.

Tuesday, 9 September 2014

Cempedak Goreng Cinta Kasih


Cempedak Goreng Cinta Kasih Abadi



Wah... macam sedap jer!

Apatah lagi kalau dapat makan. Mmmm.... pasti lah lagi sedap...
Dalam entri kali ini saya hendak kongsikan dengan anda resepi cempedak goreng, mengapa saya namakan cempedak goreng saya ini dengan nama Cempedak Goreng Cinta Kasih? Ini kerana saya memasak dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang kepada keluarga saya. 

Orang kata, jika kita memasak dengan rasa kasih, in shaa Allah rasa itu akan dapat di rasai dalam makanan. Betul ke? 

Jom kita masak cempedak dengan resepi ringkas saya ini..

Bahan-bahan:-
*Buah cempedak masak (20 ulas)
*1/2 cawan tepung beras
*1 cawan tepung gandum
*1 biji telur
*1 sudu besar gula pasir
*1 sudu teh garam
*Pewarna kuning
*Air secukupnya
*Minyak masak untuk menggoreng


Cara memasak:-

Masukkan tepung gandum, tepung beras, telur, gula, garam dan pewarna ke dalam besen. Tambahkan air sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu cair. Jika cair, ia tidak akan melekat pada buah cempedak. Panaskan minyak masak dengan api sederhana. Setelah adunan di sediakan, masukkan buah cempedak ke dalam besen dan gaulkan. Goreng cempedak sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Sejukkan, letak ke dalam pinggan dan sedia untuk di makan bersama keluarga.











Sungguh mudah bukan? Macam ABC sahaja... dah makan yang berminyak tu, jangan lupa ambil vitamin Shaklee untuk menyingkirkan lemak-lemak.

Nak order OMEGA GUARD ?
Nak order HERBLAX ?

Klik sahaja pada link tersebut.... 

Selamat mencuba!

**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,terat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 
BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
 EMAIL:- nursimatun@gmail.com

2 comments:

  1. macam sedapppp jer cempedak tu.....:)
    jemput berblogwalking ke link sy
    http://bit.ly/1qCfvwk

    ReplyDelete
  2. tq nila... nanti ktun bw nila ye...

    ReplyDelete