecik dulu...suka main dengan buah getah..

    info tentang buah delima - http://ummiaqif.blogspot.com/2014/09/sihat-dengan-buah-delima.html

    ReplyDelete
  2. aktifiti yang menyeronokkan....buatkan minda kanak-kanak menjadi cemerlang dan baik untuk perkembangan mereka..

    kenapa kanak-kanak perlu makan sayur...??? jom lihat kat sini
    http://bit.ly/1qfJlBZ

    ReplyDelete
  3. Best kan bila mengenang kembali zaman kanak-kanak kita :)

    ReplyDelete
  4. saya pon membesar di kebun getah.. sangat menyeronokkan..

    jemput kunjung ke blog saya..
    http://farishmomvittashoppe.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah akan menjenguk blog sis nanti.. Tungguuuu... ;)

      Delete
    2. In shaa Allah akan menjenguk blog sis nanti.. Tungguuuu... ;)

      Delete