.

Monday 1 December 2014

Resepi Apam Nasi Sedap


Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum semua... Salam sejahtera...

Sebagai surirumah ,otak kita ni kerap memikirkan menu untuk di hidangkan kepada keluarga. Kadang-kadang jemu juga jika asyik menu yang sama setiap hari.

Dalam entri kali ini saya hendak kongsikan dengan anda resepi apam nasi yang sedap.

Resepi ini saya perolehi dari rakan-rakan di facebook. Walaupun rupanya tidak cantik tetapi rasanya sangat sedap. Tak cantik tu mungkin kerana saya masih belum mahir membuatnya. Betul tak?

Jadi, mari saya kongsikan dengan anda semua, bahan-bahan untuk membuat apam nasi ini...

Resepi Apam Nasi Sedap

Resepi Apam Nasi


Bahan-bahan:-

2 cawan nasi sejuk
2 1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula
2 sudu kecil yis
1 paket eno biru

Cara membuatnya:-
Satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Sementara itu, blend nasi bersama air dan gula. Campurkan bahan yang di blend ini bersama tepung-tepung tadi. Kacau sebati dan perap selama tiga jam. Setelah itu, masukkan eno dan kacau rata. Sapukan acuan dengan minyak masak supaya ia tidak melekat nanti. Didihkan air di dalam periuk kukusan. Kukus adunan selama 15 minit. Siap untuk di hidangkan..

Mudah kan? Resepi yang sangat ringkas tetapi sedap...

Selamat mencuba... :)


BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
 EMAIL:- nursimatun@gmail.com 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

25 comments:

  1. Sedapnya kak tun.. Saya dah la Suka apam ni.. Jgn.Byk Sgt nnt bam bam.. Tepung tu, nasik lagi.. Cmpur lagi kndungan gula.. Hehe..
    TIPS RAWAT SAKIT SENDI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak boleh nak tahan makan tapi takpe... cepat2 amik vitamin... hahaha

      Delete
  2. Ceria apam cik tun...rajin sungguh cik tun kita buat makan untuk suami dengan anak-anak ya...

    kembalikan kesihatan mata dengan carotomax shaklee

    ReplyDelete
  3. Sedapnya apammm :) lembut gitu. Kadang lidah ni teringin nak makan kuih muih. Hehe. Tq share resepi apam kaktun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Tak boleh nak berhenti makan... hahahah

      Delete
  4. Sedapnya dan ceriany resepi Kak Tun ni. InsyaAllah nanti nak rasa :-)
    Pengedar Shaklee Semenyih

    ReplyDelete
  5. Betoi tu. kekadang pening nak fikir nk masak apa..tq kak tun sbb bg resepi nie..^_^

    JommSihatDanCantik -> SET KESUBURAN SHAKLEE

    ReplyDelete
  6. Cara best nak habiskan nasi sejuk selain buat nasi goreng.. Best ni

    ReplyDelete
  7. Kak Tun ni pndai sungguh masak..macam2 resepi ada..Tangan memang menjadi sokmo pulak tu yer..hehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde lah pandai sangat tapi bila nafsu menguasai... mmg akan terhasillah menu... hahaha

      Delete
  8. Apam nasi ini memang sedap. Dan saya pernah cuba...nak buat pun senang...terima kasih atas perkongsian resepi kak tun...makan ngan cinch tea memang sedap ni....😊

    Promosi Disember Sangat Menggoda Yang Tak Pernah terjadi sebelum ini

    ReplyDelete
  9. belum penah try lagi..pernah buat apam polkodot jer..

    Kulit Kering dan Menggelupas

    ReplyDelete
  10. walaweh!menarik utk si kecil makan ni. Wajib masuk dlm resepi!

    ReplyDelete
  11. Boleh cuba..tak pernah lg wat apam ni

    ReplyDelete