.

Wednesday 7 October 2015

Perlukah Berbengkung Ketika Berpantang? Apa kebaikannya?


Berbengkung merupakan amalan ibu-ibu ketika di dalam proses berpantang selepas melahirkan anak. Ia biasanya di amalkan di dalam masyarakat melayu sejak zaman dahulu lagi.

Amalan ini mempunyai banyak kebaikannya. Bukan sahaja kepada si ibu malah kepada bayi yang baru di lahirkan. Ini kerana banyak tenaga yang digunakan ketika proses bersalin. Oleh itu si ibu memerlukan sokongan dari segi fizikal dan emosi untuk membantu mereka pulih seperti sediakala.

Bengkung ini seeloknya di pakai seawal tempoh berpantang. Biasanya bermula dari hari kedua atau ketiga berpantang bagi yang bersalin secara normal dan seawal dua minggu selepas bersalin bagi yang bersalin secara pembedahan.

Pengalaman saya pula, saya berbengkung seawal hari kedua. Memang rasa sangat selesa badan yang diikat kemas. Ini adalah untuk mengembalikan semula bentuk tubuh badan kita kepada keadaan asalnya.

Kebaikan berbengkung

* Untuk mengempiskan perut
* Untuk mengembalikan potongan badan ke bentuk asal
* Melindungi organ dalaman
* Mengetatkan perut dan otot-otot dalaman yang longgar semasa hamil dan ketika bersalin
* Memecahkan lemak dan selulit
* Mengelakkan dari si ibu makan secara berlebihan


Sebaiknya bengkung di pakai sepanjang masa dan hanya di tanggalkan ketika ingin mandi.

Cara memakai bengkung

Bagi yang bersalin secara normal, pemakaian bengkung bermula dari bawah iaitu di atas lutut (bawah punggung) sehingga ke bawah bahagian payudara.

Gambar ihsan google



Bagi yang bersalin secara pembedahan pula, pemakaian bengkung tidak perlu terlalu ketat. Ibu-ibu boleh membeli bengkung khas untuk mereka yang bersalin secara pembedahan.

Ibu-ibu seharusnya menekankan amalan lain juga ketika berpantang seperti:-

- Berurut
- Bertungku
- Bertangas
- Memakan jamu ( tidak kira tradisional atau moden)

Bagi ibu-ibu yang di dalam tempoh kehamilan, anda boleh membuat persediaan dari awal. Anda boleh membeli set untuk kegunaan anda semasa berpantang nanti.


Pendek kata, berbengkung ini bukanlah hendak membebankan ibu-ibu tetapi ia adalah untuk kebaikan ibu-ibu bagi tempoh jangka masa panjang.

Bagi yang tercari-cari set jimat, boleh mencuba set shaklee. Ia bukan sahaja boleh di amalkan ketika hamil malah sepanjang tempoh berpantang dan habis berpantang pun masih boleh di makan..


Suka tawar menawar harga? Jom cari akak ye... Kita boleh rundingkan harganya...





**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 

HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

0 comments:

Post a Comment