Assalamualaikum WBT...
Maksud Ibadah Korban
Ibadah korban bermaksud Menyembelih binatang ternakan
pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyriq (11,12 dan 13
Zulhijjah) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.
Masa ibadah korban bermula apabila terbit matahari pada
hari raya korban dan hari-hari tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah)
dan meninggi sedikit. Namun paling afdhal di lewatkan
hingga matahari naik segalah dan selepas solat hari raya.
Hukum Ibadah Korban
Hukumnya adalah sunat muakkad. Makruh bagi orang yang
mampu dan menjadi WAJIB jika ia di nazarkan.
Bagi sebuah keluarga, ibadah korban adalah sunat kifayah,
iaitu digalakkan seorang ahli keluarga melakukan ibadah
korban bagi pihak ahli keluarga yang lain.
Abu Ayyub r.a menceritakan:-
"Pada zaman Nabi Muhammad SAW seorang lelaki
menyembelih korban bagi pihak dirinya dan juga ahli
keluarganya" (Muwatta' Imam Malik; 1770)
Harus melakukan ibadah korban untuk orang yang telah
mati dan meniatkan pahala korban untuknya.
Fadhilat Korban
1. Sabda Nabi Muhammad SAW, " Tidak ada amalan yang
paling di sukai Allah pada hari raya korban melebihi dari menyembelih korban. Binatang korban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya" (Sunan at-Tirmizi; 1496, hasan)
2. Sabda Nabi Muhammad SAW; " Bagi setiap helai bulu binatang korban satu kebajikan" (Sunan Ibnu Majah; 3127, dhaif)
Syarat-syarat binatang korban
1. Binatang ternakan yang boleh di buat korban ialah:-
* Biri-biri ( berumur genap 1 tahun)
* Kambing (berumur genap 2 tahun)
* Lembu (berumur genap 2 tahun)
* Kerbau (berumur genap 2 tahun )
* Unta (berumur genap 5 tahun)
2. Seekor biri-biri dan kambing hanya untuk seorang. Manakala lembu, kerbau dan unta harus di kongsi tujuh orang.
3. Disyaratkan binatang tidak cacat dengan nyata. Menurut hadis, tidak sah korban dengan binatang yang buta sebelah matanya, yang tempang, yang nyata sakitnya dan yang terlalu kurus (Musnad Ahmad; 18510, isnadnya soheh)
4. Sunat memilih binatang korban yang paling elok. Lagi elok, lagi sempurnalah pahalanya.
Perkara yang di sunatkan ke atas orang yang melakukan korban
1. Tidak membuang apa-apa rambut, bulu, dan kuku dari badannya sehinggalah selesai korbannya di sembelih ( Soheh Muslim; 1977)
2. Menyembelih sendiri korbannya jika mampu. Jika tidak mampu, sunat melihat binatang korbannya di sembelih
3. Ketika sembelihan di lakukan, sunat ia mengucapkan seperti berikut:-
Ø¥ِÙ†َّ صَÙ„َاتِÙŠ ÙˆَÙ†ُسُÙƒِÙŠ ÙˆَÙ…َØْÙŠَاي ÙˆَÙ…َÙ…َاتِÙŠ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ، Ù„َا Ø´َرِيكَ Ù„َÙ‡ُ ÙˆَبِØ°َÙ„ِÙƒَ Ø£ُÙ…ِرْتُ *
اللَّÙ‡ُÙ…َّ ÙˆَØ£َÙ†َا Ù…ِÙ†َ الْÙ…ُسْÙ„ِÙ…ِينَتَÙ‚َبَّÙ„ْ Ù…ِÙ†ّÙŠْ ÙˆَØ£َÙ‡ْÙ„ِÙŠْ بَÙŠْتِÙŠ*
"Ya Allah, terimalah korban dariku dan dari ahli keluargaku".
Cara Pengagihan Daging Korban
1. Wajib sebahagian dari daging korban di sedekahkan
kepada fakir miskin dalam keadaan mentah iaitu sekurang-
kurangnya satu kadar yang dapat di namakan sedekah (iaitu
1/2 kilo atau 1 kilo)
2. Daging korban harus jika hendak di sedekahkan
kesemuanya kepada fakir miskin. Namun sunat orang yang
melakukan korban menikmati sedikit darinya mengikut
sunnah Nabi Muhammad SAW dan mengambil berkat
darinya.
3. Sunat daging korban di agihkan kepada tiga pihak.
~Untuk di makan diri sendiri dan ahli keluarga
~Untuk di sedekahkan kepada fakir miskin
~Dihadiahkan kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan
sebagainya sekalipun mereka kaya/berada.
4. Dilarang menjual apa-apa bahagian dari binatang korban.
Ia menghilangan pahala korban. Termasuk di larang ialah:-
Memberi upah kepada tukang sembelih atau orang-orang
kerja dengan daging korban tersebut. Jika di berikan atas
nama hadiah atau sedekah adalah di haruskan.
5. Sebahagian ulamak mengharuskan memberi daging
korban kepada orang kafir yang berbaik dengan orang Islam.
Sebahagian ulamak melarangnya.
6. Korban nazar dan korban orang yang telah mati, wajib
di sedekahkan kesemua dagingnya kepada fakir miskin.
Diharap perkongsian ini dapat memberikan pemahaman
yang lebih jelas mengenai ibadah korban.
In Shaa Allah, saya akan berkongsi mengenai AQIQAH pula
dalam entri akan datang.
Wallahua'lam...
Sumber:-LAMAN FIQH ANDA
0 comments:
Post a Comment