.

Monday, 22 September 2014

Panduan Memagar Diri Dari Buruan Syaitan





Bismillahirrohmanirrohim....


Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, saya berkesempatan membaca buku Panduan Memagar Diri Dari Buruan Syaitan yang di beli oleh mertua Kak Tun di kampung. Sangat-sangat padat pengisiannya.Namun begitu, suka untuk Kak Tun kongsikan dengan semua pembaca apa yang di tulis didalamnya. Buku tersebut di tulis oleh Abdul Majid Hakim. Buku ini mengandungi beberapa bahagian yang menarik sebagai panduan kita bersama. Kesempatan pulang ke kampung menziarahi keluarga sempena cuti Hari Malaysia baru-baru ini, Kak Tun gunakan dengan mengambil nota-nota dan isi penting untuk Kak Tun kongsikan dengan anda semua. Al- maklumlah kita ini manusia biasa. Banyak kekurangan dan kelemahan terutamanya dari segi iman. Bukan semua orang mampu menepis segala macam godaan dan bisikan syaitan. Namun begitu, ada beberapa cara yang boleh kita amalkan untuk membantu kita engahalng dari buruan dan bisikan syaitan ini...




Terdapat 8 panduan untuk memagar diri dari bisikan syaitan:-

1) Panduan pertama: Memakan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
~Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-

" Barangsiapa yang memakan 7 bijhi tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu" ( Riwayat Bukhari)

2) Panduan kedua: Berwuduk sebelum tidur
~Sihir tidak akan mempunyai sebarang kesan bagi muslim yang mempunyai wuduk Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa di kawal ketat oleh para malaikat sebagaimana yang di perintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kami. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang malaikat. Malaikat tersebut tidak pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa. "Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci". (Riwayat at Tabraaniy)

3) Pagar ketiga: Mengambil berat tentang solat berjemaah
~Ini akan menjadikan seorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. jika bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. 

4) Pagar keempat: Mendirikan solat tahajjud
~Bangunlah mengerjakan solat malam dan jangan mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudah bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.


5) Pagar kelima: Membaca doa pelindungan apabila masuk ke dalam tandas. 
~Tandas merupakan tempat kotor dan rumah bagi syaitan. Oleh itu, ia sedaya upaya akan mengambil kesempatan untuk menguasai diri seorang muslim apabila setiap kali dia masuk ke tandas. Oleh itu, sentiasalah berdoa setiap kali sebelum masuk ke tandas.

Doa masuk tandas:-



6) Pagar keenam: Perlindungan ketika hendak mengerjakan solat.
~Jubair ibnu Mut'im r.a pernah  mendengar Rasulullah SAW memperbanyakkan zikir sebelum menunaikan solat ntuk mengelakkan diri dari gangguan dan bisikan syaitan.

7) Pagar ketujuh: Memagar isteri selepas selesai akad nikah
~Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin, sebelum memulakan adab-adab pengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:-



8) Pagar kelapan: Berwuduk sebelum tidur, membaca auat-ayat al -Kursi dan berzikirkepada Allah hingga terlelap
~" Barangsiapa yang memebaca ayat-ayat al-Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi.

Rasulullah SAW telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:-

"Dia telah berkata benar kepada engkau, padahal dia sendiri sememangnya penipu" (Riwayat Bukhari)




In Shaa Allah dalam entri akan datang, kita akan berkongsi lagi topik-topik yang lebih menarik sebagai panduan kita bersama.

Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment