.

Tuesday, 2 September 2014

Resepi Bahagia:- Gulai Lemak Telur Masin

Gulai lemak telur ayam


Assalamualaikum semua...


Wah, pagi- pagi ini saya post pada anda resepi masakan paling ringkas tapi memang meletup tau. Berdasarkan gambar di atas , pasti ramai yang dah tahu namanya bukan?

GULAI LEMAK TELUR!! Memang terangkatlah kalau di makan bersama nasi panas. Bagi orang KElantan, pasti gulainya ada rasa manis-manis sedikit tetrapi bagi orang Negeri Sembilan sudah tentu mahukan yang pedas berapi bukan??

Dalam entri kali ini saya hendak kongsikan dengan anda resepi ringkas ini. Manalah tahu, tiba-tiba teringin hendak makan bukan? Boleh lah memasak sendiri di rumah nanti ya...

Jom kita tinjau resepi ringkas ini...


GULAI LEMAK TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:-

*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci kunyit hidup
*1 cm lengkuas
*1 keping asam keping
*santan pekat
*air
*4 biji telur masin
*garam dan gula secukupnya
*cili padi (jika ingin pedas)

CARA PENYEDIAAN:-

Bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup di tumbuk lumat. Kemudian, di masukkan ke dalam periuk dan masukkan sedikit air untuk merebus terlebih dahulu bahan tumbuk tersebut. 
Pecahkan satu persatu telur masin tadi. Rebus sehingga telur telah keras sedikit.kemudian masukkan santan, asam keping, garam dan gula tadi secukupnya. Pastikan anda menggunakan api yang sederhana sahaja.  Biarkan mendidih seketika dan boleh lah di hidangkan.Untuk lebih menyelerakan, anda boleh memasukkan belimbing buluh (jika ada). 


Sangat mudah bukan? Pejam mata pun boleh masak tau! Hihihi...
Resepi ini bukanlah resepi asal saya tetapi saya rujuk pada blog Kak Azie ini Gulai Telur Kak Azie

Apa lagi yang di tunggu? Jom kita jenguk ke dapur sekarang!!!




















7 comments:

  1. Waaa...pg2 dah tgk psl mknn....nie yg lapar blk wlpn baru lps bfast...

    ReplyDelete
  2. walaweh sedapnya! Nak try Meal Shakes Shaklee?Promosi September 2014 =)

    http://suplement4us.blogspot.com/2014/09/meal-shakes-shaklee-anak-selera-sarapan-terbaik.html

    ReplyDelete
  3. wah yummm yummm!
    http://bijakvitamin.blogspot.com/2014/09/anak-terbaik-bercakap-selalu-dengan-anak.html

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa masak gulai lemak.... boleh try nie
    selulit? kami ada penyelesaiannya..
    5 TIPS HAPUSKAN SELULIT ! :::::::::::::::: ESP MEMBANTU

    ReplyDelete
  5. wahhh...kemain masak sedap2 ni..jelesnya...

    WAJIB BACA: LUAHAN SEORANG SUAMI TERHADAP BENTUK BADAN ISTERINYA
    -----> http://jomsihatjomgojes.blogspot.com/2014/09/saya-tak-mahu-isteri-kurus-melidi.html

    ReplyDelete
  6. wauuu sedap!
    www.annur-shoppe.blogspot.com

    ReplyDelete