.

Saturday, 6 December 2014

Resepi Kuih Cara Berlauk Meletops




Assalamualaikum... hai semua...

Sedap tak kuih dalam gambar kat atas tu? Lagi sedap kalau kita sendiri yang masak untuk anak dan suami kan?

Hujung-hujung minggu ni mesti ramai yang ada masa lapang di rumah. Jadi jom kita tunjuk bakat memasak untuk keluarga.

So, Kak Tun nak share dengan anda semua resepi ringkas dan sedap meletop-letop ni.

Resepi Kuih Cara Berlauk


2 cawan tepung gandum(boleh dapat lebih kurang 30 biji kuih... berdasarkan acuan Kak Tun lah ye :)
Air
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:-
Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Jika adunan agak pekat, tambah air sedikit demi sedikit. Acuan kuih cara di panaskan dan di sapu dengan sedikit minyak supaya tidak melekat. Tuang adunan dan letakkan inti. Letakkan potongan cili merah sebagai hiasan. Tutup dengan penutupnya dan masak sehingga tepung benar-benar telah masak sepenuhnya. Ulang cara ini sehingga habis adunan.

Bahan untuk lauk:-

Isi ayam (ambil bahagian dada dan potong kecil-kecil)
3 Ulas bawang merah
3 Ulas bawang putih
1/2 inci halia
Serbuk kari ayam
Daun sup/ketumbar
Cili merah untuk hiasan

Cara membuatnya:-

Tumis bawang dan halia. Biarkan sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari yang di bancuh dengan sedikit air. Kemudian masukkan isi ayam tadi. masukkan juga garam dan sedikit serbuk perasa. Masak sehingga isi ayam benar-benar telah masak. Tutupkan api. Masukkan daun sup/ketumbar yang telah di hiris. Gaulkan. 

Resepi yang sungguh senang dan sedap. Anda boleh mencubanya untuk keluarga anda juga...

Selamat mencuba!!



Saya ialah Puan Nursimatun Md Yusof merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa. Menjalankan perniagaan online dengan menjual produk berjenama Shaklee. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shaklee, boleh menghubungi saya di talian 012-3789284

13 comments:

  1. Lama tak makan cara berlauk..sy selalu letak daging campir ayam.sedap

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka makan kuih ni k tun tapi tak pernah buat sendiri. Dah tau resipi ni, pasti saya cuba buat nanti. Thanks k tun.

    Servis Cash On Delivery Sekitar Gombak, Batu Caves dan berhampiran

    ReplyDelete
  3. Cara berlauk inti sardin.. Sedap.. Teringt zaman skolah menengah, kluar klas smata2 nk pegi koperasi beli Cara berlauk.. Takut abis.. Hehe..
    TIPS ELAK RAMBUT GUGUR

    ReplyDelete
  4. saya suka carta yang gula jer..tapi tk pandai masak pun..

    Hamil dan Berpantang

    ReplyDelete
  5. Seronokkan dapat buat something yg anak2 boleh ikut sama. At d same time, boleh latih diorang kan..

    JommSihatDanCantik -> CARA TERBAIK NAK BELI VITAMIN C

    ReplyDelete
  6. Kuih favoirite ni. Masa mula-mula kenal kuih ni rasa pelik juga kenapa ada lauk di dalamnya.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    ReplyDelete
  7. Sedapnye..lama dh x makan cara berlauk...

    ReplyDelete
  8. Best-best resepi TUn ni..terliur lak nak try kuih cara berlauk ni

    ReplyDelete
  9. aduh kak tun memang hebat btol bab masak memasak ni...

    ReplyDelete