.

Monday, 29 September 2014

Cara Solat Tahajud Yang Betul


Cara Solat Tahajud Yang betul

Assalamualaikum semua....

Solat Tahajud bermaksud solat sunat yang di lakukan sebaik terjaga dari tidur yang afdhalnya di lakukan secara bersendirian selepas waktu tengah malam atau sepertiga malam. 

Terdapat dalil yang menyebut tentang solat tahajud ini iaitu:-

*Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 79
*Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebaik-baik sembahyang ialah sembahyang sunat malam" (Riwayat Muslim)

Tujuan solat tahajud:-

1. Sebagai tanda perhambaan diri kepada Allah SWT
2. Untuk mendekatkan diri kepada pencipta kita
3. Sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita
4. Untuk menguatkan jiwa dan ketaqwaan kepada Allah Taala
5. Mendapat ketenangan dalam hidup 



Cara Mengerjakan solat tahajud

1. Membaca lafaz niat solat tahajud seperti di atas dengan nada perlahan dan niatkan ertinya di dalam hati. 




2. Rakaat pertama:-
    Membaca surah Al-Fatihah dan Al-Kafirun atau 
    mana-mana surah

3. Rakaat kedua:-
    Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas 
    atau mana-mana surah

4. Membaca doa tahajud selepas salam


Kelebihan atau hikmah solat tahajud

* Mendapat pengawasan dan peliharaan Allah
* Mudah melalui hisab dan titian sirat
* Menerima buku catatan dengan tangan kanan
* Allah permudahkan urusan hidup
* Wajah berseri-seri ketika di padang mahsyar
* Doa di makbulkan


Sumber rujukan:-

http://www.adibsite.com/2013/06/cara-panduan-solat-sunat-tahajjud.html


2 comments:

  1. Marilah kita biasakan untuk bertahajud setiap malam....insaaAllah kita akan terbiasa dan rasa ada yang kurang kalau kita tak buat....allahualam...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas panduan solat tahajud itu, in sha Allah, saya akan amalkan.jemput datang ye

    ReplyDelete