.

Friday 2 October 2015

Senaman Ringkas Untuk Ibu Hamil.. Jangan Takut Nak Cuba!




Assalamualaikum semua..

Dah bersenam hari ini? 
Senaman sebenarnya sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Senaman merupakan pergerakan badan yang di lakukan secara berulang-ulang kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal.

Banyak kelebihan bersenam ini. Antaranya ialah:-

1. Meningkatkan kekuatan dan daya tahan
2. Mencapai berat badan unggul
3. Meningkatkan kelembutan sendi
4. Meningkatkan kecergasan fizikal
5. Mengawal tekanan darah
6. Menggalakkan berhenti merokok
7. Mengawal keseimbangan makanan
8. Mencapai paras kolesterol normal
9. Mengurangkan tekanan

Bolehkan ibu hamil bersenam?

Ya, sudah tentu boleh. malah ia sangat membantu ibu-ibu agar lebih sihat dan bertenaga. Namun begitu, bukanlah senaman yang berat. Ia sekadar senaman ringan sahaja.


Ibu-ibu hamil boleh membuat senaman seperti berjalan selama 20 minit sehari, hanya 3 kali sahaja seminggu. Selain itu, boleh juga lakukan aktiviti berbasikal dengan keluarga atau pun aerobik impak rendah.

Yoga dan aktiviti berenang juga amat di galakkan. Yoga boleh membantu ibu-ibu untuk mengawal pernafasan. Ia bersifat relaxing dan boleh memberi ketenangan kepada ibu-ibu.

Bersenam bukan hanya khusu kepada mereka yang tidak hamil sahaja. Bagi mereka yang pentingkan gaya hidup sihat, ia boleh di lakukan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Jangan takut untuk bersenam ya!


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 


BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 Shaklee ID :- 1091465 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

0 comments:

Post a Comment