.

Saturday 19 September 2015

5 Petua Atasi Sembelit Ketika Hamil. Aduh, Seksanya!



5 Petua Atasi Sembelit Ketika Hamil. Aduh, Seksanya!


Sembelit!

Seriau, ngeri, takut, seksa... Semua bercampur baur kan? Ramai dikalangan bakal ibu dan ibu yang dalam tempoh berpantang mengalami masalah sembelit ini.

Apakah yang menyebabkan masalah sembelit ini terjadi?

Sembelit sebenarnya bukanlah suatu penyakit tetapi ia merupakan satu gejala di mana seseorang itu mengalami simptom-simptom seperti:-

1. Kurang membuang air besar~ kurang dari 3 kali seminggu
2. Najis keras
3. Perut kerap kembung, kekejangan atau sakit 
4. Meneran untuk membuang air besar dan hanya berjaya di lakukan setelah sepenuh tenaga di keluarkan

Punca sembelit

1. Kurang meminum air masak
2. Kurang pengambilan serat
3. Selalu menahan diri dari membuang air besar dan bertangguh
4. Perubahan hormon terutamannya ketika mengandung
5. Otot perut dan usus yang lemah kerana peningkatan umur
6. Kurang bersenam
7. Mengambil ubat-ubatan tertentu


Berdasarkan pengalamn diri sendiri yang mengalami sembelit ini, ia amat membuatkan saya trauma sepanjang hayat. Masakan tidak, saya mengalami masalah sembelit ketika berpantang. Sungguh menyeksakan.

Bagi ibu hamil yang mengalami masalah sembelit pula, anda boleh mengamalkan beberapa petua untuk mengatasi masalah ini.

Antara petua yang boleh di amalkan ialah:-

1. Banyakkan memakan buah-buahan yang mengandungi air seperti tembikai.

2. Bersenam~ Hanya lakukan senaman ringan. Tidak perlu lakukan senaman yang berat keran dikhuatiri menjejaskan kandungan

3. Mengambil makanan yang banyak mengandungi serat

4. Memakan makanan panas dan sejuk secara berselang seli. Sebagai contoh, memakan pisang goreng panas dan diikuti meminum jus buah yang sejuk

5. Mengambil supplemen yang boleh membantu melembutkan najis seperti ostematrix shaklee

Ibu hamil ini adakalanya amat susah untuk meminum air dalam kuantiti yang banyak tetapi jika anda mengambil jumlah air masak yang mencukupi, in shaa Allah ia boleh membantu.

Sembelit boleh di atasi sekiranya ibu-ibu menjalani amalan hidup yang sihat. Pemakanan haruslah seimbang. Sebaiknya amalkan vitamin yang boleh membantu mengatasi masalah ini ketika hamil sehinggalah anda melahirkan anak kelak.

Jika ia tidak diatasi, kemungkinan besar, masalah sembelit anda akan berlanjutan sehingga tempoh berpantang. Jika ia serius, anda mungkin boleh menghidap masalah yang lebih besar seperti buasir!

Jangan biarkan ia berlanjutan. Cegah sebelum parah!



**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 

HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

2 comments:

  1. Memang sakit kalau terkena sembelit ni.

    ReplyDelete
  2. Kalau sembelit blh berpeluh2 dlm tandas..aduiii mmg seksa..nasib oste membantu sy skrg ni

    ReplyDelete