.

Saturday, 13 September 2014

Petua Merawat Ketumbit



Petua Merawat Ketumbit Di mata



KETUMBIT??? Arghhh.... Tidak!!!!

Sedang Kak Tun syok menaip entri, tiba-tiba mata terasa berair. Meleleh airmata keluar dan mengalir di pipi. Bila pegang kelopak mata di bahagian bawah terasa senak dan sakit pula..

Dengan segera Kak Tun ke bilik dan melihat di cermin. Ya, Allah... Mataku naik Ketumbit!! Aduhai... patutlah senak semacam je bila di tekan. Rupanya gunung berapi nak meletus!

Terus teringat petua orang tua-tua tentang Cara Merawat Ketumbit ini. Apa lagi, bergegaslah ke dapur menyelongkar bekas bawang.

Nasib baik ada bawang merah! Ops...!! Kak Tun guna bawang merah tau dalam merawat ketumbit ni. Tapi bila Kak Tun buat carian di google, semuanya mengatakan guna bawang putih!. Tak mengapalah. Kita kongsi-kongsikan petua dan pengalaman masing-masing  kan? 


Seeloknya carilah bawang merah yang bermuncung panjang seperti dalam gambar di atas. Ini untuk memudahkan kita menenyeh pada tempat ketumbit itu tadi. 

Caranya mudah sahaja. Potong bahagian hujung bawang merah dan picit sedikit hingga mengeluarkan air. Letakkan air bawang itu pada bahagian ketumbit tadi. 

Memang agak pedih tetapi cubalah bertahan seketika. In Shaa Allah. Kalau rajin, ulanglah beberapa kali. Seeloknya di lakukan ketika ketumbit masih kecil. Jangan tunggu hingga ia menjadi besar.

Ada juga Kak Tun terbaca petua-petua lain yang pernah di amalkan. Antaranya ialah Selawat keatas nabi sebanyak 7 kali dan letakkan jari di mata yang ditumbuhi ketumbit, panaskan sudu dan tuam di tempat ketumbit dan tak kurang juga yang menggunakan air kencing! Eeeeyuwwww...!! Geli kan? Tapi itulah antara petua yang saya terbaca ada orang yang mengamalkannya. Kak Tun tak pernah cuba tau!! Jangan tanya Kak Tun macam mana rasanya air kencing letak di mata tu!

Selamat mencuba!!

Nak tahu petua-petua lain???
Jom klik Petua Kecergasan


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

3 comments:

  1. aduii..kalau dah kena ketumbit nie memang perit..thanks atas informasinya kak...
    jemput berblog walking ke blog sy
    http://bit.ly/1tRuWDn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. senak rasa di bahagian mata. alhamdulillah x berlarutan. 2 hri shj dh baik. syukur sgt ;)

      Delete
    2. betul tu. senak rasa di bahagian mata. alhamdulillah x berlarutan. 2 hri shj dh baik. syukur sgt ;)

      Delete