Assalamualaikum semua... Good morning!!
Alhamdulillah pagi yang sangat cerah hari ini. Mood mengarang pun sangat elok. Mencurah-curah idea yang datang.
Tiada yang istimewanya keluarga kecil saya ini tetapi merekalah pelengkap hidup saya. Suami, anak-anak adalah permata hati saya.
Syukur ke hadrat Ilahi saya di kurniakan suami yang sangat menyayangi dan memahami. Seorang suami yang pandai memasak, mengemas dan sangat ringan tulang. Saya tidak perlu risau jika meninggalkan anak-anak bersamanya. Sudah pasti terjamin dari segi makan pakai.
Ini anak sulung saya. Nur Alia Syafiena namanya... In shaa Allah 12 September nanti genaplah umurnya 7 tahun.
Ini anak kedua saya. Muhammad Hariz namanya. Juga lahir pada 12 haribulan tetapi bulan dan tahun yang berbeza dari kak long. Hariz lahir pada 12 Januari 2010. Sekarang sudah pun berumur 4 tahun.
Ini anak saya yang bongsu. Namanya Muhammad Ammar. Juga di lahirkan pada tanggal 12 haribulan. Tapi pada bulan November 2011. Sekarang dah pun berusia 3 tahun.
Alhamdulillah... Saya lahirkan anak-anak pada hari yang sama iaitu 12 haribulan tetapi bulan dan tahun yang berbeza. Unik kan? Tanpa saya rancang. Semuanya perancangan Allah.
Sungguh bahagia melihat anak-anak membesar di depan mata. Semuanya saya besarkan dengan tangan sendiri. Tidak sanggup rasanya hendak menghantar kepada pengasuh semata-mata untuk keluar mencari rezeki.
Sangat bahagia melihat mereka tersenyum dan gembira. Tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata.
Biarlah saya mencari rezeki dari rumah. Asalkan saya dapat menjaga sendiri anak-anak saya. Kerana itu jugalah saya meneruskan bisnes Shaklee ini. In shaa Allah, jika ada rezeki saya dalam bidang ini, pasti saya akan berjaya seperti masters yang lain juga...
Semoga bertemu di lain waktu...
Wassalam..
alahmdulillah ...semoga semua dalam lindungan Allah Swt, aamiin...
ReplyDeletehttp://bit.ly/1A3Ej1g