.

Saturday, 20 September 2014

Resepi Popia Berinti Sayur Dan Sosej





vitaminterbaikku.blogspot.com


Assalamualaikum semua... Hai...Hai.. Hai..

Petang-petang macam ni memang best kan kalau dapat kudapan? Kawan-kawan buat ape untuk minum petang dengan keluarga hari ini? Buat atau beli di kedai je?? Hihihi... Jom kita rajin-rajin ke dapur. Air tangan sebagai isteri dan ibu ni sangat elok untuk eratkan hubungan kekeluargaan kita tau!

Dalam entri petang ni Kak Tun nak kongsikan satu resepi mudah dengan anda semua iaitu Resepi Berinti Sayur Dan Sosej. Nampak tak gambar  di atas tu?? Itulah popia yang Kak Tun dan anak-anak buat. Mereka pun sibuk hendak menolong ibu di dapur. Tak mengapalah. Kak Tun bagi peluang mereka tunjuk bakat. Hihihi...

Membuat popia sayur ini adalah sangat mudah. Tambahan pula inilah salah satu cara Kak Tun beri anak-anak makan sayur. Kalau kita goreng sayur campur untuk di makan dengan nasi, memang tak luaklah sayur tu tetapi kalau buatkan popia sayur ni, in shaa Allah akan habis mereka makan.

Jom Kak Tun senaraikan bahan yang di perlukan untuk membuat popia ini..

Bahan-bahan:-

*Sepaket kulit popia saiz besar ( biasanya Kak Tun beli yang 40 keping tu)
*Sosej ayam (Kak Tun guna dalam 3-4 batang di lenyek)
*Taugeh (lebih kurang RM2- Rm3 je)
*Lobak merah (2 batang di sagat)
*3 ulas bawang putih ( untuk ditumis)
*minyak masak (untuk menumis dan menggoreng popia)
*sesudu besar serbuk cukup RASA
*putih telur( untuk lekatkan kulit popia sewaktu menggulung nanti)

Cara penyediaan:-
Bawang putih di tumis seketika sehingga kekuningan. Kemudian masukkan sosej yang di lenyek, lobak merah dan taugeh. Akhir sekali masukkan serbuk cukup RASA. Tidak perlu terlalu lama di atas api kerana akan menyebabkan taugeh terlampau layu.

Hasil selepas di masak seketika

Kemudian, letakkan inti sayur ini di atas kulit popia dan gulungkan. lekatkan hujungnya dengan menggunakan putih telur.


Hasil selepas di gulung

Selepas siap menggulung, anda boleh lah menggoreng dengan api yang sederhana. Kalau besar, nanti hangus pula kan? Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk di hidangkan bersama sos cili pilihan.





Nyum...nyum..nyum... sedap kan? Kalau nak lagi sedap kenalah masak sendiri. Hihihi...

Selamat mencuba semua!




P/s: Popia ni memang jenis banyak minyak kerana sewaktu menggoreng kita perlukan minyak yang banyak

P/ss: Kalau takut termakan minyak yang terlalu banyak, jom cepat-cepat ambil Lecithin Shaklee

Anda boleh dapatkan sendiri Lecithin disini >>Beli Sendiri Lecithin












0 comments:

Post a Comment