Assalamualaikum.... Hai semua....
Serius Kak Tun katakan pada anda, roti sarang lebah ni dah lama membuatkan Kak Tun tidur tak lena tau. Hahahaha... Siang malam terbayang-bayang kesedapannya. Kawan-kawan di facebook pula kerap letak dan kongsikan gambar resepi roti ni. Jadi, hari ini Kak Tun rasa terpanggil untuk kongsikan resepi roti sarang lebah ini dengan anda semua. Dengar cerita, pemilik asala resepi adalah Lydia Honey. Wah, sangat bergeliga otak dia mencipta resepi yang menjadi kegilaan ramai ni... Hihihi..
Ok lah semua... Inilah resepi yang anda cari-cari tu:-
Resepi Roti Sarang Lebah
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh dry yeast (mauripan le tu)
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan yogurt (suhu bilik)
1/4 cawan minyak Sunflower
1/2 cawan air suam
* Almond flakes, pumpkin seed dan butterscotch jika suka
Cara membuatnya:-
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat di tangan.
4. Uli dengan tangan dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruskan menguli sehingga tidak melekat di tangan.
5. Uli sehingga elastik. Lagi lama lagi elok. makin gebu roti itu nanti.
6. Setelah itu, biarkan doh naik 2X ganda di tempat tertutup macam dalam microwave yang TAK di hidupkan suisnya. Setelah ia naik, tumbuk-tumbuklah doh tersebut supaya keluar anginnya.
7. Sapu tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat dan susunkan rapat-rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sehingga habis. Doh memang lembik tetapi jangan bimbang kalau melekat, sapu tangan dengan minyak sahaja. Jangan di tambah lagi dengan tepung.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat sehingga ia naik 2X ganda sekali lagi. Sementara menunggu doh naik, panaskan oven anda pada suhu 180'C-200'C dangan api atas dan bawah. ( suhu bergantung pada oven masing-masing ye)
10. Pastikan oven betul-betul panas baru masukkan loyang. 10 minit pertama gunakan api bawah sahaja. 5 minit terakhir barulah guna api atas dan bawah.
11. Bakar selama 10-15 minit. Keluarkan dari oven cepat-cepat dan tuangkan sos butterscotch di atasnya. Sedia untuk di hidangkan.
P/S:-
1. Doh memang lembik. Jangan tambah tepung, cuma sapu tangan dengan minyak
2. Tidak perlu bulat betul-betul sebab dia akan bulat sendiri sewaktu naik nanti.
3. Pastikan oven benar-benar panas supaya ia lembut bak kapas.
4. Jangan bakar terlalu lama kerana akan keras nanti
5. Jika tidak habis di makan, masukkan dalam bekas tertutup atau balut pinggan dengan plastik kemas-kemas.
Cara membuat sos butterscotch:-
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (jika takde boleh guna susu cair)
1/2 sudu teh perasa vanila
25g mentega
secubit garam
1. Cairkan mentega dalam periuk kecil. Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair atau larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan-lahan sambil mengacaunya
3. masukkan vanila dan bila semuanya sebati, matikan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk di gunakan sebagai topping.
P/s: Pastikan semua bahan tersedia dekat dengan dapur anda kerana sis ini cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sebab gula ni panas sangat. Berhati-hati, baik guna senduk dan jangan guna sudu.
Di harap perkongsian resepi ini dapat memenuhi citarasa anda semua. Nantikan resepi-resepi lain dalam entri Kak Tun akan datang...
Selamat Mencuba!!!
amboi...kemain sedap nampaknya tu kaktun..
ReplyDelete5 cara atau tips cepat hamil | Diari Mama
Sedap nyer...prnh rasa sekali.rasa nak lagi dan lagi...
ReplyDeleteSedap.. dh pernah rasa tp masa tu dalam pantang.
ReplyDeleteBila nak buat lagi ni?
ReplyDelete