.

Sunday, 7 September 2014

Surat Cinta Nanny...




Assalamualaikum WBT...

Bahagianya bergelar ahli Shaklee... Eh, dah macam ahli nujum pula... hihihi... Saja saya nak kongsikan dengan anda apa rasanya sebelum dan selepas bergelar SID Shaklee ini.

Walaupun kontroversi datang silih berganti...Itu tidak menggoyahkan hati ini. Tambahan pula setelah mendapat "SURAT CINTA DARI NANNY"....

Sungguh terharu apabila membaca "surat cinta" itu... Lantaran itulah kali pertama menghantarnya melalui email. Walaupun zaman ini zaman yang serba canggih, saya masih ketinggalan. Tidak pernah berutusan melalui email.

Isi kandungannya padat dan ringkas tetapi penuh bermakna. Nanny mengerti isi hati cucunya ini. kerana nanny sudah melalui semua itu sebelum kami. 

Nanny... ketahuilah olehmu. Aku begitu terharu dengan kata-katamu. In Shaa Allah akan ku usahakan sehingga titisan keringat yang terakhir. Tidak akan sekali-kali aku berundur. Pantang mengalah sebelum berjuang.

Perjalanan cerita masih panjang. Takkan kubiarkan ia tamat sebelum bermula. Doaku semoga Allah sentiasa memberi kekuatan pada diri ini.

Tabahlah wahai hati. Allah sentiasa bersamamu. Kerana janji Allah itu pasti!!

Wallahualam...




0 comments:

Post a Comment