.

Thursday, 25 September 2014

Panduan Pemakanan Bayi


Panduan Pemakanan Bayi Yang Terbaik



Memberi bayi makan perlu mengikut peringkat usianya.


Bagi anda yang baru pertama kali menjadi ibu bapa, pasti banyak perkara yang belum di ketahui tentang panduan pemakanan bayi. Ilmu-ilmu tentang pemakanan bayi boleh didapati dalam buku-buku dan yang paling mudah membuat carian di google.

Makanan yang hendak di  beri kepada bayi mestilah mengikut usianya. Kita tidak boleh memberi makanan orang dewasa kepada bayi. Usia yang sesuai untuk memberi makanan buat pertama kalinya kepada bayi ialah pada usia 6 bulan. Pada usia ini, bayi sudah bersedia untuk menerima makanan selain dari susu ibu. 

Pada usia 6 bulan, biasanya bayi sudah boleh meniarap, ada yang boleh merangkak perlahan dan tak kurang juga yang sudah mulai tumbuh giginya. Ini menunjukkan tumbesaran bayi yang sihat dan bayi memerlukan lebih makanan. 

Apakah makanan permulaan yang sesuai untuk bayi?

Bayi memerlukan makanan pejal pada usia ini. Makanan permulaan yang disyorkan adalah bijirin beras di tambah zat besi khas untuk bayi kerana ia mudah dicernakan dan tidak memberikan kesan alergi kepada bayi. Makanan pejal bukanlah bermaksud makanan berbentuk pepejal atau keras. Biasanya ia berbentuk separa cecair seperti bubur nasi. Ini akan membantu bayi belajar menerima makanan yang lebih pejal secara perlahan-lahan. Kementerian Kesihatan juga menyarankan agar ibu-ibu membuat bubur nasi sendiri.




Di usia 6 bulan ini, perut si bayi masih lagi kecil. Kebiasaannnya bayi tidak akan makan dalam kuantiti yang banyak. 

Makanan lain yang boleh di beri kepada bayi:-

1. Buah-buahan seperti pisang, pir dan apple yang dipurikan
2. Sayur-sayuran seperti bayam, lobak merah, bunga kubis

Anda juga di galakkan memberi makanan berkanji seperti kentang dan keledek. 

Pengalaman saya sewaktu anak yang pertama, jururawat telah memberi pesan supaya jangan mencampurkan bubur nasi yang di buat itu dengan kentang. Ini kerana kandungan gula di dalam kedua-duanya agak tinggi dan boleh menyebabkan penyakit kencing manis walaupun anak masih lagi kecil(jika pengambilan diteruskan untuk jangkamasa panjang)


Jadi, makanan yang selalunya saya buatkan untuk bayi saya ialah bijirin beras yang di tambah dengan lobak merah atau bayam bersama ikan bilis yang di goreng tanpa minyak dan di kisar halus. 

Sememangnya terdapat banyak makanan untuk bayi di pasaran. Namun begitu, adalah lebih elok kita sebagai ibu bapa menyediakan makanan untuk bayi kita sendiri..

Wallahualam...

P/S:- Shaklee juga menawarkan vitamin untuk membantu meningkatkan kecerdasan minda anak-anak. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan  Chewable Vita C Plus, boleh membeli sendiri di sini Beli Sendiri Chewable Vita C 




**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 
BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com

1 comment:

  1. Makanan baby yang betul amatlah tersangat penting dan perlu diambik perhatian. Jgn main sumbat saja. Nanti baby jadi obes..

    Sila layari bllog atas:
    ajusyopz.blogspot.com

    ReplyDelete