.

Wednesday, 10 September 2014

Resepi Puding Roti Pelangi Cintaku







Assalamualaikum... alhamdulillah... siap sudah Puding Roti Pelangi Cintaku ini...


Nama resepi kemain hebat, agak-agak sedap tak? Eh, mestilah sedap. Air tangan ibu kan?

Siapa nak resepi sila cubit telinga sendiri... Hihihi.... Sebenarnya dah beberapa hari Kak tun nak buat puding ni tapi asyik bertangguh saja. Semalam goreng cempedak cinta kasih. Hari ni Puding Roti Pelangi Cintaku pula... Eh, macam sinetron pula. Bersambung- sambung resepi. 

Tak mengapalah kan? Demi untuk keluarga. Buat sendiri di rumah lebih afdhol. Betul tak?

Ops, maafkan Kak Tun kalau intro resepi ini terlalu panjang. Dah tentu korang tak sabar-sabar nak tahu kan? jangan risau, Kak Tun akan tunjukkan langkah demi langkah cara membuatnya. Sangat mudah dan senang di sediakan.


BAHAN-BAHAN:-

*12 keping roti sandwich ( tak kisah jenama apa pun)
* 2 biji telur Gred A
* 1 tin susu cair
* 4 sudu besar susu pekat manis
* 1/2 cawan gula halus
* 2 sudu mentega ( di cairkan)
* 3 sudu besar tepung jagung
* 1/4 sudu teh garam halus
* perasa vanila
* pewarna makanan ( ikut suka nak warna apa)

CARA MEMBUAT:-

Kisar  semua bahan di atas dengan menggunakan blender kecuali peewarna. Setelah halus, bahagikan kepada 3 bahagian. letak pewarna pada setiap bahagian. Setelah itu, masukkan secara berlapis-lapis ke dalam loyang. Sementara menyediakan adunan, panaskan air di dalam kukusan. Kukus adunan tadi selama 30 minit. kemudian, angkat dan sejukkan. Sedia untuk di hidang..

Mudah kan? Apa? Kurang jelas jika tiada langkah bergambar? Ok, baiklah. Kak Tun tunjukkan langkah bergambar pula.


12 keping roti sandwich

2 biji telur gred A

1 tin susu cair



4 sudu susu pekat manis







1/2 cawan gula halus



3 sudu besar tepung jagung






Bahagi kepada 3 bahagian berwarna


Lapis berselang-seli warnanya ke dalam loyang



Kukus selama 30 minit dan siap di hidang ketika sejuk..


Taraaaaaaaaaa... dah siap kan?

Mudah, cepat dan lazat...

Selamat mencuba!



Sambil-sambil menjamu selera, jom bakar lemak... Anda boleh dapatkan tips bagaimana untuk menguruskan perut yang buncit dalam entri saya ini >>> TIPS ATASI PERUT BUNCIT











**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH
HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com

11 comments:

  1. Thorbaikla k.tun..harus ku cuba balik kerja nanti.

    www.iras-secret-of-healthy-life.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terbaikklah kek lapis kak tun.. Nk Kena cube nie.
    www.anakummicomel.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. kak tun, just tuang sikit2 berselang seli stiap warna eh? nanti die akan jadi macam pelangi tu?

    http://bit.ly/1xDHqkH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. tuang sikit-sikit berselang seli. Nanti jadi lah pelangi tu :)

      Delete
  4. gulpp telan air liur tengok. harus cuba ni!
    tq k.tun share resepi Diariku Ceritaku

    ReplyDelete
  5. macam sedapnya puding nie.....kaler2 menarik ...nak tulis siap2 resepi nie....hihihi
    jemput berblog walking kak tun ke link sy..
    http://bit.ly/YwGoY4

    ReplyDelete