.

Thursday, 4 December 2014

Khasiat Buah Engkabang



Assalamualaikum... Hai semua..




Musim cuti sekolah ni banyak masa di habiskan bersama anak-anak di rumah. Sambil main-main dengan mereka, kami sembang-sembang, kemas rumah, menulis, melukis, buat kek dan macam-macam lagi..

Sebut pasal mengemas rumah, kadang-kadang anak-anak ni bukan mengemas pun. Mereka lebih banyak menyelerakkan barang... Biasalah anak-anka kan. makin besar, makin aktif. Tambahan pula, saya memang beri mereka vitamin-vitamin Shaklee seperti Vitamin C Chewable , Omega Guard dan pastinya Mealshakes..

Dalam kami mengemas rumah bersama-sama, Kak Tun terjumpa satu artikel di dalam Harian Metro Yang bertarikh 22 November mengenai Buah Engkabang.

Khasiat Buah Engkabang


Inilah pertama kali Kak Tun mendengar mengenainya dan melihat gambar buah engkabang itu. 

Jom Kak Tun kongsikan dengan anda semua info mengenai buah engkabang ini..

Lazimnya kita mengetahui minyak di hasilkan sama ada daripada buah zaitun, kelapa, jagung dan kelapa sawit tetapi tidak bagi masyarakat Iban.

Bagi orang Iban, minyak juga boleh di buat menggunakan "buah helikopter" atau dalam bahasa Iban di kenali sebagai buah bilun.

Buah ini mempunyai pelepah kecil di sekelilingnya yg kelihatan seolah-olah bilah kipas helikopter dan ia di gunakan secara meluas di kalangan masyarakat Iban sebagai minyak.

Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar mengenainya. ini kerana pokok engkabang banyak tumbuh di kawasan pedalaman Sarawak termasuk di sekitar Sungai Rajang.

Pada zaman dahulu minyak engkabang di gunakan secara meluas oleh masyarakat Iban malah ia sangat sesuai untuk memasak nasi goreng kerana harumannya akan membuatkan hidangan menyelerakan.

Proses menyediakan minyak ini masih menggunakan cara tradisional dan agak rumit. tetapi mudah untuk di sediakan.

Proses membuat minyak engkabang

Setelah mengutip buah engkabang, kulitnya perlu di kupas terlebih dahulu kemudian isinya di jemur untuk di keringkan.

Apabila buah itu sudah kering, ia perlu di tumbuk hingga halus dan di perah hingga keluar minyaknya.

Nampak macam mudah kan? Tetapi ia mengambil masa dan memerlukan kesabaran.

Selepas selesai proses, minyak akan di simpan dalam potongan buluh akan dibiarkan beku sehingga menjadi seperti mentega. 

Ada juga orang kata ia sebenarnya bukan minyak tetapi mentega asli Sarawak.

Khasiat minyak engkabang

Selain untuk memasak, minyak engkabang ini juga boleh di jadkan minyak urut.

Selain itu ia juga boleh di manfaatkan untuk tujuan kosmetik dan di fahamkan ia mengandungi khasiat sebagai ejen antipenuaan.
 

Minyak engkabang di jual dalam bentuk beku dalam buluh yang di potong mengikut ukuran tertentu di jual antara RM15 hingga RM53

Agak mahal kan? Ini kerana proses membuatnya agak rumit dan kini buah engkabang agak sukar di perolehi kerana pokok berkenaan menerima ancaman pembalakan haram.

Bagi anda yang berpeluang ke Sarawak, boleh lah mencuba minyak engkabang ini. Sesekali kita berbelanja untuk sesuatu yang baru kita kenal tak salah kan? Tambahan pula khasiatnya yang pelbagai..





15 comments:

  1. Pertama kali dengar..comel jer buahnya...kalau budak2 mesti suka boleh buat main helikopter..

    Tips Cepat Hamil

    ReplyDelete
  2. Eh xpernah dengar nama buah ni..ni first time tengok..nanti nak try goggle lagi nak tahu lebih mendalam

    Punca Gadis Cantik Ini Ditoreh

    ReplyDelete
  3. First time dgr buah ni...n first time tgk..

    ReplyDelete
  4. Zoe sempat main-main dengan buah ni..tikam keatas pas tu buah ni turun berpusing pusing.
    Tapi x sempat tengok proses membuat mentega nya.cuma dengar mak cerita camne atok buat kan.memang rumit
    Sekarang susah nak dapat,harga mahal plak tu..pokok engkabang tu masih ada tp yela tak de yang volunteer nak buat menteganya.hihi

    vitamin C Shaklee terbaik di pasaran

    ReplyDelete
  5. Memang first time dengar cerita tentang buah ni. Banyak juga kegunaan dan khasiatnya.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    ReplyDelete
  6. Patutlah familiar sangat dengar engkabang ni, mmgbuah engkabang yang biasa di Sarawak ehehe
    Thanks for sharing

    ReplyDelete
  7. hoooo, first time dengan nama engkabang nih



    jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!

    ReplyDelete
  8. First time dengaq nie..memang xoernah tengok. Live mahupun dalam mana2 media cetak..

    JommSihatDanCantik -> SERLAHKAN KEJELITAAN SEBENAR KULIT ANDA

    ReplyDelete
  9. pertama kali saya dengan nama engkabang ni kak tun...thanks for the info...

    Beberapa Hal Yang Sering Terlupa Apabila Hendak Melancong

    ReplyDelete
  10. Bila sebut mentega je rasa teringin pula buat nasi goreng mentega.. hehe. Mentega seraeak ya? Teringin pula nak cari mentega limited edition ni

    ReplyDelete
  11. First time saya dengar nama buah nie dan x pernah tgk...benda baru yg saya dapat tahu hari ini.

    ReplyDelete
  12. Bertambah lagi pengetahuan dgn info ni.tq kak tun

    ReplyDelete
  13. Info yang berguna.. Terima kasih atas perkongsian.. Memang tak penah dengar dan lihat
    Punca kulit kusam

    ReplyDelete